○ 47 ○

2K 70 13
                                    

             Adam dan Aziezi terus meluru masuk ke dalam hutan dengan segera. Susuk tubuh milik Deana dicari oleh mereka.

"Deana!!!" Terlihat tubuh Deana diikat pada pokok besar tersebut membuatkan hati Aziezi dan Adam luruh.

"Woi!! jangan fikir kau boleh dapatkan dia daripada aku! Ouh my big boss pon ada ke? Erm.. nak jadi hero? Kau tak perlu kut aku rasa sebab ada berlonggok kerja kat pejabat kau tu." Kata Darwish sambil jarinya menari-nari di atas dagunya.

"Tak guna kau Darwish!! Menyesal aku bagi kau kerja dengan aku!" Marah Aziezi.

Adam berusaha membuka tali pada tangan Deana tetapi dihalang oleh Darwish namun Aziezi segera memberi sepakan padu pada wajah Darwish sehingga dia jatuh terlentang.

"Not bad." Senyuman sinis dilempar pada Aziezi.

"Ni hah.. kau punya not bad!!" Tumbukan padu diberi Aziezi sehingga perut milik Darwish menjadi senak.

"Kurang ajar kau!! Perampas!!" Darwish memukul kepala Aziezi sehingga Aziezi terjatuh di atas tanah.

"Abang!!" Jeritku yang baru sedarkan diri setelah tali dileraikan oleh Adam sebentar tadi.

"Shhh!! Kita kena keluar dari hutan ni." Kata Adam sambil memimpin tanganku dengan erat.

"Tapi.. Aziezi dalam keadaan bahaya." Kataku dengan gelisah lalu Adam tetap membawaku keluar dari hutan tersebut dengan senyap supaya tidak tertangkap oleh Darwish.

"Kaulah yang perampas sebenarnya!! Kau tahu tak.. yang Deana Ariana tu isteri aku!!" Tumbukan padu diberi lagi pada wajah Darwish sehingga hidung lelaki itu mengalir cecair merah.

"Tak penting pun bagi aku kalau dia bersuami pun.. sebab aku memang ikhlas cinta dan sayangkan dia!" Kata Darwish dengan penuh amarah lalu dia mengeluarkan pisau kecil tajamnya di dalam kocek seluar miliknya.

"Kau memang tak tahu malu kan!!" Tiba-tiba Aziezi memberi sepakan pada kaki dan tumbukan padu di perutnya tetapi malang tak berbau kerana perutnya ditusuk pisau tersebut berkali-kali oleh Darwish.

Darwish seperti hilang akal lalu dia lari dari hutan tersebut. Terlihat Deana yang baru masuk dalam kereta hitam tersebut membuat hatinya tidak keruan.. lagi-lagi mata Deana dan Adam memandangnya dengan keadaannya berlumuran dengan darah.

"Abang?!! Adam.. panggil Aziezi sekarang!! Saya risau sangat ni.. saya tak boleh jalan ni.. perut saya sakit sangat." Kata Deana sambil menekan perutnya sambil memejamkan matanya.

Adam meluru masuk ke dalam hutan kembali dan melihat susuk tubuh Aziezi yang sedang nazak itu menyayat hatinya.

Dengan sepantas kilat dia membawa tubuh Aziezi masuk ke dalam kereta.

"Kita kena report polis ni." Kata Adam tetapi aku menggelengkan kepalaku.

"Nyawa Abang Aziezi dalam keadaan bahaya sekarang ni.. kita perlu bawa dia ke hospital dengan segera." Balasku dengan air mata tak berhenti keluar.. kepala Aziezi kini berada di atas pehaku.. aku mengusap wajahnya dan mengucup pipinya.

"Abang.. bangunlah.. Deana perlukan abang.. kalau abang mati.. sapa nak jaga anak kita?" Air mata Deana deras mengalir.. begitu juga dengan Adam.

"Aziezi.. bertahan yer.. aku dalam perjalanan nak bawak kau ke hospital ni." Kata Adam dengan muka sembabnya.

"De... Dean.. Deanaaa." Tiba-tiba terdengar suara kecil Aziezi di mulutnya.

"Abang.. abang panggil Deana kan? Cakaplah.. abang nak bagitahu Deana apa.. Deana sayang abang tahu?" Aku mengusap pipinya sambil mengucup ubun-ubunnya.

"Ja..gaa.. anak.. kita. Abang.. nak Deanaa.. kahwin dengan.. Adam.. kalau abang dah mati nanti... Ash.. hadu ann laa.. illah.. hail.. lallah.. wa ash hadu ann na.. muhamadan rasullullah.. huhh." Hembusan terakhir Aziezi membuatkan Deana terhimpit  dalam kalbunya.

"Abang... jangan tinggalkan Deana.. Deana sayangkan abang.. walaupun abang banyak salah dengan Deana.. abang pukul.. abang dera.. hina Deana.. Deana tak pernah sikit pun dendam dengan abang.. maafkan Deana.. Deana sayangkan abang.. kenapa abang tinggal Deana?" Aku menangis teresak-esak begitu jugak dengan Adam yang sedang memandu kereta.

"Deana.. kau tahu tak aku banyak salah dengan Aziezi.. aku maki hamun dia.. aku tak sangka benda ni boleh jadi. Aku sedih sangat.. walau macam mana sekalipun dia tetap abang yang aku sayang.. sampai hujung hayat aku... dan aku akan terima wasiat dia demi kesejahteraan dia." Kata-kata Adam membuatkan aku semakin mengalirkan air mata.. begitu seksanya batin aku sekarang ni tetapi aku terpaksa menerima hakikat yang Aziezi dah pergi meninggalkan aku buat selamanya.








Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now