○ 29 ○

2.2K 71 32
                                    

           Hish... rugi pulak aku tak breakfast sekali dengan dia. Melepasnya aku.. sorry Deana.. aku tak boleh kawal perasaan aku sekarang ni Deana sebabtu aku terpaksa jauhkan diri untuk sementara waktu. Aku akan kecapi cita-cita aku dan aku akan lamar kau sebagai isteri aku.' Kata hati Darwish.

DL COM.
(Daniel Louise' Company)

Sudah setahun Darwish bekerja sebagai setiausaha kepada Aziezi Aryad.

"Hari ni tangguhkan apointment dengan mana-mana client.. sebab saya ada hal peribadi nak selesaikan." Kata Aziezi kepada Darwish.

"Baiklah boss.. saya akan tangguhkan segala apointment itu secepat yang mungkin." Balas Darwish sambil tangannya ligat mengklik Ipad di tangannya.

"Esok adakan mesyuarat untuk pembincangan proposal baru.. make sure semua orang hadir dalam mesyuarat tu okay!" Kata Aziezi sambil menepuk bahu milik Darwish perlahan dan dia beredar dari situ sambil meletakkan tangannya di kocek seluarnya.

✿✿✿

"Meh sini nasi tu!! Kau tak layak dapat makan nasi tu!" Lelaki bertubuh gempal itu merampas nasi milik Adam di dalam penjara itu dengan penuh kekasaran sehingga nasi itu bertaburan di lantai.

"Ko pehal gemuk!! Kau belum kenal siapa aku.. kau jangan nak cari pasal dengan aku." Balas Adam sambil menikam mata ke arah lelaki berbadan gempal tersebut.

"Kau tahu tak sebab apa aku boleh masuk dalam lokap ni?" Lelaki itu semakin menghampiri Adam dan semakin dekat dan dekat.. tiba-tiba pinggan nasi itu terbang ke udara sehingga semua nasi dan lauk itu bertaburan di lantai akibat di tendang oleh lelaki berbadan gempal tadi.

"Sebab aku pernah bunuh orang banyak kali.. so orang macam kau ni.. celah gigi aku jelah kalau aku nak bunuh pon!" Dia terus menumbuk muka Adam berkali-kali sehingga berdarah mengalir deras.

Adam tidak dapat memberi apa-apa tumbukan atau pukulan kepada lelaki tersebut kerana tubuhnya kini tidak berdaya lagi.

Anggota polis tiba-tiba datang untuk mengubah lelaki yang berbadan gempal tadi ke dalam lokap yang lain manakala Adam di bawa ke hospital kerana berlaku kecederaan teruk sehingga masuk ke dalam wad ICU.

Di Hospital..

Adam dirawat sebaiknya oleh doktor-doktor pakar disitu. Terdapat kecederaan sedikit di wajahnya dan retakan tulang di rahang mulutnya tetapi ia boleh disembuhkan.

✿✿✿

"Hello Deana.. boleh tak sekejap lagi saya nak bawak awak ke suatu tempat." Kata Darwish di dalam corong telefon. Aku hanya keliru.. mengapa tiba-tiba dia mahu berjumpa denganku.. padahal di rumah selalu berjumpa.

"Yer Darwish.. ada apa awak nak jumpa saya? Kalau kat rumah tak boleh ke? Boleh kita makan-makan sekali saya masak." Kataku.

"Saya nak belanja awak makan ni.. tak pelah Deana sekali-sekala saya nak buat baik apa salahnya." Aku ketawa kecil setelah mendengar apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Okaylah Encik Darwish.. saya akan tunggu awak dekat rumah.. nanti awak ambik saya dekat sini." Balas aku sambil tersenyum senang.

"Tak payah nak berencik dengan saya.. menyampah saya dengar tau. Jangan lupa pakai baju cantik-cantik tau." Kata Darwish membuatku terasa hairan. Takkan ada kenduri malam-malam macam ni.

"Ada kenduri ke? Kalau ada.. saya nak pakai baju kurung ni." Darwish ketawa terbahak-bahak setelah aku berkata begitu.

"Kenduri apa nya Deana.. malam-malam macam ni mana ada kenduri sayang oii." Hampir tersedak air liur setelah mendengar perkataan SAYANG dari mulutnya itu.

"Ok bye." Tanpa membalas apa-apa aku terus mematikan telefonku. Semakin melayan dia ni.. semakin jadi biul aku kepala aku dibuatnya.

"Aik.. dia letak pulak?" Darwish menggelengkan kepalanya sambil ketawa.




Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now