Mulai harini aku kena berwaspada dengan keadaan sekeliling aku. Kalau terkantoi dengan Aziezi nasib tidak baik akan menjelma diri aku.
Kalau rezeki aku masih ada untuk bernyawa di permukaan bumi ini lagi.. aku berharap sangat yang Aziezi takkan terserempak dengan aku dekat sini.
Mini Daniel Louise' Company..
Ini syarikat yang pernah aku bekerja suatu ketika dahulu.. Encik Baharun ialah CEO dan Adam ialah pengarah syarikat ni manakala aku ialah manager dekat syarikat ni dulu.Kisahnya bermula...
"Saya akan serahkan MDLC ni sepenuhnya dekat kamu kalau kamu ikut jejak saya." Kata Aziezi sambil memegang sampul surat di tangannya.
"Apa maksud Tuan Aziezi? Macam mana dengan keadaan Tuan Adam?" Encik Baharun mengerut dahinya.
"Dapatkan cop Adam dalam contract ni dan kamu cuma perlu tandatangan untuk persetujuan. Lagi satu.. saya nak awak habiskan duit syarikat ni terlebih dahulu sebelum awak serahkan contract kepada pihak atasan." Jelas Aziezi dengan terperinci.
"Baiklah Tuan.. saya akan buat dengan segera." Kata Encik Baharun dengan senyuman lebar yang penuh bermakna itu.
✿✿✿
"Maaf Cik.. Encik Baharun ada outstation harini. Kalau ada apa-apa masalah sila tunggu habis outstation." Alamak dia ni!! Aku bukan kisah pun dia nak outstation ke? Nak mampus ke? Ada aku kisah? Masalah sekarang ni.. aku nak ambil dokumen kontrak tu secepat yang mungkin.
Otakku yang bergeliga ini mencari idea untuk melepasi pintu pejabat Encik Baharun ni tanpa diketahui oleh sesiapa.
"Julia!! Sini jap ada client nak datang." Tiba-tiba ada staf yang memanggil pembantu peribadi Encik Baharun itu. Dapatlah jugak menghembus nafas lega kali ni.
Tanpa membuang masa lagi.. aku terus meluru masuk ke dalam pejabat itu. Aku menyelongkar satu persatu di dalam almari dan laci tersebut. Tiba-tiba ada fail berwarna oren terjatuh ke lantai.. agak kuat bunyinya. Jantung aku sudah berdegup kencang kali ni. Bagaimana kalau terkantoi! Masak aku dengan Aziezi kali ni.
"Hari ni tamatkan scedule saya.. sebab saya ada hal peribadi nak bincangkan dengan Tuan Aziezi dekat DL Com." Tiba-tiba terdengar suara milik Encik Baharun dari luar.
Alamak orang tua kerek tu dah balik dari outstation la pulak. Macam mana kalau aku terkantoi!! Haih nasiblah.
Aku terus menyorok ke bawah meja tersebut dengan nafas yang tercungap-cungap di dada. Aku melafazkan bismillah dan aku berharap fail oren ni adalah fail yang mempunyai dokumen kontrak yang aku cari selama ni.
"Hello Tuan Aziezi." Aku terdengar bualan telefon dari Encik Baharun.
"Saya nak awak bawak sekali fail yang ada dokumen kontrak tu sebab saya akan sorokkan dokumen tu dekat tempat yang selamat.. sebelum jadi apa-apa. Saya takut nanti bila Adam bebas dari penjara dia takkan dapat lepaskan saya. Jadi.. dokumen kontrak tu satu-satunya bukti penting yang akan merangkap kita sebabtu kita harus berhati-hati." Jelas Aziezi kepada Encik Baharun.
"Baiklah Tuan Aziezi.. saya akan ke sana segera." Telefon dimatikan.
Mati la oii!!! Apa aku nak buat ni? Aku berharap sangat jangan dia nampak aku kat bawah ni?
"Hish.. mana fail oren tu pergi eh?" Kata Encik Baharun sambil tangannya rancak mencari fail yang berwarna oren tersebut.
"Julia!! Julia!!" Panggil Encik Baharun kepada pembantu peribadinya.
"Ya Encik." Balas Julia dengan muka ketakutan kerana melihat wajah Encik Baharun yang agak bengis tersebut.
"Mana fail oren tu? Awak ada ubah dekat mana-mana tak?" Julia terus menggeleng.. Encik Baharun pun menghalau dia keluar.
Aku yang berasa rimas kerana terlalu lama berada di bawah meja ini terus perlahan-lahan mengeluarkan kepalaku tiba-tiba kepalaku terhantuk kuat.
"Bunyi apa tu?" Tiba-tiba Encik Baharun bersuara.
Aduh!! Macam mana ni!
Encik Baharun pun menghampiri mejanya dan melihat tiba-tiba..
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...