○ 37 ○

2.3K 72 36
                                    

Dua hari kemudian..

           Aziezi sudah keluar daripada hospital. Setelah dia membuat pembedahan kulit.. tiba-tiba dia menghidap penyakit Leukimia. Dia sudah menghidap penyakit ini sejak satu tahun yang lalu tetapi tidak diketahui olehnya kerana dia tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan.

'Sudah masanya untuk aku lupakan dendam aku tu. Aku dah banyak jauh pada jalan Allah.' Kata hati Aziezi yang hiba setelah dia dapat tahu yang dia mempunyai penyakit kronik sebegitu.

Aziezi menelefon Deana berkali-kali tetapi tidak diangkatnya. Aziezi mengeluh dan dia terus mencari Deana.

✿✿✿

"Saya bersyukur sangat bila awak dah dapat keluar dari penjara ni." Aku tersenyum lebar di hadapan Adam yang sedang melihatku sambil tersenyum.

"Terima kasih banyak-banyak sebab awak dah bantu saya." Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Encik Baharun dah kena tangkap dengan polis semalam.. so.. awak boleh mula kerja minggu depan. Bersihkan imej syarikat awak dengan baik.. saya akan sokong awak, tapi awak kena tolong saya lepas ni." Kataku dengan penuh senyuman gembira hari ini.

"Okay Deana.. everything for you." Kata Adam sambil tersenyum sumbing.

"Jom kita pergi makan.. lepas tu kita plan apa strategi kita seterusnya untuk hentikan perbuatan Aziezi tu." Kata aku.

Aku akan biar kau merana lepas ni Aziezi dan aku yakin dengan cara ni aku dapat bebas daripada genggaman kau! Aku takkan berdiam diri lagi lepas ni. Kalau Adam tetap menyokong aku, aku takkan berputus asa. Walaupun sukar untuk memaafkan kesilapan Aziezi tu.. aku perlu maafkan dia juga selepas hari penceraian antara aku dan dia.

✿✿✿

"Assalamualaikum. Abang kesayangan ku Aziezi Aryad bin Tan Sri Dato' Daniel Arsyad Louise' O'nell.. huh.. panjang nama bapak kita." Adam ketawa kecil dihujung ayatnya sambil mengeluh panjang.

"Waalaikumussalam.. adik kesayanganku Adam Adrian bin Tan Sri Dato' Daniel Arsyad Louise' O'nell. Silakan duduk my baby boo.. lama tak jumpa." Adam tersengih setelah mendengar ayat Aziezi dihujung.

"Jangan nak sebut nama arwah Daddy sangat.. nanti terbatuk-batuk dia kat dalam kubur tu kang." Aziezi terus memukul kepala Adam dengan menggunakan majalah yang terletak elok di atas meja sebentar tadi.

"Jaga sikit mulut kau tu.. dia tu Daddy kita. Kena hormati... esok teman aku pergi kubur Daddy.. dah lama kita tak lawat kan?" Kata Aziezi.

"Okay brother.. aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.. aku sebenarnya boleh jer masuk-masuk tadi tumbuk muka kau bagi pecah sebab kau dah masukkan aku dalam penjara.. so aku kena berterima kasih banyak-banyak dekat isteri kau Deana Ariana yang cantik tu." Kata Adam selamba sambil menilik satu persatu helaian majalah tadi.

"Aziezi.. aku nak kau lepaskan Deana secara elok.. kau tak kesian ke tengok dia macam tu?" Aziezi tersenyum sinis.

"Ala kau ni.. bagi la aku masa sikit.. lagipun aku dah maafkan kesilapan dia. Aku akan cuba jaga dia sampai aku mati.. Haira pun sama." Kata Aziezi lagi.

"Kau mati ke.. entah-entah Deana tu yang mati dulu kau bunuh.. kau ingat aku boleh percaya kau ni?" Adam menjelingkan matanya kepada Aziezi.

"Kau tuhan ke nak tentukan kematian?" Kata Aziezi.

"Nak jadi ustaz ke? Sorry aku tak layan ceramah orang macam kau ni." Kata Adam selamba.

"Tak kisahlah kau nak hina aku ke lepas ni.. aku sanggup buat apa janji korang maafkan aku. Dendam pasal Hana tu aku dah maafkan Deana.. tak kesemuanya salah dia." Kata Aziezi kepada Adam.

"Betul ni?" Aziezi mengangguk.

"Betul.. aku takkan ceraikan Deana.. aku akan anggap dia sebagai isteri aku." Adam mengangguk sambil tersenyum kelat.

"Melepaslah aku nak dapatkan Deana... kalau aku dapat tahu lepas ni kau aniaya dia.. aku takkan maafkan kau!" Aziezi pun mengangguk.

"Hidup kat dunia ni bukan kekal pun.. semua orang akan merasakan mati.. aku terfikir jugak... sia-sia je kalau aku berdendam.. bukan dapat apa yang aku nak pun." Luah Aziezi yang terbuku di hatinya.

"Aku harap kau tak sia-siakan kepercayaan aku kali ni. Aku akan bagi kau peluang untuk hargai Deana.. tapi kalau sia-siakan dia.. ingat sampai mati.. kau bukan abang aku yang aku inginkan selama ni." Kata Adam dengan serius. Aziezi hanya tersenyum sambil mengangguk kepalanya.







Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now