Perjalanan aku dari rumah akhirnya selamat sampai. Aku keluar dari pintu teksi dan menuju ke rumahku.
Sungguh bosan hidupku kerana hidup keseorangan di rumah ini.. patutkah aku membawa seorang kawan perempuan yang baik.. tinggal bersama aku disini?
TING TONG! TING TONG!
Kedengaran bunyi lonceng rumahku memekak diluar.. jadi aku mengintai melalui tingkap.
"Adam? Buat apa dia datang sini? Haih.. tak bukak kan memekak pulak! Apa yang mesti aku buat ni!!" Aku menggaru-garukan kepalaku yang tidak gatal.
"Buat ape awak datang rumah saya ni? Dah nak dekat malam ni." Aku terus berkata setelah membuka pintu rumah.
"Saya nak mintak maaf pasal tadi." Katanya sambil melutut.
"Kalau awak nak cerita pasal ni.. kita boleh cakap dekat campus esok! Hishh.. janganlah buat macam ni.. nanti jiran tengok.. dia kata saya ni jahat pulak!" Aku memarahinya.
"Awak memang jahat! Sebab tinggal saya macam tu jer.. sepatutnya awak kena cakap I love you dulu ke.. kan? Barulah saya tak merangkak cari rumah awak.. semata-mata nak jumpa awak." Dia terus mengusap kepalaku lalu aku menepisnya.
"Aku nak kau berambus sekarang!" Aku terus memarahinya dengan sepenuh hati.
"Okay fine.. saya akan berambus. Tapi ambillah kotak ni. Sebagai tanda kemaafan dari saya sayangkan awak." Aku terus mengambil kotak itu dan baling ke dalam tong sampah di hadapannya. Pintu luar rumah ditutup kasar dan aku menghempas pintu rumahku.
Kini kepala aku serabut dengan jejaka diluar pintu pagarku. Kenapa aku buat dia macam tu? Mungkin aku tak suka lelaki yang ambil kesempatan terhadapku.. itu memang kepantangan aku sejak zaman dulu lagi.
"Padan muke kau! Sape suruh kau main-main dengan Deana Ariana lagi." Aku terus mencapai alat kawalan televisyen dan mencari siaran yang aku mahukan tetapi tiada satu pun yang menarik lalu aku melemparkan alat kawalan itu ke lantai sehingga berkecai.
Aku naik atas dan pergi ke bilik belajarku. Aku mencari buku merah jambu yang aku ambil dari bilik Nad sebelum aku datang ke Jepun.
Ariana? Rantai Ariana? Patut ke kalau aku tanya Nad.. siapa Ariana tu?
Tapi nantilah.. aku akan siasat selepas aku dah jadi seorang manager dekat syarikat nanti.Yup.. cita-citaku mahu menjadi usahawan berjaya dan permulaannya.. aku nak jadi manager dulu dan aku nak uruskan sebuah syarikat yang mahal dan terkenal.
5 HARI KEMUDIAN..
Sudah masuk lima haripun.. Ad belum hadir ke kelas.. dia dah nak pindah ke sejak aku marah dia haritu. Aku ni dah kenapa.. asyik fikir fasal dia je.. dia tak sepatutnya jadi kawan aku.
Tiba-tiba aku melihat kelibat dia dengan seseorang perempuan Jepun sedang bermesra.
Aku mendekati dan aku berdehem lalu aku terlihat.. ekspresi wajah wanita itu seperti memarahiku.
"Adam.. jom ikut saya." Aku terus menarik lengannya dengan berlapik.
"Hey girl... what are doing with my boyfriend huh?" Tiba-tiba perempuan Jepun tu menempis tanganku dengan kasar.
"But he is my boyfriend too.. before he have a stupid girlfriend like you!" Aku terus menarik lengan Adam lalu dia menepis tanganku.
"Haritu awak dah benci saya.. lepasni awak cari saya pulak?" Adam terus merenung anak mata coklatku.
"Saya mintak maaf pasal haritu.. awak pun datang pada waktu saya badmood.. memang patut saya marah pun." Kataku.
"Kiroko... We are breakup! Deana.. jom teman saya beli air?" Kata Adam lalu aku tersengih.
"Jom sayang.. ops.. Lets go my honey!" Aku sengaja nak bagi telinga minah Jepun tu berasap.. biar padan muka dia.
Jangan lupa vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...