"Macam mana dengan keadaan suami saya?" Tanyaku dengan segera kepada doktor yang baru sahaja keluar dari wad yang ditempatkan oleh Aziezi.
"Leukimia suami Puan semakin melarat.. apa-apa pun.. suami Puan perlu melakukan chemotraphy secepat yang mungkin." Hampir gugur jantung aku setelah mendengar kabar buruk tersebut. Air mataku automatik mengalir dengan deras begitu juga dengan Haira yang berada di sebelahku.
"Deana.. apa salah aku Deana!! Aku tak boleh jadi isteri yang terbaik untuk dia kan.. sebab tu tuhan balas aku macam ni!" Air matanya mengalir sambil tangannya menepuk bahuku dengan perasaan yang sebal dan menjengkelkan.
"Kau kena sabar Haira.. ini semua dugaan yang Allah nak bagi untuk kita." Pesanku sambil menenangkan hatinya yang digelombang dalam kesedihan yang melanda hati dan perasaannya tersebut.
"Kau cakap senanglah Deana.. aku dah cintakan Aziezi tu dah lama sangat.. sejak zaman tadika lagi kau tahu tak?! Aku setia sangat dengan dia.. tapi sampai hati dia tinggalkan aku macam ni." Katanya sambil menangis teresak-esak di hadapanku.
"Dahlah tu Haira.. kau tak sepatutnya bersedih macam ni.. kita berdoa yang baik-baik je untuk abang.. ajal maut semua tu ditangan Allah.. kita tak boleh nak halang takdir.. apa yang kita perlu buat adalah redha segala apa yang berlaku.. pasti ada hikmah disebaliknya." Kataku tapi Haira hanya mengeluh.
"Kau tak payah nak ceramah aku bagai!! Bingit tahu tak telinga aku ni!" Kata Haira dengan kasar sekali.. aku agak terkesan dengan kata-katanya tetapi aku hanya bersabar selagi ada keimanan dalam diriku lagi.
✿✿✿
"Kau kenal aku siapa?" Datang seorang perempuan mirip teramat sangat sepertinya datang menghampiri sambil memegang sepucuk pistol.
"Tak mungkin!! Aku tak kenal sapa kau!! Pergi!! Pergi!!" Haira seperti orang tidak siuman melihat perempuan tersebut.
"Kakak yang ku kasihi.. adikmu disini amat merinduimu.. datanglah kemari wahai kakakku yang cantik.. hihihi." Kata perempuan yang mirip dengannya tadi sambil ketawa kecil.
"Aku tak kenal kau sapa!! Berambus kau!! Berambus!! Berambus!!" Tiba-tiba pipi Haira dicengkam kuat oleh perempuan tersebut.
"Perkara yang paling aku benci sekali.. orang yang berpura-pura suci!! Padahal hati.. kotor penuh dengam sampah!!" Pipinya terus ditampar oleh perempuan tadi.
"Kau nak apa?! Kalau kau nak duit aku boleh bagilah!! Tapi tolonglah jangan ganggu aku!!" Jerit Haira.. tiba-tiba pistol milik gadis yang milik dengan wajahnya tadi terus menghala ke mukanya.
Haira menelan air liurnya beberapa kali.. takut yang teramat sangat.. adakah ini satu karma yang menyapa dirinya dahulu?
"Tak mungkin!!!!!!!" Jerit Haira sekuat hati.
"Apa yang tak mungkin hah?!! Kau tu dahlah pembunuh!! Lepastu perampas!! Dasar perempuan tiada maruah diri!" Kepala Haira ditonjolkan beberapa kali oleh gadis tersebut dengan kasar.
"Kau sapa!!!" Tiba-tiba rambutnya ditarik dan tubuh badannya di heret ke dalam hutan.
Habis berdarah kulitnya akibat terkena duri-duri tajam yang berada di hutan tersebut.
"Kau memang tak guna!!!" Wajah Haira ditumbuk sekuat hati sehingga tersembam di tanah.
"Aku benci sebab ada kakak macam kau!! Kau dah bunuh adik kau sendiri!! Aku tak sangka ada kakak kejam macam iblis semata-mata seorang lelaki! Kalau ya kau cintakan Aziezi pun.. kau boleh bagitahu aku!! Bukan melenyapkan aku!! Kalau kau nak tahu.. aku merana dapat kakak berupakan iblis macam kau!!"
Peluru pistol tersebut terus melekat pada kepala milik Haira.. habis darahnya terburai di tanah.. mulutnya deras mengeluarkan darah.. akhirnya sekujur tubuhnya rebah dan tidak menyedarkan diri lagi.
"Huh... huh.. huh.. aku mimpi apa ni?" Berpeluh-peluh badan Haira setelah bangun dari mimpi buruk tersebut walaupun pendingin hawa sudah mencecah sembilan belas darjah celcius.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...