Sebulan yang lepas...
Aku, Darwish, Daniya, mommy dan daddy sudah kembali ke tanah air. Kami kembali ke rumah yang bersebelahan dengan rumah Mak Som.
Di Hadapan Balai Polis Pudu...
"Tiba masa sekarang ni.. Darwish akan menyerah diri kepada balai polis." Darwish berkata sambil menundukkan wajahnya. Daniya menghampiri Darwish sambil memeluk tubuhnya.
"Walaupun kita baru kenal.. kakak akan tetap sayang adik kakak... sebab Darwish ialah darah daging kakak sendiri. Kakak nak mintak maaf sebab baru muncul setelah kamu banyak hadapi masalah." Bahu Darwish diusap Daniya perlahan. Air matanya sudah berderai apabila mendengar ujaran dari kakaknya yang menyayat hati itu.
"Darwish!!" Tubuhnya dipelukku dengan air matanya berderai.
"Walaupun aku benci sangat dengan adik aku sorang ni." Bahu Darwish ditepuk kuat.
"Aku tetap sayang dia buat selamanya." Aku memeluknya buat kali terakhir sambil menitiskan air mataku.
"Ingat kata aku sampai kau dah pergi nanti.. Deana Ariana kakak kau ni... tetap sayang kau.. sebab kau adalah darah daging dia. Faham tak?!" Kata aku dengan tegas sambil menepuk bahu dan lengan sasanya dengan kasar. Darwish yang menahan tangisannya terus berderai air mata jantannya.
"Kak... janganlah cakap macam tu... sedih hati ni." Kata Darwish seperti anak kecil.
"Kau tu anak jantan.. jangan nak sedih sangat... kalau kau sedih.. kami lagi sedih." Kataku sambil mengusap rambutnya.
Di Mahkamah...
"Encik Darwish Akmal bin Farid anda didapati melakukan kes pembunuhan dengan sengaja. Anda dikehendaki gantung sampai mati.. seksyen 302 kanun keseksaan." Kayu yang di pegang oleh hakim diketuk sampai tiga kali.
Wajah Darwish tersenyum saat melihatku buat kali terakhir. Daddy dan mommy tidak mampu untuk melihat wajah Darwish lagi lalu dia beredar dari situ. Tinggal aku dan Daniya berdua sahaja melihat susuk tubuh Darwish.
"Daniya... jangan nangis please." Aku memujuk Daniya yang tidak berhenti mengalirkan air matanya kepadaku.
"Seminggu lepas kita baru je pergi melancong dengan dia... sebenarnya dia baik sahaja dengan semua orang. Disebabkan daddy... dia dah jadi macam tu sekelip mata. Macam tak percaya.. hari ni dia nak tinggalkan kita buat selamanya.. memanglah dia tu jahat dulu.. Daniya memang nak benci dia.. apatah lagi Kak Deana kan? Tapi bila dah fikir dia tu masih darah daging kita sendiri... rasa tak sanggup pulak nak ditinggalkan." Kata Daniya sambil meleraikan air matanya.
"Setiap kesalahan pasti ada hukumannya... jadi kita perlu redha apa yang jadi. Macam Kak Deana ni... dah terlalu lama menanggung derita semasa kematian arwah suami Kak Deana." Sikit demi sikit tubir mataku terkeluar setitis air mata.
"Kak!!!! Apa yang akak termenung tu... dah basah habis kertas dokumen yang ada atas meja tu." Tegur Daniya mengejutkan aku.
"Kenapa akak nangis? Adam sakitkan hati akak eh?" Daniya terus duduk di atas kerusi meja bersebelahan denganku.
"Cuma... teringat pasal Darwish." Kataku sambil mengelap air mata yang sudah membasahi pipi.
"Walaupun dia pernah bunuh. Hmm.. okay tak sebut dah.. sorry Kak Deana." Daniya mengusap bahu Deana perlahan.
"Daniya tak rindu Darwish.. adik kita?" Tanyaku.
"Rindu sikit.. tapi Daniya tengah falling love dengan someone ni." Aku mengerutkan dahiku sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romantizm{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...