○ 20 ○

2.3K 88 38
                                    

              Setelah aku menyiapkan air mandi untuk Haira dan Aziezi aku terus beredar dari bilik tersebut.

Walaupun sakit apabila melihat Aziezi dan Haira sedang tidur bersama di atas katil.. aku tetap bersabar.

"Tuan.. saya dah siapkan air mandi untuk Tuan dengan Puan." Dia terus bangun sambil menghalauku keluar dari bilik itu.

"Deana!! Aku nak kau siapkan breakfast untuk kitaorang secepat yang mungkin!" Aziezi mengarahku seperti orang gaji.. aku cuma akur sahaja permintaannya.

Tanpa membantah apa-apa.. aku terus ke dapur untuk menyediakan sarapan buat mereka.

"Tuan.. makanan dah siap!" Aku telah ketuk pintu biliknya namun tiada sahutan.. aku pun memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Aku terus menuju ke pintu bilik air yang terbuka luas itu.. terlihat Aziezi dan Haira sedang bermesra di dalam tab mandi bersama. Kini hatiku benar-benar terluka lalu aku beredar dari situ dan menuju ke dapur. Aku menangis sepuasnya di dapur tersebut.

Hatiku benar-benar dirobek dan dihiris olehnya. Aku tertanya-tanya mengapa aku begitu bodoh kerana terlanjur cinta dengan lelaki yang bernama Aziezi Aryad itu?

"Deana Ariana!!!!!!! Deana Ariana!!!!" Jantungku ingin melompat terkeluar setelah namaku dilaung seperti itu.

"Yer Tuan." Aku melihat kakinya yang basah dan tak mampu melihat wajahnya.

"Deana Ariana.. mem besar nak sabun sakura bercampur lavender! Cepat letakkan sabun dalam tab mandi kami!!" Dia terus menolak tubuhku dan aku terdorong jatuh ke lantai yang licin itu.

"Cepat sikitlah lembab!! Kau tak payah nak buat drama sedih romantik dekat sini.. aku dengan Haira pun tak hingin nak tengok kau!" Aku pun cuba menggagahkan diriku untuk bangkit dan mengambil sabun mandi sakura dan lavender tersebut.

Aku melihat Aziezi kembali masuk ke dalam tab mandi bersama Haira. Aku menghampiri mereka dan meletakkan sabun ke dalam air. Tanpa sempat aku beredar.. Aziezi menyelamkan mukaku ke dalam tab mandi yang dipenuhi sabun tadi.

"Ini akibatnya kalau buat kerja macam siput babi!! Dah pergi berambus!" Dia menghalauku lalu aku terus beredar dari situ dengan hati yang teramat sakit sekali.

✿✿✿

Setelah membersihkan pinggan mangkuk di dapur, Aku melihat Haira seperti mahu menaiki tangga. Aku pun terus bergegas ke arahnya dan menolong.

"Biar saya papah awak." Kataku dengan lemah lembut.

"Tak payah papah saya.. saya boleh uruskan diri saya sendiri." Dia menepisku sehingga aku tergelincir di atas tangga dan jatuh. Lengan dan kakiku berdarah sedikit tetapi aku tetap berusaha untuk bangun walaupun sakit datang menjelma.

Tanpa sempat aku menghampiri Haira.. dia terjatuh tangga sehingga kepalanya terhentak. Aku agak terkesima dan menolongnya bangun.

"Woi betina!! Kau buat apa dengan bini aku huh tak guna!!" Dia terus menampar pipiku dan aku menangis teresak-esak kerana berasa pedih.

"Kau tengok ni.. kepala dia berdarah!" Aku terus menghampirinya dan memohon maaf. Apa yang aku dapat ialah kepalaku disembamkan berkali-kali ke atas lantai sehingga berdarah.

"Sakit Tuan.. cukuplah!!! Jangan buat saya macam ni Tuan!!" Aku mengaduh kesakitan.

"Dahlah sayang... maybe dia tak sengaja nak jatuhkan saya tadi.. tak pa saya dah maafkan dia. Awak jangan pukul dia kesian dia. Kalau Mommy tahu mesti dia marah dekat awak nanti." Pujuk Haira lalu Aziezi memberhentikan perbuatan memukulnya kepadaku.

'Aku tak pernah pun jatuhkan kau Haira.. aku cuba nak anggap kau tu keluarga aku sendiri... tapi aku tak sangka yang aku akan tetap dihina macam ni.' Aku hanya mampu berkata di dalam hati. Hatiku berasa perit dan hanya tuhan yang maha kuasa sahaja yang mengerti apa yang aku alami sekarang ni.





Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now