8.00 pagi...
Kuku aku terlihat kebiruan dan aku merasa tubuh badanku terlalu lemah. Mukaku pucat dan aku kegigilan dalam kesejukan salji yang tebal ini.
Aku mengetuk pintu dari luar dan mengendap cermin tingkap.. aku melihat Aziezi sedang membuat panggilan video bersama Haira. Aku mengetuk sekuat yang mungkin.. kerana aku tidak tahan lagi dalam kesejukan ini.
"Aziezi.. bantulah saya.. kalau nak saya mati sekalipun biarlah saya minta maaf dengan semua orang dulu." Aku berkata perlahan dan kini aku rebah di atas salji.
Aziezi sibuk berborak bersama Haira di dalam rumahnya dengan keadaan yang kehangatan.
"Sayang.. mana Deana? Tak dengar suara dia pun? Sayang jangan nak berkasar atau nak dera dia sangat nanti kalau Mommy tahu.. tak pasal-pasal saya kena marah sekali." Aziezi ketawa terkekek-kekek dan dia terasa Haira pandai membuat celoteh.
"Tak payah nak risau sangat.. Sayang letak dia kat luar biar dia mereput sejuk kat luar tu." Muka Haira berubah menjadi marah dan menasihati Aziezi.
"Sayang.. pergi bawak masuk Deana dalam rumah sekarang! Kesian dekat dia.. kalau dia mati.. sayang yang kena bertanggungjawab tau.. Haira juga yang susah hati nanti. Sayang ni pun.. nak dera dia agak-agakla." Aziezi ketawa lagi.
"Yelah Haira Sumaiyah yang abang cintai.. abang akan menurut perintah sayang." Aziezi pun menjenguk ke luar dan menjerit nama Deana tetapi tiada sahutan.
"Abang letak dulu yer.. nanti abang call balik." Dia pun mematikan talian telefon dan mencari di mana kelibat Deana pergi.
"Deana!!! Hish menyusahkan aku betul la perempuan ni.. dia boleh merayap merata pulak orang tengah cari dia macam hilang anak ni." Aziezi mencapai jaketnya yang tebal itu dan meluru keluar. Dia terkedu melihat tubuh Deana yang meliputi ais salji tersebut. Dia terus bergegas membawa Deana masuk dan meletakkannya di atas sofa bersama alat pemanas badan.
Baju Deana dibuka satu-satu oleh Aziezi sehingga meninggalkan singlet pendeknya sahaja. Dia menyelimutkan tubuh Deana sehingga paras dada dan meninggalkan Deana seorang diri di ruang tamu.
✿✿✿
9.00 malam...
Setelah aku terbangun dari pengsan.. badanku teramatlah panas, kaki dan tanganku membeku walaupun suhu di ruang tamu ini membahang kehangatan.
Aku mencari kelibat Aziezi tetapi dia menghilang entah ke mana. Aku mencapai segelas air untuk di minum tetapi gelas itu terjatuh dan pecah berderai kerana tanganku menggigil lemah. Aku berusaha untuk bangkit dari sofa itu tetapi aku tidak berdaya kerana kepalaku teramatlah sakit.
Ketika aku cuba untuk mencapai gelas itu sekali lagi.. tiba-tiba kakiku lemah dan terseliuh. Aku jatuh terlentang di lantai.. gelas yang ku pegang tadi terjatuh pecah sehingga di tanganku terkena serpihan kaca tersebut.
"Woi pempuan!!! Asal kau ni hah!? Merosakkan harta benda aku.. so sapa nak ganti rugi ni hah?" Aziezi terus menarik rambutku dengan kasar.
"Awak.. sakit!!" Aku mengerang kesakitan dengan keadaan aku haus yang teramat sangat.
"Apadia!! aku tak dengar??!" Dia terus menarik rambutku sepuluh kali ganda lagi kuat daripada tadi. Aku menjerit kesakitan dan mukaku semakin pucat.
"Tuan.. lepaskan saya.. saya haus.. saya nak air." Aku merayu kepadanya dengan keadaan aku menangis teresak-esak.
"Apadia? Ouh.. kau nak air ye? Nak air? Nah ambik kau hah!" Dia menyimbahkan air kosong yang berada di dalam jag itu ke atas mukaku sehingga air itu masuk ke saluran hidungku.
"Tolonglah Aziezi.. sampai bila awak nak simpan saya macam ni? Kalau awak benci saya sekali pun.. janganlah seksa saya macam dekat neraka!" Dia terus menampar mukaku setelah aku memberanikan diri berkata seperti itu.
"Aku nak kau kutip kaca-kaca ni secepat yang mungkin.. sebelum kaca-kaca ni aku sumbat dalam mulut kau sampai mampus." Dia terus menyembam kepalaku ke atas lantai dan beredar dari situ.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Roman d'amour{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...