○ 18 ○

1.8K 87 9
                                    

               Semasa majlis perkahwinan aku berjalan dengan lancar.. aku melihat mak mertuaku datang sambil memelukku. Aku tersenyum senang apabila dia dapat terima aku dengan seandainya.

"Ryad.. ikut Mommy sekejap.. Deana.. tunggu sini kejap yea.. Mommy ada hal nak cakap sikit dengan Ryad.. boleh kan kalau Mommy nak pinjamkan Ryad sekejap?" Kata Mommy... aku hanya mengangguk sambil tersenyum senang.

"Why Mommy?" Tanya Aziezi.

"Harini kamu baru nikah dengan Deana.. dan kamu dah jadi suami orang yang sah.. masalah sekarang ni.. Mommy tak nak Ryad bawak betina buta tu masa hari persandingan Ryad.. Mommy tak suka dia.. Kenapa kamu bawak dia harini? Kalau Deana tahu macam mana?" Aziezi hanya mengeluh dengan kata-kata ibunya itu.

"Dia ada nama Mommy.. nama dia Haira Sumaiyah. Dia isteri pertama Ryad.. dia patut ada pada majlis ni.. lagipun dia yang berdegil sangat nak datang.. Ryad cuma ikutkan aje. Dia yang nak sangat kalau Ryad kahwin lagi.. sebab kitaorang dah lama nak anak." Datin Aurora hanya menjeling tajam dan beredar dari situ.

Aku terus memapah gadis buta itu kerana dia baru sahaja rebah dilantai.

"Awak nak makan ke? Biar saya tolong ambilkan makanan untuk awak.. awak nak makan apa?" Dia hanya tersenyum sambil mengusap bahuku perlahan.

"Awak ke pengantin? Mesti awak cantik kan? Malang sekali saya tak dapat tengok muka awak... hahaha." Aku hanya membalas ketawanya sambil itu aku mencapai makanan berlauk itu untuknya.

"Hish awak ni... mana adalah.. saya rasa awak yang cantik daripada saya yang pengantin ni." Dia hanya ketawa.

"Kenapa kau ada kat sini huh?!! Aku nak kau berambus!! Jangan sentuh menantu aku! Dahlah buta.. lepastu tak sedar diri? Mesti kau tak ade pengajaran kan? Meh aku nak bagi pengajaran terbaik untuk kau!" Aku melihat Mommy menarik lengan gadis itu keluar dari dewan dan aku agak tergamam. Aku tidak faham apa yang telah jadi sebenarnya.

"Mommy!! Kalau Mommy nak malukan Ryad.. agak-agaklah Mommy. Kesian dekat Haira.. dia tak bersalah pun." Aziezi terus memeluk Haira yang sedang menangis teresak-esak.

Siapa gadis itu sebenarnya? Kenapa Aziezi peluk dia? Aku terus menghampiri mereka.

"Kenapa ni Mommy?" Setelah aku muncul dan bertanya seperti itu.. Mummy terus tersenyum manis ke arahku.

"Tak ada apa sayang.. dah jom masuk. Kita makan jom." Dia menarik tanganku dan aku hanya akur sahaja.

"Tapi Mommy.. kenapa Aziezi dengan perempuan tu? Mereka ada hubungan ke?" Tanya aku kerana aku curiga tentang mereka berdua.

"Alah.. dorang tak ada apa-apa  hubungan pun.. Ryad memang macam tu, sebab dia suka tolong orang.. jomlah kita makan. Deana tak payah nak fikir banyak sangat okay." Aku hanya mengangguk dan aku hanya berfikiran positif sahaja.. kerana aku tak mahu perkara yang negatif menyelubungi diriku.

Aku hanya mengikut sahaja percakapan Mommy dan pergi ke meja makan.

Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now