"Daddy.. Mommy.. apa semua ni?" Nadhia menjumpai sijil lahirnya yang sebenar di almari lama.
"Siapa Daniya Ariana ni.. dan macam mana Nad boleh ada rantai Ariana ni?" Wajah Datin dan Dato' berubah menjadi pucat setelah mendengar apa yang berlaku lalu Datin Aisyah pun meluru masuk ke bilik untuk mencari sesuatu.
"Apa semua ni Daddy.. boleh tak explain dekat Nadhia sekarang! Apa yang terjadi sebenarnya? Siapa Daniya Ariana?!" Nadhia sudah hilang kesabaran asyik melihat Dato' Jamaludin hanya berdiam diri sahaja.
"Sebenarnya kamu anak angkat kami." Semakin luruh hati Nadhia mendengar akuan dari Dato' Jamaludin.
Nadhia terus jatuh ke lantai dengan air matanya mengalir dengan deras.
'Aku menyesal sebab halau Deana haritu.. aku yang cakap dia tu anak kutip... padahal aku yang anak kutip.' Kata hati Nadhia. Air matanya tidak berhenti mengalir sehingga Datin Aisyah menghampirinya dan menunjukkan serpihan rantai yang patah.
"Sebenarnya rantai Ariana ni dah patah dan inilah serpihannya.. kami sengaja patahkan Deana ni sebab tak nak kamu tahu hal sebenar.. jadi kami berikan rantai Ariana sebagai alasan.. cuma nama jenama sahaja." Terang Datin Aisyah.
"Jadi nama Nad.. ialah Daniya Ariana binti Farid.. dalam sijil kelahiran ni?" Datin Aisyah terus mengangguk kepalanya. Nadhia tiba-tiba teringat.. bahawa dia pernah melihat Deana memakai rantai yang bernama Daniya Ariana di lehernya.
Air mata milik Nadhia semakin deras mengalir lalu dia menepis tangan ibu angkatnya dan keluar dari pintu rumah agam tersebut.
"Nadhia!!! Kamu nak ke mana!!" Jerit Dato' Jamaludin.. tiba-tiba dia mendapat serangan jantung.
"Nadhia!! Daddy kamu sakit!!" Jerit Datin Aisyah.
"Daddy... bangun Daddy.. jom kita pergi hospital sekarang." Kata Nadhia dengan cemas sambil berusaha mengangkat tubuh Dato' Jamaludin.
Di Hospital...
"Nad.. maafkan Mommy dengan Daddy sebab rahsiakan perkara sebenar dekat kamu... kami tak nak kehilangan kamu nak.. kami sayang kamu macam anak kandung kami sendiri." Tangan Nadhia diusap lembut oleh Datin Aisyah.
"Tapi Mommy.. Nadhia kena jumpa ibu dan bapa kandung Nadhia... please Mommy.. tolong Nadhia.. harap Mommy kenal siapa orang tu." Kata Nadhia sambil mengusap bahu Datin Aisyah lalu dia meletakkan kepalanya di bahu ibu angkatnya.
"Sebenarnya.. masa dua puluh lima tahun yang lepas.. Mommy dengan Daddy ke hospital.. sebab Mommy masa tu mengalami keguguran. Lepastu ada seorang lelaki ni.. tegur Daddy dan dia tanya kenapa Daddy kamu menangis.. dan Daddy kamu pun cakap yang kami kehilangan bayi kami dalam kandungan.. dengan rela hatinya bapa kandung kamu cakap yang dia akan serahkan kamu pada kami.. tapi kami kena bagi duit sebanyak tiga puluh lima ribu... dia buat macam tu sebab.. dia tak mampu nak jaga atau bimbing kamu dengan baik.. jadi.. dia terpaksa serahkan kamu kepada kami. Tak silap Mommy.. Mommy ada simpan alamat rumah bapa kamu.. dengan rantai Deana Ariana." Terang Datin Aisyah.
"Jadi Deana Ariana tu adik beradik Nadhia ke?" Tanya Nadhia yang kebingungan.
"Yang tu Mommy tak pasti.. sebab ada segelintir orang yang nama dia sama dengan rantai tu.. kamu kena siasat sendiri.. setahu Mommy.. Mommy pergi ke rumah bapa kamu.. Mommy tak pernah nampak pun adik beradik kamu yang lain." Terang Datin Aisyah.. lalu Nadhia menganggukkan kepalanya tanda memahami apa yang dikatakan oleh Datin Aisyah sebentar tadi.
"Kejap lagi.. Mommy bagi alamat tu.. esok pagi Nadhia nak pergi cari." Kata Nadhia dengan hati yang nekad.
"No!! Mommy tak izinkan! Mommy tak nak kehilangan anak Mummy." Datin Aisyah memeluk Nadhia tetapi Nadhia mengelak sambil menggelengkan kepalanya.
"Mommy.. Nadhia dah besar.. dah dewasa.. ada akal fikiran yang kuat.. boleh fikir mana baik dan mana yang buruk.. jadi buat apa Mommy nak risau pasal Nadhia pulak? Lagipun kan.. Nadhia ni bukannya anak kandung Mommy dengan Daddy pun." Sindir Nadhia dengan bengang.
"Nadhia Jasmina!!" Jerit Datin Aisyah memanggil Nadhia yang terus meluru pintu keluar hospital dan air matanya mengalir... kerana takut kehilangan anak perempuan angkatnya yang satu itu.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...