○ 21 ○

2.1K 83 9
                                    

             Aku membuka pintu rumah agam ini dan melihat Mommy sedang tersenyum di hadapanku. Kami bersalaman dan berpelukan.

"Kamu dengan Aziezi ade plan nak honeymoon dekat mana-mana lagi tak?" Kata Mommy sambil melabuhkan punggungnya disofa.

"Tak pasti lagi lah Mommy... Deana pergi buat air dulu yer.. nanti Haira dengan Aziezi turun latu." Aku pun beredar dari situ tanpa berkata apa-apa. Reaksi wajah Mommy amat keruh setelah aku menyebut nama Haira.

Aziezi mendukung Haira sambil menjerit memanggil Deana dengan kasar. Datin Aurora amat terkesima dengan kejadian tersebut.

"Ryad!!! What are doing? Kenapa perempuan buta ni tinggal sekali dengan Deana! Sepatutnya kamu kena cerai je perempuan buta ni!! Dahlah menyusahkan orang." Air mata Haira terus mengalir apabila mendengar herdikan dari Datin Aurora.

"Mommy!! Tolonglah jangan sakitkan hati Haira... dia tak pernah kacau hidup Mommy pun!" Marah Aziezi sambil  mengelapkan air mata Haira dengan jarinya.

"Ryad dah pandai nak jadi anak derhaka pulak yer? Tak cukup sakitkan hati Deana? Lepastu hati Mommy pulak? Apa yang betina buta ni meracuni fikiran kamu ni Ryad!!!" Jeritan Mummy sehingga membuat sudu yang aku pegang terjatuh ke atas lantai. Aku mengambil sudu itu kembali dan mencucinya lalu dulang yang mempunyai teko dan cawan tersebut aku mengangkatnya membawa ke ruang tamu... tidak lupa pula makan petang iaitu cucur udang dan karipap aku buat pagi tadi.

"Makanlah Mommy.. Deana nak ke dapur dulu.. nak cuci baju dengan mop lantai." Aku terus beredar dari situ.

"You see that? Dia menantu paling terhebat di dunia yang pernah aku dapat.. bukan macam kau! Ouh lupa.. kau ni dahlah buta.. mana pernah nampak?" Datin Aurora mengkritik Haira habis-habisan.

"Mommy stop with your idiot mouth!" Tamparan terus menghingap dipipi Aziezi.

"Kau berani panggil mak kandung kau sendiri ni idiot.. disebabkan perempuan buta ni! Kau dah lupa siapa yang lahirkan kau dekat dunia ni huh Aziezi Aryad!" Marah Datin Aurora.

"Apa hasrat Mommy datang rumah Ryad... takkan semata-mata nak maki hamun Haira? Ataupun Deana yang paksa Mommy datang sini?" Tanya Aziezi kepada Datin Aurora yang sedang bengang dengan kata-kata anaknya itu.

"Habistu mak kandung kau ni tak boleh datang rumah anak dia sendirilah? Ouh lupa... salah kot.. sebab takut derhaka dengan isteri kesayangan? Macamtu? Sanggup derhaka dengan mak sendiri disebabkan ikut telunjuk isteri?" Aziezi mengeluh berpanjangan setelah mendengar kata-kata Datin Aurora yang tidak pernah masuk dek akalnya.

"Mommy.. Ryad tahu.. Ryad banyak salah dekat Mommy.. tapi Mummy kena fahamlah situasi Ryad." Aziezi merayu kepada Datin Aurora supaya maafkan kesilapannya.

"Kalau nak Mommy maafkan Ryad.. Ryad kena tinggal dengan Mommy dengan Deana faham! Haira pulak duduk rumah ni dengan bibik.. jangan risau.. Mommy akan upah lima orang gaji untuk jaga isteri kamu yang buta ni." Kata Datin Aurora berterus-terang. Hati Haira agak hancur apabila mendengar ibu mertuanya berkata begitu.

"Tak boleh Mommy.. Ryad takut kalau Haira jadi apa-apa nanti. No Mommy! Ryad tak setuju.. alasan lain tak de lagi ke Mommy?" Datin Aurora terus tersenyum sinis apabila anaknya berkata begitu.

"Kalau macamtu kamu kena pergi honeymoon dengan Deana dekat London minggu depan! No excuses anymore!" Kata Datin Aurora dengan tegas.

"Tapi Mommy.. Ryad ada banyak kerja dekat office nak kena settlekan." Aziezi mencari alasan untuk mengelak daripada permintaan Mommy nya itu.

"No excuses!!!" Lepas ni Aziezi terpaksa menunaikan permintaan Mommy nya walaupun berat."

"Mommy nak balik now!! Deana sayang!! Mommy nak balik bye!" Aku terus meluru keluar dari dapur setelah mendengar namaku dipanggil oleh Mommy.

"Balik hati-hati ya Mommy.. take care." Aku pun bersalaman dan mencium pipi Mommy. Aziezi agak tidak berpuas hati melihat kemesraan aku dan Mommy tetapi aku mengendahkannya.

"Sebelum Mommy terlupa.. minggu depan Deana dengan Aziezi kena pergi honeymoon dekat London.. Haira duduk dengan Mommy... biar Mommy jaga dia." Aku tersenyum setelah Mommy berkata begitu lalu aku melihat wajah bengang Aziezi menikam anak mataku.

"Tapi Mommy.. Aziezi nak bawak Haira pergi honeymoon sekali." Wajah Mommy yang ceria tadi bertukar menjadi suram kembali setelah mendengar apa yang di katakan oleh Aziezi.

"Berapa kali Mommy nak ulang? Haira tetap Mommy jaga.. jangan risaulah.. Mommy takkan dera isteri kesayangan kamu ni." Mommy terus memeluk erat Haira dan Haira tersenyum manis.

"Mommy dah tempah segalanya dekat sana so kamu jangan rosakkan plan Mommy." Aziezi mengangguk perlahan.

✿✿✿

SEMINGGU KEMUDIAN...

Kini aku kesejukan di permukaan salji. Aziezi tidak membenarkan aku masuk ke dalam rumah dan aku terpaksa duduk di luar dalam keadaan kesejukan.

Aku mengimbas kembali apa yang Aziezi mengatakan kepadaku sebentar tadi.

"Kau bawa sendirilah beg kau tu masuk dalam... lepastu berambus! Kau jangan nak berangan tidur dalam rumah ni.. aku nak kau mereput kesejukan kat luar sana. Ini hukuman kalau kau berjaya kalahkan aku.. ingat Mommy suka kau.. kau boleh buat sesuka hati kau! Kau kena ingat siapa diri kau tu dasar pengemis!" Kepalaku ditonjol oleh jari telunjuknya.

Setelah aku mengingat kembali kejadian tersebut.. hatiku bagai dihiris sehalus-halus olehnya.





Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now