○ 15 ○

2.4K 84 13
                                    

             "Encik Adam.. sila ikut kami ke balai sekarang." Tanpa berkata apa-apa Adam digari oleh anggota polis.

"Apa salah saya encik?" Adam terus bertanya dan dia berasa hairan mengapa dia tiba-tiba ditahan.

"Kita akan bincang semua perkara di balai untuk membuat siasatan lanjut.. jadi.. sila bekerjasama." Adam terus masuk ke dalam kereta polis itu dengan relanya.

Dia ternampak susuk tubuh Aziezi yang memakai baju jaket hitam sedang berdiri melihatnya sambil tersenyum sinis lalu Aziezi melambaikan tangannya kepada Adam.

Adam mengetap giginya sambil menggempalkan penumbuknya. Hatinya kini meledak dengan kesakitan melanda disebabkan terperangkap dengan kejahatan Aziezi.

"Ini adalah balasan untuk orang yang berani menghalang aku!" Aziezi menggempalkan penumbuknya sambil tersenyum sinis lalu dia keluar meluru dari pintu sambil memakai cermin mata hitam.

✿✿✿

Aku berasa bosan dan rimas berada di dalam hospital ini terlalu lama. Aku bercadang untuk lari sini tetapi hasratku itu pudar setelah melihat Aziezi meluru masuk ke dalam wad yang aku menginap sekarang.

"Kenapa kau datang sini?" Aku terus menolak tubuhnya kerana dia sedang menghampiri aku dan mahu memelukku.

"Saya nak bawa awak keluar dari hospital ni." Aku melihatnya sambil ketawa hambar.

"Kau nak ganti tempat aku?" Dia terus ketawa.

"Tapi awak tak boleh diganti dalam hati saya.. dah jom balik.. lagipun awak boleh discharge doktor cakap.. dan minggu depan kita buat persiapan untuk kahwin yer sayang." Aku ketawa hambar lagi di hadapannya.

"Kau reti bahasa tak ni? Ke kau pulak nak jadi sakit macam aku?!! Kau faham kan aku cakap haritu?!! Aku tak nak tengok muka kau!! Aku benci kau sebab kau tu pembunuh!! Aku pun tak teringin nak kahwin dengan pembunuh macam kau ni. Aku nak cari Adam! Keputusan aku muktamad." Aku terus mencabut wayar yang melekat di tangan aku sehingga darah meluncut keluar.

Aziezi menarik lengan pergelanganku dengan kasar lalu membawa aku keluar.

"Lepaskan akulah!! Aku nak tukar baju!" Dia pun melepaskan tanganku dan membiarkan aku menukar pakaianku.

Setelah aku keluar dari hospital aku dibawa ke rumahnya walaupun aku membantah tetapi dia hanya tidak mengendahkan aku.

"Saya nak awak duduk condo ni untuk sementara waktu. Awak jangan benarkan sesiapa pon tahu keberadaan awak kat mana dan jangan sesekali bawak orang dalam rumah ni faham! Kecuali saya sorang je dengan awak.. tapi awak jangan takut... sebab saya takkan buat benda yang tak senonoh dengan awak sebelum kahwin.. tapi kalau selepas kahwin tu lainlah cerita." Naik bengang telinga aku kerana asyik mengikut telunjuk jarinya sahaja.

"Aku tak nak!! Aku nak tinggal dekat rumah aku!" Dia terus tersenyum sinis sambil mengusap pipiku lalu aku terus menepis kasar tangannya.

"Flat buruk tu tak elok untuk gadis cantik macam awak tinggal dekat sana." Kata Aziezi kepadaku. Walaupun ayatnya membuat diriku berasa geli tetapi aku terasa seperti dia prihatin terhadap diri aku.

"Baiklah... aku akan tinggal dekat sini.. tapi.. aku tak nak tengok muka kau selama seminggu ni." Aziezi hanya menganggukkan kepalanya.




Jangan lupa vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now