○ 16 ○

2.2K 78 12
                                    

            Kenapalah aku rasa rindu pulak dekat Aziezi tu... hish!! Tak boleh jadi ni. Arghhh!!! Tapi aku nak kahwin dengan dia.

"Apa yang kau merepek ni Deana!!!! Memang dia akan kahwin dengan kau pun! Apa yang kau risau!" Aku menepuk pipiku berkali-kali.

"Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan orang yang kurang siuman macam dia tu.. why!!!! Tapikan.. aku yang sebenarnya yang kurang siuman sebab cakap sorang-sorang oleh kerana seorang lelaki. HAHAHA! what?!" Aku terus baring ke atas katil empuk yang mahal itu lalu aku bangun dan mengusap katil tersebut.

"Haih... tak lama lagi aku akan kahwin dengan lelaki kacak yang kaya tetapi tiada hati perut... yang paling menarik pasal dia ialah.. dia suka buat keputusan menggunakan hati dan perasaan dia tanpa menghiraukan perasaan orang lain. HAHAHA nice!" Nampaknya aku seperti orang gila disebabkan sudah masuk lima hari tidak berjumpa dengan Aziezi. Paling teruk sekali dia tak benarkan aku berjumpa dengan sesiapa atau bekerja selama seminggu ni.

Adakah aku dalam kuarantin? Penyakit berjangkit apakah ini? Adakah penyakit cinta yang meluru masuk ke dalam hati.

"Apa yang aku merepek ni!!" Aku menepuk pipi aku dengan kasar lagi.

"Dilla.. awak sebagai setiausaha saya yang baik.. boleh tak kalau saya nak keluar dari kondo ni?" Aku memberi senyuman manis kepadanya.

"Cik Deana Ariana.. maafkan saya... sebab Encik Aziezi tidak akan membenarkan Cik Deana keluar ke mana-mana sehingga habis tempoh seminggu. Sabar yer Cik Deana.. masa yang ada lagi adalah dua hari lagi. Cik Deana tak perlu risau.. saya akan beli apa yang Cik Deana mahukan." Kata Dilla dengan sopan santun. Dia adalah pekerja yang diupah oleh Aziezi pada lima hari yang lepas. Dia ditugaskan untuk mengawasi aku dalam rumah ni.

Arghh!! Betapa malangnya hidup aku.. kenapa dia perlu kawal aku macam tu.. memanglah nama pun perjanjian.

"Boleh tak kalau awak beli kan saya Green Tea dekat Starbuck." Aku tersenyum manis ke arahnya lalu dia menganggukkan kepalanya.

Aku melihat Dilla seperti menelefon seseorang. Aku bercadang kalau dia keluar dari condo ni.. aku nak lari senyap-senyap.

"Lagi dua puluh minit Green Tea Cik Deana akan sampai." Kata Dilla lalu dia menunduk kepadaku.

"Dilla tunggu.. sapa yang belikan untuk saya. Bukan ke awak cakap yang awak akan beli apa saja untuk saya.. why awak tak pergi?" Dia tersenyum lalu menunduk kepadaku.

"Saya hanya ditugaskan untuk berada disisi Cik Deana sahaja... kalau tak saya akan dipecat. Saya minta diri dulu yer Cik Deana.. Cik Deana sila berehat dulu.. nanti kalau air Cik Deana dah sampai saya akan panggil Cik Deana keluar." Balas Dilla dengan kesopanan.

"Tapi.... " Aku terus merengek sambil merebahkan diri aku di lantai.

Tiba-tiba aku melihat kaki seseorang dan apabila aku berpaling ke atas dia ialah Aziezi Aryad!

"Kenapa awak ada dekat sini.. awak dah mungkir janji." Dia terus menarik aku ke dakapannya.

Kini jantungku berdegup kencang.

Dub! ❤

Dub! ❤

Dub! ❤

"Salah ke kalau saya nak datang rumah sendiri." Aku terus menolak dada bidangnya.

"Awak tak boleh buat macam ni! Bila saya boleh keluar dari rumah ni?" Dia hanya memberikan senyumannya.

"Lepas kita kahwin.. awak boleh bebas semahunya." Kata Azizie kepadaku.

Hatiku kini berdebar dengan penuh rasa cinta. Ia berterbangan seperti rama-rama yang cantik dan unik.

'Bebas dengan kebahagian. A big NO! Kau akan terkurung dengan kesakitan diri kau sendiri Deana.. masa nilah aku akan balas dendam! Aku takkan sesekali lepaskan kau macam tu.. sebab kau dah bunuh orang yang aku sayang.. dan kau dah buat aku merana disebabkan aku tak dapat duit lima juta tu.' Kata hati Aziezi.

Aku kini sedang bertatapan mata dengan dia.

'Saya cintakan awak Aziezi.' Aku hanya mampu berkata dalam hati.






Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now