Aku melihat di dalam almari lama aku.. masih ada lagi baju-baju lama.. aku menilik yang mana yang paling sesuai dan aku memakainya.
Disebabkan aku terlalu letih kerana jauh perjalanan aku ke sini.. aku pun terbuai dalam mimpi yang indah kerana tiada lagi orang yang mahu menyuruh aku membuat itu dan ini.
Keesokkan harinya...
Tiba-tiba aku terdengar ada satu suara yang pelik dari bawah dan aku turun ke bawah dengan perlahan-lahan.
Bunyi apakah itu?
Aku melihat disekeliling ruang tamu tiada sesiapa.. jadi aku memberanikan diri untuk turun ke bawah.
Tiada sesiapa pun.
Aku pun memasak di dapur dengan wajah ceriaku seperti tiada satu pun masalah yang aku alami.
Ketika aku melihat cermin di dinding dapur itu terdapat tepungnya melekat pada pipi lalu aku membersihkannya.
Sekejap..
Macam mana ada bahan mentah dalam rumah ni? Takkan Mak Som datang sini kut.. lagipun rumah ni tak pernah berkunci pulak tu.. takkan pencuri menginap kat rumah ni.. atau Mommy dengan Daddy baru balik sini dan pergi balik ke England?
Haih.. pening kepala aku dibuatnya.. misteri sungguh rumah ini. Tanpa memikirkan apa-apa yang mengarut, aku membersihkan tepung yang masih degil melekat dekat pipi aku yang gebu ni. Tiba-tiba aku ternampak setan dekat belakang yang memakai baju kot hitam.
"Arghhhhhh!!! Setan!! Asal kau nak muncul time pagi-pagi cam nih!" Aku terus membaling tepung ke muka lelaki misteri tersebut.
"Arghhhh!!!"
Aik setan pun boleh jerit-jerit?
Kacak juga muka setan ni? Astaqfirullahalazim..
Dia manusia.. ya dia manusia.Tapi macam mana dia boleh muncul dalam rumah ni?
"Kau siapa hah?!!" Tanyaku seperti mahu memakan orang.
"Nama saya Darwish Akmal.. panggil saya Darwish. By the way.. macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya?" Alamak dia boleh sengih macam kerang busuk pulak kat aku? Pastu yang paling bagus punya soalan dia boleh pulak tanya kenapa aku masuk rumah dia?
"Ha bagus punya soalan.. saya pun nak tanya juga.. kenapa rumah ni rumah awak pulak? Mommy dengan Daddy jualkan dekat awak ke?" Tanya aku dan dia mengerutkan dahi.
"Yela kut.. parents saya maybe beli dekat parents awak sebab dia suruh saya hidup berdikari dekat Malaysia.. sebab saya selalu duduk dekat England dengan parent saya." Hampir tersedak air liur aku apabila mendengar perkataan England daripada mulutnya itu.
"Tak pelah kalau macam tu.. saya nak pergi cari rumah sewa baru.. tapi duit saya dah tak ada. Bolehkan kalau saya tinggal sini sekejap? Sebab saya memang larikan diri daripada tempat pelacuran.. ada orang nak jual saya. Saya takut sangat tau.. sudi tak kalau awak tolong saya?" Rayu aku kepada Darwish dan dia hanya mengangguk.
"Terima kasih Darwish.. saya janji.. saya akan masak makanan sedap-sedap untuk awak." Kata aku kepadanya.
"Sama-sama." Dia ketawa kecil kepadaku.
7 BULAN KEMUDIAN...
'Aku rasa aku dah jatuh hati dekat Deana... patutkah kalau aku luahkan perasaan ni dekat dia. Lagipun dia dah tinggal dengan aku dekat tujuh bulan.. takkan dia tak pernah ada sikit pun perasaan dekat aku ni?' Kata Darwish di dalam hatinya.
Dia pun meluru keluar dari biliknya.. terdapat susuk tubuh Deana yang sedang menghidangkan makanan di atas meja.
"Hey Darwish.. makanlah.. aku dah masak ni. Jangan malu sangat.. kita ni housemate paling sweet dalam rumah ni hehe." Gurauan Deana membuatkan lagi hati milik Darwish terus mencair.
"Tak pelah awak.. saya keluar dulu. Saya ada banyak kerja nak uruskan. Lagipun saya ada temu janji dengan client saya.. jadi kitaorang breakfast dekat restoran jer." Aku terus menganggukkan kepala sebelum dia beredar dari situ.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...