○ 3 ○

4.3K 207 45
                                    

                  Aku terasa seperti malapetaka setelah melihat wajah lelaki itu. Dialah yang selalu membuliku disekolah. Sebelum dia nampak wajahku ini, aku mesti cepat bertindak sebelum dia mahu menganiyakan aku lebih teruk.. lagi-lagi keadaan aku sekarang sangatlah kritikal sekali.

"Hey.. nak pergi mana tu? Aku dah tolong kau kira bagus.. tapi aku perlukan ganjaran daripada kau." Aku terkedu setelah dia berkata begitu. Adakah otak dia berada dilutut sekarang ini. Aku sanggup mati kena lenyek dengan lori berbanding membayar ganjaran yang dia minta daripada aku.

Oh no !

"Apa yang kau nak?" Aku berani bersuara setelah aku jemu dengan perasaan aku yang agak penakut ini.

"Eh? Deana Ariana.. my victim sweetheart. Bagus kalau kau adalah Ariana dan aku nak kau bayar ganjaran sebab aku dah tolong kau tadi." Dia tersenyum melihat wajahku sambil itu tangannya terus memegang pipiku. Aku terus menggigit tangannya sekuat hati dan lari daripada situ.

"Hoii ! Tak guna punya betina!! Berani kau khianat aku! Aku takkan benarkan kau lari lagi lepas ni, kau faham tak!" Jerit lelaki itu kepadaku tetapi aku terus berlari dan berlari tanpa menoleh sedikit pun dibelakang.

"Hello.. aku nak kau cari perempuan yang aku send gambar tadi sampai dapat. Lepastu letak dia dalam bilik hotel yang aku tempah.. nanti aku bagitahu alamat hotel tu kat mana." Kata lelaki tersebut kepada konconya.

✿✿✿

Kat mana lagi..

Aku harus berlari kali ni?

Patut ke kalau aku bunuh diri?

Hina sangat ke hamba mu ini Ya Allah.. sehinggakan semua manusia asyik menyeksa diri aku seperti ini.

Aku tidak tahan lagi... patut ke kalau aku bunuh diri?

Hatiku bersuara dengan sadis. Aku terlampau lelah dan tidak dapat nak kawal kemarahan serta kekecewaan pada diri aku. Aku seperti orang gila yang kekurangan iman di dada saat ini. Air mataku bercucuran dipipi tanpa henti sambil melihat di bawah jambatan yang tinggi.

Aku nak membuat keputusan untuk terjun daripada jambatan ini.

"Ambik dia cepat!! Letak dalam van sebelum dia terjun!" Jerit lelaki tersebut.

"Arghhhhh!!! Lepaslah!! Jangan sentuh aku!! Arghhhh!!!" Aku meronta sambil bergelut dengan dua orang lelaki yang berbadan tegap tersebut.

"Sebelum kau mati express kat sini.. baik kau diamlah betina!!" Jerit lelaki tersebut sambil meletakkan sepucuk pistol di dahiku.

"Aku sanggup matilah!! Daripada kena seksa dengan kau!! Apa yang kau tak puas hati dengan aku hahh!!! Dasar jantan tak guna!!" Aku meronta sambil memukul dadanya sekuat hati.. tiba-tiba satu tamparan datang menghingap dipipiku sehingga aku terjatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Simpan betina ni dekat dalam hotel yang aku tempah tadi.. sekarang ni aku nak kau hantar aku balik! Sebab aku nak jumpa adik aku!" Kata lelaki itu dengan serius.

"Baiklah bos." Balas konconya.

Setelah lelaki tersebut sampai ke rumahnya.. dia berjumpa bersama dengan adiknya.

"Woi!! Aku dapat tangkap Si Dinasour Kerempeng tu.. sekarang ni.. kita boleh makan besar sebab aku akan jual dia dekat Thailand." Kata Si Abang kepada adiknya.

"Boeekkkklahh idea kau ni memang mantap!! Perghh tak sangka aku ada abang bijak lagi sana ni." Bahu Si Abang ditepuk-tepuk oleh adik.

5 HARI KEMUDIAN...

"Hoii!! Kau asal letak aku dekat sini hah?" Aku ternampak pisau, kapak, besi dan segala peralatan tajam di atas meja besi yang berada di hadapan mataku kini.

"Kau duduk sini diam-diam.. tak lama lagi roh kau akan melayang.. sebab bos aku dah jual kau dan tak lama lagi organ kau di jual.. hahahaha.. tahu tak kau harga berapa? Iaitu sebanyak lima juta.. kalau kau lari.. aku takkan benarkan kau hidup lama dah selepas ni!! Kau faham tak?!" Kata konco lelaki itu kepadaku.

Kini keadaanku dengan percikan air darah.. aku melihat budak dalam lingkungan lima tahun di potong hidup-hidup pada hadapan mata aku sendiri. Aku menangis teresak-esak kerana takut.

Jangan lupa vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now