○ 38 ○

2.2K 70 39
                                    

                Ketika aku di hadapan pejabat Adam aku terlihat kelibat Aziezi dibelakangku.. nampaknya dia sedang perhatikan aku daripada tadi.

Tanpa berkata apa-apa.. aku terus ke arahnya. Dia pun duduk di sofa lobi yang agak mewah itu.

"Awak datang sini nak jumpa Adam?" Tanyaku dengan perasaan gerun.

"Ha.. sebab Mommy yang paksa aku datang sini.. bincangkan pasal projek baru." Aku mengangguk.. tetapi aku hairan kenapa sikapnya berubah menjadi baik sebegini?

"Kau bila nak balik rumah kita?"

Aku rasa tadi Aziezi tersilap cakap kut.. hahaha tak mungkin.. rumah kita? Hahaha..

"Rumah kita? Ha?" Aku cuba mencerna ayatku sebaik yang mungkin.

"Yer sayang.. rumah kita." Tiba-tiba tanganku di usapnya.
Jap-jap.. apa semua ni? Taktik baru nak perangkap aku ke?

"Erk.. okay. Harini saya balik awak tak kisah ke?" Tanyaku dengan agak gugup.

"Kenapa? Awak macam takut dengan saya je? Jangan risau.. saya takkan pukul awak macam dulu lagi." Aziezi tersenyum manis ke arahku lalu aku mengangguk kepalaku untuk bersetuju tinggal bersamanya.

Kenapa dengan hati aku ni? Deana.. Deana.. hati kau ni kenapa baik sangat.. sampai tak boleh nak rasa benci kat dia sikit pun dah kenapa? Adakah aku masih cintakan Aziezi lagi? Walaupun dia selalu melakukan kejam kepadaku.. tidak mengapa.. mungkin kali ni aku akan bagi peluang kedua untuk dia berubah.

"Okay.. saya akan balik rumah dengan awak.. lepas ni awak teman saya pergi hotel. Saya nak kemas barang saya lepastu kita balik." Kataku sambil tersenyum.

"Okay sayang." Kata Aziezi sambil tersenyum.

Setelah pulang ke rumah.. Haira membuka pintu. Wajahnya beriak seperti tidak menyukai jika aku datang ke mari.

"Haira.. lama kita tak jumpa.. lepas ni kita boleh borak panjang sikit." Kataku tetapi dia tidak merespon apa-apa sambil dia melayan Aziezi tanpa mempedulikanku.. seolah-olah aku sedang bercakap seorang diri.

"Saya masuk bilik dulu." Aku pun menuju ke bilik stor bawah tanah.. itulah tempat aku tidur selalunya.. walaupun dalam rumah ni mempunyai tiga tingkat dan mempunyai lima buah bilik yang mewah walaupun bilik tetamu.

"Bilik awak tingkat dua.. belah hujung sekali." Tiba-tiba Aziezi berkata begitu.

"Tapi bilik tu besar sangat.. tak sesuai untuk orang macam saya ni." Kataku sambil tersenyum kelat.

"No excuses.. abang nak Deana tidur dalam bilik tu jugak!" Kata Aziezi dengan tegas dan aku cuma akur sahaja permintaannya itu.

"Okay." Kataku pendek lalu kakiku melangkah dengan perlahan ke bilik tersebut.

"Kenapa abang bawak perempuan ni? Kan abang dah janji dengan Haira.. yang abang nak lupakan dia! Takkan disebabkan Haira suruh abang maafkan dia sampai boleh jadi macam ni? Takkan disebabkantu.. abang boleh bermesra balik?" Haira tiba-tiba bersuara tidak berpuas hati.

Aziezi tidak membalas.. namun dia menghampiri diriku dan memeluk tubuhku dengan erat di hadapan Haira.

"Abang!! Dengar tak apa yang Haira cakap ni.. jangan kata yang abang dah jatuh cinta dengan perempuan sundal ni!" Kata Haira lagi dengan ketidakpuasan hatinya.

"Yup.. abang dah cintakan isteri abang yang bernama Deana Ariana ni. Abang tahu abang dah jual dia.. tapi tu dulu.. sekarang, abang ikhlas sayangkan Deana." Kata Aziezi sambil mengucup dahi aku dengan kucupan lembut yang menggoda hatiku. Aku sungguh terkedu dengan tindakan drastiknya yang sungguh luar biasa itu.

Haira dengan perasaan bengangnya dia melangkah keluar dari rumah dan meluncur laju keluar dengan menaiki kereta BMW miliknya.



Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now