Udara segar itu dihirup oleh Adam dengan penuh kesegaran walaupun ada polis sedang menjaganya di tepi.
'Mesti Deana dah bahagia dengan Aziezi.. aku yakin yang Aziezi akan jatuh cinta dengan dia walau ada Haira sekalipun. Mustahil kalau dia seksa Deana tu.. dia dah lah baik dan tak pernah nak membantah apa-apa. Aku yang bodoh permainkan diri dia demi Aziezi.. aku berharap sangat yang Aziezi dapat menghargai diri Deana dengan seandainya.' Kata hati Adam dengan tenang.
"Saya nak masuk dalam wad semula." Polis yang berada di sisinya mengangguk dan membawanya ke dalam wad semula.
"Kecemasan!! Kecemasan!! Semua ketepi!!" Jururawat lelaki tersebut menjerit supaya memberi laluan kepada pesakit yang baru tiba.
Mata Adam sekilas melihat tubuh Deana yang terlantar di atas katil dengan penuh darah bersama alat pembantu pernafasan di mulutnya.
"Deana?" Berkelip-kelip matanya setelah melihat Deana yang berada di atas katil tadi.
3 Hari Kemudian...
"Hari ni awak boleh discharge dah dan awak boleh kembali ke lokap semula." Kata pegawai polis yang berada di sisiku.
"Encik.. boleh tak kalau saya nak lawat kakak ipar saya dekat wad ICU? Sekejap jer... sebelum dia tutup mata.. sekurang-kurangnya saya dapat ucapkan sesuatu dekat dia sebelum saya pergi dari hospital ni." Pegawai polis itu mengangguk sambil menyediakan kerusi roda untukku.
"Terima kasih." Pegawai polis itu mengangguk dan tersenyum tipis.
Kini Adam berada di dalam wad yang Deana menginap sekarang. Keadaannya masih belum sedar.. agak sedih hati Adam apabila melihat keadaan Deana seperti itu.
'Kenapa eh dia boleh accident? Why aku tak nampak pun batang hidung Aziezi? Kalau aku tahu Aziezi aniaya dia.. aku takkan maafkan kesilapan dia lepasni.' Kata hati Adam sambil matanya melihat tubuh Deana yang terkujur tidak bergerak di atas katil.
"Sabar Deana.. saya akan ada disisi awak kalau awak perlukan saya." Kata Adam sambil tersenyum tipis ke arah Deana yang sedang terlantar itu.
✿✿✿
"Aku akan cari kau Deana!! Sampai lubang cacing.. dan kau akan dapat pembalasan yang setimpal!" Kata Aziezi seorang diri.
"Mungkin dah dekat lapan bulan aku bagi kau peluang.. tapi takkan semudah tu aku nak bagi lepas ni. Aku akan bagi kau merana sebab kau sekarang dah berani nak cabar kesabaran aku!" Dinding di pukul dengan penumbuknya sehingga berdarah.
"Abang!! Kenapa tumbuk dinding ni?" Haira terus datang memeluk tubuh sasa milik Aziezi dari belakang.
"Saya akan cari Deana sampai lubang cacing.. saya takkan bagi dia hidup bebas dah lepas ni.. saya saja je buat bodoh selama tujuh bulan ni.. sebab saya nak bagi kebebasan untuk dia sementara waktu. Nyawa akan dibalas dengan nyawa!!! Sakit akan dibalas dengan sakit!! Jiwa yang lama di sakiti harus disakiti kembali.. dendam kesumat Aziezi Aryad takkan pernah mati selagi Deana Ariana masih belum mati!" Haira agak terkesima dengan ayat-ayat Aziezi tersebut.
"Abang.. sudah-sudahlah tu.. Hana dah lama pergi biarlah dia tenang kat sana.. kalau Abang still macam ni.. roh Hana takkan tenang nanti." Pujuk Haira sambil mengusap bahu suaminya perlahan.
"Saya tak kisahlah... saya akan lenyapkan Deana dari bumi ni.. saya tak kira apa yang berlaku." Aziezi tetap dengan pendiriannya yang tidak masuk akal itu. Haira hanya mengeluh dan menurut sahaja kemahuan suaminya.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...