Sudah seminggu aku tinggal keseorangan di rumah. Aku teringin sangat berjumpa dengan kedua ibu bapaku tetapi mereka menghilang ke England dan tidak menganggapku sebagai anak mereka lagi. Padahal aku belum lagi menerangkan perkara sebenar kepada mereka.Mulai harini sekolahku cuti pertengahan semester selama seminggu. Jadi aku terpaksa mencari rezeki sendiri demi sesuap nasi. Aku tidak mahu untuk asyik meminta kepada jiran sahaja. Aku tak mahu lama-kelamaan orang akan benci akan sikap aku yang suka meminta ini.
Aku mengetuk setiap rumah untuk mencari kerja sambilan untukku tetapi tiada satu orang pun yang mahu mengambil aku kerja.
"Hai Deana! Awak nak pergi mana ni?" Tegur Haikal ketika aku sedang berjalan di tempat pejalan kaki.
"Tengah cari kerja.. sebab saya tiada makanan kat rumah. Lagipun mak dan ayah tak pedulikan saya lagi." Balasku sambil tersenyum kelat.
"Tak apa Deana.. awak boleh datang rumah saya kalau awak lapar.. lagipun awak kan anak saudara ayah saya." Kata Haikal sambil menyentuh bahuku tetapi aku mengelak kerana aku berasa tidak selesa.
"Maaf Deana.. saya tak sengaja." Kata Haikal dengan serba salah.
"Tidak mengapa... saya okay sahaja." Balasku sambil tersenyum kelat. Aku dan Haikal berjalan bersama untuk ke rumah
"Assalamualaikum.. Ibu.. ni tengok siapa datang ni!" Jerit Haikal diluar rumah sambil memberi kenyitan matanya kepadaku dan aku hanya membalas senyuman.
"Hai Deana... jemputlah masuk." Mak Cik Hanie menegurku sambil menarik tangan aku perlahan dan membawaku ke ruang tamu rumah mereka.
"Deana duduk ya... buat macam rumah sendiri. Bibik! Buatkan air.. tetamu istimewa saya datang ni." Aku berasa gugup sedikit kerana kurang biasa dengan ibu saudaraku walaupun kami juga sekeluarga.
Aku melihat sekeliling rumah agam milik ibu dan ayah Haikal yang cantik dengan hiasan yang mahal. Ayahnya ialah pengarah syarikat seperti ayahku tetapi ayahku tidak menganggap aku sebagai anaknya lagi... sungguh sadis hidupku.
"Aunty dengar your parents pindah dekat England.. dan betul ke kamu pregnant anak luar nikah?" Haikal dan aku terkedu mendengar kata-kata daripada mulut Mak Cik Hanie tersebut.
"Masa tu saya di sekolah... saya tak tahu apa-apa pun terjadi.. saya ni jenis duduk sorang-sorang... yang ada selalu temankan saya pun Haikal jer dan kami rapat." Terangku.
"Jadi... Haikal!! Kamu ke yang mengandungkan Deana? Cakap betul-betul dengan ibu!" Darahku kini menggelegak panas dan aku berasa malu teramat sangat. Padahal aku tidak pernah mengandung pun.
"Ya Ibu! Haikal dah mengandungkan Deana." Terkesima aku mendengar ucapan daripada Haikal.
"No! Deana tak pernah mengandung pun! Haikal! Sampai hati awak tipu saya kan!?" Dalihku dengan hati yang panas.
"Saya berani buat... saya berani tanggung." Kata-kata Haikal memang benar-benar menguji kesabaran aku kali ini.
"Senang cerita kamu berdua kahwin malam Jumaat nanti." Sampuk Mak Cik Hanie.
"Aunty... Deana tak nak kahwin dengan Haikal... Deana dah anggap dia dah macam abang kandung Deana sendiri dan tak lebih daripada tu." Air mataku hampir menitis ketika aku berkata-kata.
"Keputusan ni muktamad.. kalau kamu berdua kahwin nanti.. mungkin Mak dan Ayah kamu boleh terima kamu semula?" Kata Mak Cik Hanie.
"Maafkan Deana Aunty... Deana tak boleh buat macam ni... Deana tak rela." Kataku.
"Ouh... kalau kau ambil keterunaan anak aku tak ape pulak?!" Aku agak terkesima kerana suara Mak Cik Hanie berubah menjadi tinggi.
"Deana masih dara! Deana tak pernah mengandung!!" Aku terus berlari keluar dari rumah agam tersebut. Haikal membuntuti aku dari belakang.
Hujan semakin lebat dan bajuku basah lencun... aku berlari dan terus berlari. Haikal tetap mengejar aku dari belakang.
"Deana Ariana!!! Tunggu!! Biar saya explain dekat awak!!" Jerit Haikal dibelakang.. namun aku mengendahkannya dan terus melarikan diri sambil mengalirkan air mataku.
Ketika aku berlari, terdapat satu lori yang hampir melanggar tubuhku tetapi ada seorang lelaki yang telah menyelamatkan aku dari kemalangam ini.
"Lain kali hati-hati sikit." Kata lelaki tersebut dengan nada yang serius.
Alangkah terkejutnya apabila aku dapat melihat lelaki itu...
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...