"Buat apa kau semak kat sini?" Kata Adam di hadapan cermin khas untuk perjumpaan di dalam lokap.
"Nak melawat adik kesayangan aku.. kau apa khabar? Sihat tak? Dah makan? Ada awek cun tak kat dalam tu!" Adam terus menepuk meja dengan kuat sehingga bunyi dentuman. Aziezi hanya berikan senyuman sinis kepadanya.
"Aku takkan benarkan kau hidup selesa selepas aku keluar daripada penjara ni! Kau faham tak Aziezi Aryad! Abang jenis apa kau ni huh?! Sanggup buat adik dia macam ni.. mesti sebab Deana kan! Cukuplah Aziezi!!! Kalau niat kau tu tetap macam dulu silalah lepaskan dia.. dia ada hak untuk hidup bebas.. kesianlah dekat Deana tu.. dia tak tahu apa-apa pun kesalahan dia kat kau." Terang Adam kepada Aziezi.
"Kau tak payah bagi nasihat bodoh kau tu... aku takkan dengar pun sampai bila-bila. Kau pun tahu kan.. kalau orang tu menghalang hasrat aku membuat sesuatu.. aku takkan benarkan. Sila hadam ayat aku ni baik-baik yer." Kata Aziezi sambil tersenyum sinis.
"Aku datang sini.. sebab aku nak ucap terima kasih sebab cantumkan aku dengan Deana.. dan lagi satu.. aku nak cakap yang.. lusa aku akan nikah dengan Deana Ariana.. dan kau.. takkan halang aku." Aziezi ketawa apabila dihujung ayatnya dan dia terus beredar dari situ.
Adam berasa teramat marah sambil dia menggempalkan penumbuknya.
'Aku takkan lepaskan kau Aziezi Aryad!!!' Kata Adam dalam hatinya
✿✿✿
Setelah empat puluh minit berlalu ketuhar pun berbunyi. Hari ni aku nak sambut hari yang ke tujuh.. iaitu hari kebebasan aku daripada kondo ni. Aku rasa.. aku nak buat kejutan dekat Aziezi.. aku rasa mesti dia suka.
Kek red velvet cheese yang mengiurkan itu aku meletak ke dalam pinggan putih itu dan aku menghiasnya dengan penuh kasih sayang.
Tiba-tiba ada satu tangan mengusap pipiku dengan perlahan. Jantungku berdegup kencang apabila melihat Aziezi bersama dengan sejambak bunga ros untukku.
Kini aku berasa bahagia... aku tersenyum sambil air mata aku mengalir. Aku mengambil bunga ros tersebut dan mencium aromanya.
Aku menatap mata coklat hazelnya dengan dalam... dia tersenyum kepadaku. Dia mengelapkan air mataku yang mengalir tersebut.
"Kenapa nangis ni... sapa yang buat awak menangis?" Aziezi menanyakan aku dengan suaranya halus lalu aku menghembuskan nafas lelah.
"Saya nak kahwin dengan awak... awak tahu tak.. saya rindu awak sangat-sangat. Awak buat apa selama ni? Awak mesti rasakan perasaan macam saya kan?" Air mataku mengalir lagi.
"Semestinya saya pun nak kahwin dengan awak... tapi ada banyak sangat perkara yang saya perlu selesaikan." Aku terus menarik lengannya dan menyuruh dia duduk di atas kerusi.
"Cuba awak rasa.. kek ni khas untuk kita.. sebagai tanda percintaan kita." Aku memotong kek red velvet itu dan menyuap ke dalam mulutnya.
"Macam mana rasa dia?" Dia membuat muka teruk.
"Awak.. kek ni tak sedap ke? Kejap.. biar saya rasa." Aku menyuapkan sesudu kek red velvet cheese itu ke dalam mulutku. Rasa manis yang mengiurkan.. itu yang aku rasakan.
"Sedap sangat!! Pandai awak buat kek.. lepas ni tak payah beli kek kat kedai. Untung saya dapat kahwin dengan perempuan cantik yang pandai masak macam awak ni. Meh dekat sini muka tu.. saya nak lapkan tepung yang melekat tu." Kata Aziezi.
Aku melihat anak matanya yang sedang melihat kotoran dipipiku.. tangannya tangkas mengelap tepung dipipiku.. muka ku kini merah akibat malu melanda.
"Janganlah blushing... nah untuk awak." Dia terus suapkan aku satu sudu kek red velvet cheese itu ke dalam mulutku.
Kini kami berdua gelak ketawa bersama seperti pasangan bercinta yang amat bahagia di dunia. Jujur aku katakan.. aku tak pernah merasakan kebahagian ini seumur hidupku. Air mataku kembali mengalir dan tangannya tangkas mengelapkan untukku.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...