○ 56 ○

2.4K 66 7
                                    

Dua bulan kemudian...

          Rantai Daniya Ariana itu ditilik oleh Deana lalu dia memakai rantai tersebut pada lehernya.

"Cantik."  Aku berkata sambil tersenyum melihat diriku di cermin.

Tiba-tiba Azril dan Delisya menangis meminta susu. Aku pun pergi ke arahnya.

"Anak mama nak minum susu ya?" Deana pun memberi susunya.

"Kalau ada papa kamu.. mesti Azril dengan Delisya takkan menangis." Air mataku mengalir secara tiba-tiba dan teringat memori terindah bersama Aziezi.

Di imbas kembali..

"Abang.. nanti kalau kita ada anak kan.. abang nak bagi nama anak kita apa?" Tanyaku sambil memeluk lengannya dengan erat.

"Kalau lelaki.. abang nak huruf A lepastu kat belakang dia ada Aryad.. kalau perempuan.. depan nama dia adalah huruf D dan belakang dia Ariana.. baru jadi Aryad Ariana family kan sayang?" Tanganku dikucupnya.. tubir air mataku terkeluar setitis kerana kegembiraan aku akhirnya bersama dengannya tak seperti waktunya yang kejam ketika dahulu.

Setelah mengimbas kembali.. Delisya menangis meminta susu lagi. Aku pun memberinya susu sambil teringat ketika aku bersama Aziezi ketika dahulu.

Walaupun hati aku yang perit ni takkan pernah hilang.. aku akan tetap mencintainya sehingga akhir hayat aku.. tapi kenapa.. kenapa dia pergi meninggalkan aku saat dia berbaik dengan aku.. adakah aku tidak layak untuk dicintai atau disayangi oleh seseorang.. hina sangatkah diriku ini Ya rabbku.. aku mohon.. kau berilah jalan penyelesaian pada diriku dan anak aku pada masa akan datang yang lebih baik dari sebelumnya kerana aku penat disakiti lagi oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan langsung.

Telefonku menjerit minta di angkat.

"Helo?" Aku mengangkat telefon sambil menyusukan Delisya.

"Awak... saya nak jumpa awak boleh? Dah dua bulan saya tak nampak muka awak tau... sebab saya tak nak ganggu awak dalam pantang." Balas Adam di corong telefon.

"Okay.. petang ni saya jumpa awak.. sekarang ni saya kena tidurkan Azril dengan Delisya dulu." Balasku sambil mendodoikan Azril dan menyusukan Delisya.

"Baiklah.. beri ciuman saya pada bakal anak saya tu tau.. saya rindu anak-anak saya tu." Kata Adam.

"Eleh.. ngada tol awak ni.. tu anak Abang Aziezi tau..  bukannya anak awak pun.. diorang ni anak saudara awak tau?" Marahku.

"Ape eleh-eleh.. nanti kalau kita dah kahwin.. diorang jadi anak saya jugak kan?" Kata Adam mengusik aku.

"Eeii.. merepek tol awak ni! Okaylah bye!" Aku terus menutup talian telefon.. huh.. selamat.

Tiba-tiba telefon aku berdering lagi dan tertera nama Adam.. aku pun mendengus geram.

"Hamik ko!" Aku pun mematikan telefon aku dan menanggalkan bateri sekali.. biar puas sikit hati ni.. taklah dia ganggu aku lagi.

✿✿✿

Nadhia berfikir dua kali untuk menekan loceng rumah yang pernah diduduki Darwish dan Haikal tersebut.

Bunyi pintu pagar dari rumah jiran sebelah menarik perhatian Nadhia untuk mengingin tahu siapa gerangan tersebut.

"Nad?" Jariku melekat dibibir kerana terkesima melihat susuk tubuh Nadhia berdiri di hadapanku kini.

"Deana." Nadhia semakin kekok.. lalu dia menghampiri Deana. Dia melihat seutas rantai Daniya itu kelihatan cantik dileher Deana.

"Daniya Ariana?" Rantai yang berada di leher Deana disentuh Nadhia perlahan sambil bibirnya tersenyum nipis seperti sukar percaya apa yang sedang berlaku sekarang.

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now