○ 8 ○

2.6K 122 40
                                    

                Aku terpegun dengan suasana di dalam restoran tersebut. Nasib baik Ad pandai pilih restoran islamik yang hebat macam ni.

"Lepas ni.. kita melancong ke tempat lain pulak nak tak?" Tiba-tiba Ad bersuara walaupun makanan sudah penuh dalam mulut.

"Hish awak ni! Kita bukan datang nak melancong tapi untuk sambung belajar tau!" Marah aku kepadanya. Mana boleh macam tu.. kalau kantoi dengan Nad atau Daddy aku nak jawab ape? Dahlah aku ni cuma anak angkat sahaja.

"Bukan guna duit awak pun... tapi duit saya. Saya yang akan bertanggungjawab pasal semua tu okay.. janji awak boleh temankan saya bercuti dekat Hirosaki." Kata Ad kepadaku. Aku hanya membuat muka cemberut sambil mengunyah daging ayam yang dijamin halal itu.

"Ni kan first day kita jumpa.. so.. boleh tak saya nak kenal awak lebih rapat dan mendalam lagi?" Dia sudah membuat aku tersedak teruk kali ni. Ad terus memberi aku segelas air suam untuk menghilangkan tersedak tadi.

"Tak perlu kot.. boleh kan kalau kita kawan biasa dulu? Sebab kita ni baru kenal kan. Saya rasa tak selesa lagi dengan awak.. maaf yer." Aku terus mengelap mulutku dengan tisu dan beredar dari situ.

"Deana!! Tunggulah Deana.. kenapa dengan awak ni? Awak marah saya ke?" Air muka Ad berubah seratus peratus. Dia kelihat sedih dan merayu-rayu.

"Saya boleh naik teksi jer.. saya tak suka kawan dengan orang yang saya baru kenal... saya minta maaf." Aku terus mencari teksi akhirnya saya terjumpa teksi yang lalu disitu.

"Deanaaa!!!!!!" Ad menjerit tetapi tidak kedengaran oleh aku kerana aku sudah meluru masuk ke dalam teksi.

'Aku takkan lepaskan kau Deana Ariana.. kau tunggu dan lihat.. apa yang akan jadi kat kau suatu hari nanti.'

✿✿✿

"Hello... asal kau call aku ni! Aku tengah dating dengan minah-minah salleh kat sini kau ganggu je eh!" Kata Aziezi dengan wanita disekeliling pinggangnya.

"Amboi-amboi kau nih!! Kau tahu tak.. aku dah jumpa kekasih hati kau kat sini!" Kata Ad.

"Ape kau merepek ni? Dahlah aku nak letak!"

"Deana Ariana dah muncul!" Ad segera mengucapkannya.

"Apa?!!" Aziezi terus berdiri dan menepis perempuan-perempuan seksi disampingnya.

"Deana Ariana ambil course sama dengan aku.. aku baru keluar dengan dia.. dia nampak lawa sangat.. aummss." Kata Ad dengan suara menggoda.

"Kau jangan nak sentuh dia eh!! Lepas habis sambung belajar ni.. aku akan kahwin dengan dia. So.. ape yang kau perlu buat ialah ambik perhatian dia sampai dia jatuh cinta dekat kau." Kata Aziezi.

"Alah... benda tu celah gigi aku jer.. aku ni bekas buaya darat paling handal kat dunia tau! Tak ada sapa yang boleh lawan aku.. kau faham tak!?" Balas Ad dengan  senyuman sinisnya itu.

"Aku bukan boleh percaya kau sangat.. macamlah aku tak kenal kau.. bila dah perempuan suka kat kau.. mulalah ambil kesempatan nak rogol perempuan tu! Kalau aku tahu perempuan tu tak dara lagi.. aku cari kau sampai lubang cacing pastu aku bunuh kau sampai mati! Kau faham tak aku cakap ni Adam Adrian!!" Aziezi menjerit dicorong telefon sehingga membuat telinga Ad berdesing.

"Baiklah.. abangku yang tersayang.. Aziezi Aryad muah.. muah.. muah.." Tanpa sempat Aziezi menyambung.. Ad terus menutup telefonnya.

'Kau ingat.. kau boleh dapatkan Deana ke! Kau memang silap! Kenapa aku cakap macam ni? Aku dah mula suka kat Deana ke?' Kata hati Ad.

Jangan lupa vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now