"Nah pakai jaket ni.. nanti kau sejuk pulak." Jaketnya berwarna hitam itu dilempar sehingga terkena mukaku.
"Kita nak pergi mana? Kenapa tak ajak Puan Haira sekali?" Dia terus memandang aku dan mengusap ubun-ubun aku.
"Shut up your idiot mouth baby." Jari telunjuknya melekap pada bibir mungilku.
Hampir satu jam perjalanan kami pada malam yang suram ini.. akhirnya aku terlelap.
Bunyi bising lagu di kelab malam itu menyedarkan aku.. tidak menyangka aku sudah tidak berpakaian seperti ini. Aku melihat di luar Aziezi sedang berbicara dengan seorang lelaki botak.
"Ini barang baik punya ouh.. aku kasi bayar kau empat juta ok?" Aziezi menggeleng sehingga tersenyum.
"Wa mau sepuluh juta.. sebab susah mau dapat ini amoi ouh.." Balas Aziezi sambil menepuk bahu lelaki botak itu.
Aku yang mengintai di sebalik pintu ini menangis teresak-esak. Tidak menyangka dia sanggup menggadaikan maruah aku macam ni. Dasar lelaki dayus! Tiada hati perut langsung!! Sampai bila pun aku benci kau Aziezi Aryad!! Kalau ya kau benci aku pun.. janganlah buat aku macam binatang.
"Aziezi!!! Tunggu!! Apa yang awak buat ni hah!?" Aziezi menolakku sehingga aku terjatuh lalu aku menampar pipinya.
"Kau dah berani tampar aku eh?" Aku menyambung tamparanku sekali lagi.
"Kau jantan dayus yang pernah aku jumpa!" Aziezi terus menarik rambutku sehingga aku mengerang kesakitan.
"Kau jangan cabar aku eh betina! Memang tempat ni terlalu sesuai dengan pengemis macam kau ni!" Aku terus menumbuk dada bidangnya sekuat hati yang mungkin.
"Dah tahu diri tu lembik macam jeli.. ada hati lak nak pukul aku." Dia terus tonjolkan dahi aku menggunakan jari telunjuknya.
"Kau memang tak guna Aziezi!! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau!" Aziezi tersenyum sinis lalu beredar dari situ.
"Lepaskan akulah!!! Eeeii lepaslah sakit tahu tak!!??" Aku menjerit kesakitan disebabkan mereka mengheret aku ke satu bilik dengan kasar.
Aku dengan keadaan berkemban di dalam bilik itu sedang mencari jalan untuk larikan diri daripada tempat neraka ni.
Tiba-tiba seorang lelaki memasuki bilik itu dengan tersenyum lebar.
'Anjing dah sampai lah pulak!' Jerit hatiku.
"Jangan sentuh aku!!! Kalau kau sentuh aku.. kau akan mati!!" Lelaki itu terus ketawa sambil menghampiri aku lalu aku mengundur ke belakang sehingga badanku melekap di dinding.
"Sayang.. kenapa ni sayang.. abang bayar mahal tau nak jumpa sayang.. sampai hati sayang buat abang macam ni." Kata lelaki itu sambil menghampiri aku. Sebelum dia menyentuh aku.. aku terus menyepaknya sekuat hati aku dan lari dari situ secepat yang mungkin.
Aku berlari dan masih menyorok di dalam kelab itu tetapi tiada sesiapa yang menyedari kelibat aku. Aku melihat mereka semua mencariku.
"Aku nak duit aku balik... lain kali jangan paksa kalau orang tak nak jadi pelacur!" Kata lelaki itu kepada Botak.
"Nah ambiklah balik!! Kasi aku rugi ja betina tak guna tu!" Kata Botak.
Aku mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari situ dengan secepat yang mungkin.
Dengan keadaan selimut yang membaluti ditubuh aku dan tanpa berkasut atau selipar cuma berkaki ayam sahaja aku melarikan diri daripada tempat neraka itu.
Destinasi yang aku terpaksa pilih adalah rumah lama aku ketika aku berumur 17 tahun.
Kini sudah dua jam aku berjalan kaki untuk ke rumahku.. akhirnya aku berjaya sampai ke destinasi.
Tiada apa yang berubah seperti dulu cuma yang hairan ada kasut lelaki di sini tetapi aku mengendahkannya. Mungkin Haikal pernah datang ke sini dan meninggalkan kasutnya.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...