○ 54 ○

2.2K 58 18
                                    

            "Mak Som.. saya datang nak jumpa Deana.. dia ada tak?" Pertanyaan Mak Som membuat hatinya sedikit sedih atas kehilangan Deana tanpa khabar berita dalam masa satu hari.. nak tanya Zara.. budak tu baru tiga tahun.. tak tahu apa-apa.

"Macam nilah Adam.. dah satu hari Mak Som tak nampak Deana.. Mak Som tak tahu dia pergi mana.. semalam alih-alih Zara ada depan pintu.. tanya dia pun dia bukan tahu.. Mak Som risaulah Adam dengan Deana tu.. walaupun dia bukan anak Mak Som tapi Mak Som sayang dia macam anak Mak Som sendiri.. Mak Som tak nak hilang dia.. Adam.. tolong Mak Som pergi carikan Deana eh." Terangan Mak Som membuatkan hati Adam menjadi tidak tentu arah.

"Macam mana boleh jadi macam ni Mak Som? Saya takut kalau nyawa dia dalam keadaan bahaya.. tak pa Mak Som.. saya akan pergi balai sendiri.. buat report polis untuk cari Deana.. lagipun dah cukup satu hari mangsa menghilang." Kata Adam dengan kegelisahan di wajahnya.

"Semalam Deana pergi kedai beli barang.. lepastu dia teman Zara sekali pergi main kat taman kut.. lepastu lama gak dia keluar ngan Zara.. dia pergi pukul empat petang pastu nampak Zara kat depan pintu pukul tujuh setengah malam.. Mak Som susah hati sangat tau.. sampai tak boleh nak tidur.. nasib baik Zara tak hilang.. kalau tak apalah nak menjawab dengan anak menantu Mak Som nanti." Adam berasa kasihan melihat wajah tua Mak Som dengan penuh kekecewaan tersebut.

"Saya pergi dulu eh Mak Som." Mak Som pun menganggukkan kepalanya.. mata Mak Som melihat kaki Adam meluru masuk ke dalam keretanya dengan hati yang sedih atas kehilangan Deana.

✿✿✿

Keesokkan harinya.. polis menjumpai sekujur tubuhnya yang baru lepas ditikam.

"Deanaaa!!!" Jerit Adam sehingga mahu keluar anak tekaknya.. hatinya menjadi sebak apabila melihat keadaan Deana seperti itu.

Di Hospital...

"Ini waris Puan Deana ke?" Tanya doktor sambil melihat sebuah buku catatan pesakit di tangannya.

"Pesakit dah boleh masuk wad biasa.. jadi encik boleh melawat isteri encik.. kandungan isteri encik masih selamat.. tahniah.. encik mendapat bayi kembar." Kata doktor bertudung itu dengan senyuman.

"Terima kasih doktor." Balas Adam dengan hati yang gembira.

'Kalau Abang Aziezi masih hidup.. dia mesti gembira sebab ada anak kembar.' Bisik hati Adam lalu dia meluru ke wad dimana Deana berada untuk dilawatnya.

"Adam?" Tegurku setelah melihat Adam mahu menghampiriku.

"Deana.." Adam membalas dengan senyumannya yang manis sehingga boleh menggoda semua para wanita termasukku.

Haih.. Adam tu adik Abang Aziezi.. aku tak boleh macam ni.. kesian dekat arwah. Walau dia suruh aku kahwin dengan Adam pun.. aku rasa tak sanggup nak hadapi yang satu itu.. cukuplah aku jaga bayi dalam kandungan ni baik-baik.

"Deana.. awak okay tak? Awak kena tikam dekat mana? Nasib baik tak kena baby awak tu.. kesian dia." Alahai tergodanya aku dengan keprihatinan dia terhadap aku.

"Hm.. Adam.. saya kena tikam dekat bahagian belakang tak sempat dia nak tikam perut.. saya terus mengelak.. cuma terkena tulang saya sikit." Balasku sambil menundukkan pandanganku dari wajahnya yang kacak tersebut.

Di imbas kembali...

"Aku nak kau jadi isteri aku!! tu pun susah ke!!" Darwish menolak kepalaku sehingga tersungkur di lantai.. lalu dia membuka tali yang dikat pada tanganku dan kakiku dengan segera.

"Kau sini pempuan!" Pipiku ditampar sehingga berdesing.. rambutku ditarik lagi. Bajuku dikoyaknya.. aku terus menendang perutnya sekuat hati aku. Belum sempat dia menolak aku sehingga jatuh.. aku duduk di atas lantai.. agar tidak menjejaskan kandungan di dalam perut aku sekarang ni.

"Kau nak kahwin dengan aku ke tak nak?!!!!" Telinga berdesing yang teramat sangat apabila terdengar jeritan Darwish yang menyakitkan hati aku tersebut. Kini kesabaran aku yang dihormati sudah hilang.. aku terus meludah ke arah mukanya dengan perasaan yang menjengkelkan.

"Berani kau!!" Dia menarik rambutku dan menghentak kepalaku di dinding sehingga berdarah.. merecik-recik darah itu melekat di dinding.. walaupun sakit.. tak sesakit jiwa dan raga aku lagi untuk melayan karenah orang tidak siuman seperti Darwish ini.

"Kau memang jahat mengalahkan setan!! Kau patut pergi mampus!! Masuk neraka jahanam!! Kenapa manusia macam kau boleh lahir kat bumi ni.. aku tak fahamlah!!" Akhirnya makian aku yang berharga keluar dari mulutku lalu pisau di keluarkan dipoketnya dan dia menghampiriku untuk menikam perut.. dengan pantasnya aku menunduk dan pisau itu tertusuk pada tulang rusuk aku.. aku rebah dan tidak menyedarkan diri lagi.







Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now