○ 35 ○

2.2K 67 14
                                    

          Encik Baharun menghampiri mejanya yang berbunyi tadi tiba-tiba tiada sesiapa pun berada disitu.

"Aik? Mana datangnya bunyi?" Kata Encik Baharun sambil mencangkung di bawah mejanya.

Kini aku berada di hadapan meja. Selepas kepala aku terhantuk tadi aku terus cepat-cepat merangkak ke hadapan.

Encik Baharun bangkit dan terus ke hadapan. Aku pun pantas merangkak masuk ke dalam meja kembali tanpa diketahui olehnya.

"Terpaksalah hari ni aku tunda meeting dengan Tuan Aziezi." Kata Encik Baharun sambil mengeluh lalu di menghantar mesej yang harini dia tidak dapat hadir kerana ada urusan penting.

Huh lega!! Orang tua kerek tu dah berambus dari sini. Tapi agak berbahaya kalau aku keluar dari bilik ni. Mesti aku akan terkantoi sebab aku bukannya tahu siapa kat luar tu. Kalau aku keluar tiba-tiba Encik Baharun ka Aziezi ka berada depan-depan tu.. ha masak aku. Takkan nak terjun tiga puluh tingkat kot hahaha.. fikir sejuta kali nak terjun baik bunuh diri je.

Apa pun aku terpaksa merelakan diri untuk bermalam di sini sementara waktu.

Kini tepat pada pukul dua belas tengah malam.. aku terjaga dari lena. Walaupun agak perit urat saraf aku ni disebabkan tidur dibawah meja seharian.. aku terpaksa juga berbuat demikian daripada terserempak dengan mereka.

Aku pun pergi menghampiri pintu pejabat tersebut. Nasib tak berkunci.. kalau tidak semakin teruk keadaan aku nanti.

Gelap gelita seluruh pejabat ni.. walaupun agak seram suasananya aku tetap mencari jalan keluar. Tiba-tiba aku ternampak ada lampu suluh yang menyuluh wajahku. Dengar jeritan pengawal keselamatan itu membuat jantungku luruh.

Aku pun menghilangkan diriku dengan menyorok di bawah meja staf.

"Hantu!!! Hantu!! Arghhh!!" Aku menghembus nafas lega setelah mendengar tapak kasut milik pengawal peribadi itu berlari ke tempatnya semula.

Aku berdiri dan meluru ke pintu keluar.

✿✿✿

"Ni pun dia fail oren tu! Kenapa semalam aku cari tak ada? Hmm aik? Mana dokumen tu! Sapa yang curi! Tak guna betul!! Julia!!! Julia!!" Julia pun tergesa-gesa menuju ke tempat Encik Baharun.

"Yer Encik.. ada apa-apa masalah boleh saya bantu?" Encik Baharun terus melemparkan fail oren yang kosong itu ke atas lantai agak tersentap juga Julia apabila melihatnya.

"Mana pergi dokumen dalam fail ni hah!!?" Suara nyaring yang membingit telinga semua orang itu sudah bergema di dalam pejabatnya.

"Saya betul-betul tak tahu Encik Baharun.. semalam saya tak sentuh apa-apa benda pun dalam office Encik Baharun. Maafkan saya.. saya memang tak tahu apa-apa." Julia menunduk kepada Encik Baharun tanda meminta maaf.

"Dah pergi berambus!! Aku tak nak tengok muka kau." Julia pun bergegas keluar dari pintu pejabatnya.

"Kalau bukan Julia.. habistu siapa yang datang office aku ni semalam? Aku kena check CCTV lepas ni." Dia pun meluru ke tempat perakaman CCTV.

"Saya nak tengok semalam punya rakaman CCTV dalam pejabat saya." Lelaki yang menjaga di tempat itu pun mengangguk kepalanya sambil tangannya laju menaip sesuatu.

'Tu bukan ka isteri Tuan Aziezi.' Kata hati Encik Baharun.

"Printkan gambar perempuan ni." Lelaki itu pun mengangguk.

"Nah Encik." Encik Baharun pun pantas mengambil gambar tersebut dan melihat dengan teliti.

'Memang sah perempuan ni Deana Ariana.. isteri kepada Tuan Aziezi.' Dia pun menapak keluar dari tempat itu.

"Hello Tuan Aziezi.. saya rasa dokumen kontrak tu ada di tangan Puan Deana." Kata Encik Baharun di dalam corong telefon.

"Apa? Kamu biar betul?" Aziezi agak terkesima dengan kata-kata Encik Baharun sebentar tadi.

"Kita perlu bincang sesuatu lepas ni.. saya akan SMS alamat pada awak kat mana kita akan berjumpa." Lalu panggilan dimatikan.


Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now