Pintu rumah milik ayahku diketuk olehku dengan perasaan yang agak gugup. Keadaan diluar cuacanya sangat sejuk... salji bertaburan di atas kepalaku. Pipi dan hidungku bersama Nadhia kelihatan kemerah-merahan akibat terkena tempias udara sejuk yang membeku bersama salji yang menuruni di atas bumi Scotland, England.
Department 99
46-47 Morningside Road
Edinburgh
Scotland
EH09 4BFAlamat rumah itu di kerling Nadhia lagi di atas kertas yang pernah ditulis Haikal.
"Betul ke ni alamat mommy dengan daddy?" Tanya aku kepada Nadhia namun dia hanya mendiamkan diri.
"Hala kut.. dah yang ni Haikal tulis." Kata Nadhia sambil memandang wajahku.
"Assalamualaikum!!" Pintu dikuak agak kuat sedikit daripada tadi.
"Waalaikumussalam." Terlihat Datin Afida yang baru sahaja membuka pintu lalu dia menutup kembali kerana terkesima sedikit melihat wajah Deana di situ.
"Mommy!! Ni Deana. Deana bawak adik kembar Deana.. Daniya!" Aku melaung dari luar pintu.
Datin Afida merebahkan dirinya dibelakang pintu sambil meleraikan air mata.
'Maafkan mommy nak... mommy tak sanggup nak jumpa kamu. Mommy malu dengan diri sendiri sebab buang kamu.. mommy tahu mesti korang cakap yang mommy ni selfish.' Datin Afida mampu berkata di dalam hati bersama dengan matanya yang berkaca... menandakan air matanya mahu menderas lagi mengalir.
"Mommy... mommy tak sayang kami ke? Penat kami datang semata-mata nak jumpa mommy dengan daddy.. janganlah buat kami macam ni... kalau mommy tak anggap kami macam anak lagi... sekurang-kurangnya bercakaplah dengan kami dulu." Ujarku diluar dengan agak kesejukan bersama air mata yang mengalir.
Aku melihat Nadhia sudah merah warna matanya.. mungkin sebak dadanya diperlakukan sebegitu oleh ibu kandungnya sendiri.
"Sabar eh Nadhia.. nanti mommy keluarlah tu... maybe dia tak ready lagi nak jumpa kita." Kataku sambil memberi pelukan hangat kepada adik kembarku iaitu Nadhia atau Daniya Ariana.
"Deana! Daniya!" Tiba-tiba pintu dibuka mommy.. tubuhku disambar menjadi bahan pelukannya lalu tubuh Nadhia juga menjadi sasarannya juga.. dipeluk dan dicium oleh mommy.
"Deana... Daniya... mommy nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada kamu berdua... mommy ni ibu tak guna sebab buang anak macam barang... padahal kamu berdua amat bermakna bagi mommy." Aku dan Nadhia dipeluknya dalam keadaan hangat lalu kami diperlawa masuk ke dalam rumah.
"Mommy!! Darwish nak keluar jap." Tiba-tiba terdengar suara yang amat aku kenali.
Darwish?
Apa kena mengena dengan semua ni?
Memang sukar dipercayai oleh benak dan fikiranku sendiri. Tapi aku cuba mencerna dalam-dalam sebolehnya apa yang berlaku sekarang ini.
"Deana?" Darwish terkedu sebentar melihat wajahku.
Aku menghampiri dirinya dan menampar sehingga dia terjelopok jatuh di atas lantai. Mataku kemerahan akibat amarah yang berleluasa. Ketika aku melihat wajahnya terlihat bagaimana sakitnya Aziezi ketika dia sedang nazak dahulu... terhimpit dalam kalbuku apabila mengenang perkara sebegini.
"Mommy... dia ni siapa?" Air mataku mengalir bersama dengan muka bengisku. Aku melihat wajah mommy dengan serius sambil menggempalkan penumbuk ditangan.
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...