Aku menangis teresak-esak kerana aku takut. Mulutku terkumat-kamit berzikir supaya dapat tenangkan hati ini. Aku kena cari jalan untuk selamatkan nyawa aku!Hah!
Tingkap!
Aku terlihat tingkap pada ruang bersebelahan lelaki yang berbaju hitam tersebut. Aku harus fikir untuk larikan diri aku daripada tempat neraka ni!
"หลังจากตาเธอคนนี้ .. ก่อนที่ฉันจะไปเข้าห้องน้ำก่อนและคุณต้องดูแลเด็กคนนี้ นำอวัยวะนี้ไปเก็บไว้ในกล่องเตรียมอาหาร.(Lepas ni giliran perempuan ni.. sebelum tu aku nak ke tandas dulu dan kau kena uruskan budak ni. Ambil organ ni dan simpan dalam peti persediaan)." Kata seorang lelaki tua yang sedang menanggalkan apron dan sarung tangannya.
Ini peluang keemasan aku untuk lari dari sini. Aku melihat kiri dan kanan lalu aku mencapai jarum yang berisikan bius penenang itu. Aku berlari ke arah lelaki yang berbaju hitam itu dan mencucuk kuat jarum itu ke belakangnya lalu dia menjerit kuat kerana sakit. Aku terus bertindak kerana peluang ini adalah hadiah buat aku... untuk terus hidup dipermukaan bumi ini lagi.
Kini aku berjaya keluar dari tingkap tersebut. Aku berlari selaju yang mungkin.
Lari...
Lari..
Lari...
Lari dan terus berlari.. tiba-tiba..
POOUSHHH!!💢💢
Aduh.. sakit tulang punggungku.. siapalah yang letak mata dia dekat bawah tapak kaki ni?
"I'm sorry miss." Tegur perempuan yang bertudung bawal merah jambu itu.
"Tak apa.. saya okay." Kataku lembut walaupun hati ini sedang baran lagi.
"Awak dari Malaysia ke?" Kata perempuan itu seperti teruja.
"By the way.. nama saya Nadhia Jasmina.. panggil saya Nad." Nad menghulurkan tangannya kepadaku lalu aku menyambutnya sambil bangun dan terus berdiri.
"Thanks.. nama saya Deana Ariana.. awak boleh panggil saya Deana." Balasku sambil tersenyum.
"Ouh Deana.. nice name. Awak sorang ke bercuti dekat sini? Umur awak berapa tahun yer? Boleh saya tahu?" Tanya Nad kepadaku.
"Umur saya tujuh belas tahun.. saya bukan bercuti.. tapi saya dijual dan akan dibunuh sebab dorang nak ambil organ saya." Kataku dengan jujur. Sekarang ni, aku kena rancang strategi aku untuk lari daripada sini dan aku perlukan bantuan. Bantuan yang paling tepat ialah Nadhia.
Ya!
Nadhia..
"Nad.. saya merayu pada awak.. tolonglah saya... saya dah tak ada tempat tinggal.. mak bapak saya dah lama tak ada.. jadi saya kena jual dengan budak lelaki classmate saya. Jadikan saya sebagai sebahagian keluarga awak please.. bila saya dah dewasa nanti... saya akan bayar ganti rugi tu balik.. saya janji. Walaupun dengan nyawa sekali pun saya sanggup untuk membayarnya." Aku merayu kepada Nad sambil menangis lalu Nad memelukku.
"Saya akan tolong awak. Lagipun rumah saya bukan dekat Malaysia.. saya anak kepada Tan Sri Jamaluddin. Maaf.. bukan saya nak menunjuk tapi saya beritahu sebab yang saya mampu sangat untuk bantu awak. Rumah saya dekat Busan.. kita akan tinggal dekat situ.. saya datang Thailand ni pun dengan bodyguard saya.. disebabkan saya stress dengan pelajaran.. Mummy saya benarkan saya untuk bercuti di Thailand." Terang Nad kepadaku lalu aku hanya menganggukkan kepalaku sambil tersenyum.
"Terima kasih.. awaklah.. orang paling baik di dunia.. yang tak pernah saya jumpa sebelum ni." Aku memeluknya lalu dia pun membalas pelukkanku sambil menggosok-gosok belakang ku.
Kini hati ku puas.. aku akan balas dendam dekat lelaki yang bernama Azizie Aryad dan Adam Aryan.. lelaki paling terkejam yang pernah aku jumpa sebelum ni.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Storie d'amore{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...