○ 6 ○

3.5K 140 42
                                    

            "Macam mana boleh terlepas perempuan tu!! Korang semua tak boleh diharap langsung! Kita hilang jutaan ringgit disebabkan perempuan tu larikan diri dan kalau aku dapat perempuan tu.. aku takkan lepaskan dia sikit pun.. biar dia merana dengan kehidupan dia tu. Sekarang ni.. aku akan bagi dia bersenang-lenang dulu dekat tepi jalan lepastu aku akan bagi dia terseksa seumur hidup dia." Aziezi mengomel dihadapan konco-konconya dan adiknya Adam.

"Ad akan cari perempuan tu sampai dapat. Ad akan tolong abang balas dendam.. so abang tak perlu risau." Balas Adam sambil menepuk bahu abangnya.

"Sekarang ni kau lima orang boleh berambus dari office aku ni!" Aziezi mengetuk meja dengan kuat sehingga mereka berlima tersentak kecuali Adam yang sedang menyilangkan tangannya.

"Abang nak buat apa dengan perempuan tu kalau abang dah jumpa dia." Tanya Adam.

"Aku akan mulakan hidup dengan dia sebagai sebuah neraka. Permulaan daripada rumahtangga." Aziezi tersenyum sinis lalu beredar dari situ. Adam terpinga-pinga dengan kata-kata abangnya tersebut.

4 TAHUN KEMUDIAN...

"Kau nak sambung belajar dekat mana Nad?" Tanyaku sambil tersenyum-senyum.

"Dekat Seoul jer.. memang Daddy suruh aku sambung belajar dekat UK tapi aku tak nak sebab aku lebih seronok tinggal dekat Korea." Balas Nad.

"Aku nak sambung belajar dekat Jepun.. dan aku dah dapat tawaran untuk ke sana.. kau rasa Daddy benarkan tak.. kalau aku sambung belajar dekat sana nanti?" Kataku sambil menunjukkan sehelai kertas yang menunjukkan tawaran universiti ke Jepun.

"Kalau untuk masa depan kau.. guarantee Daddy akan kasi punya. Tapi aku risaulah.. kalau jadi apa-apa dekat diri kau.. kau ni bukan boleh percaya sangat nanti kan.. kalau kau kena culik lepastu kena jual macam mana? Apa yang aku nak jawab dekat Mommy dengan Daddy?" Nad membuat muka cemberutnya kepadaku tetapi aku malah ketawa terbahak-bahak pula.

"Kau buat lawak ape ni ha? Kau ingat aku ni budak kecil lagi ke? Aku ni dah tua bangka macam ni.. takkan tak reti nak uruskan diri sendiri kot.. hahahaha." Aku terus ketawa tetapi pehaku dicubit kuat oleh Nad.

"Hish.. sakitlah!" Aku menepuk bahunya dengan kuat.

"Apa-apapun aku nak ingatkan kau.. tolonglah berhati-hati sebab kita tak tahu niat sebenar manusia ni." Kata Nad sambil mengusap lenganku lalu aku menganggukkan kepalaku sambil tersenyum.

"Kau jangan risau Nad.. aku pandai uruskan diri sendiri." Ujarku dengan meyakinkan diri Nad

TOKYO, JEPUN

Kini kakiku berpijak dibumi Jepun.. aku terus mencari pengangkutan untuk sampai ke rumah yang Daddy beli untukku. Selepas sahaja aku membuat pendaftaran di universiti tersebut.. aku pulang ke rumah dengan segera.

"Hello Nad.. aku dah sampai dan aku dah siap buat pendaftaran kat situ."

"Baguslah kalau macam tu.. ingat aku cakap.. be careful." Kata Nad dengan serius.

"Baiklah sifu.. dahlah aku nak letak fon ni sebab aku dah sampai rumah." Kataku sambil melihat sekeliling di luar tingkap kereta teksi tersebut.

"Ok baiklah kalau macam tu.. bye assalamualaikum." Balas Nad.

"Waalaikumussalam." Aku menjawab salam.

Pada keesokkan harinya..

Alamak.. dah lambatlah! Ni semua sebab jam tak guna ni!

Aku terus melempar jam lonceng tersebut sehingga berkecai. Padahal jam itu awal satu jam.

Aku bersiap dengan keadaan kelam kabut. Setelah sampai di kelas, aku terlanggar seorang lelaki yang tinggi dan kurus.. habis kertas dokumen aku berselerak jatuh. Hishh.. hampeh tol mamat kerek ni!

Eh? Dah langgar aku.. lepastu buat tak cerdik je? Dia ingat dia tu pemilik universiti ni ke? Menyampah betol aku!

Setelah aku mengutip kertas dan buku ku, aku terus mencari kelas aliran perniagaan yang aku ambil.

"Sorry sir.. I'm late." Aku terus menunduk kepalaku tanpa melihat apa yang berlaku di dalam kelas tersebut.

"Aik? Mana semua orang pergi." Aku memandang jam sekolah.. alahai awal setengah jam lagi kot! Apa yang aku merepek ni!

Aku mengetuk-ngetuk kepalaku sambil melihat lantai sehingga tidak perasan yang aku terlanggar dada bidang seorang lelaki. Alamak... apa yang aku buat ni.. memang dasar mangkuk berayunlah kau ni Deana Ariana! Aku nak letak mana muka aku yang comey lotey ni!

"Are you okay?" Alamak.. tak sanggup aku melihat wajahnya. Dengar suara garau dia pun dah buat aku ni bergetar seluruh badan. Aku menggigit jariku dan perlahan-lahan mendongak ke atas tiba-tiba...

Waa...


Jangan lupa vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now