○ 11 ○

2.5K 110 30
                                    

            "Jangan sibuk boleh tak?" Aku menjenggilkan mataku melihat Adam.

"Ala.. kedekut betul.. nak tolong sikit pun tak boleh." Lalu dia meletakkan kembali kertas yang bertaburan tadi di atas mejaku.

"Ni dekat office.. so please be a professional okay.. saya tak nak makan gaji buta." Kataku sambil menyusun fail yang patut aku selesaikan.

"Gaji pun buta ke? Tak pe.. saya ni banyak duit.. kalau gaji tu buta saya pergi buat pembedahan mata supaya mata dia pulih balik. Boleh ke macam tu?" Aku tersenyum hambar.

"Kelakar sangat." Aku gelak hambar di hadapannya.

"Tak kelakar ke? Okay.. tak pe tak kelakar." Dia terus meluru keluar dari pintu pejabatku.

"Giler punya laki!" Aku terus menyambung kerjaku.

"Gila-gila ni juga awak suka kan? Betul tak?"

Eh? Eh? Macam dengar-dengar pulak orang kutuk dia..

"Boleh tak awak buat kerja awak.. jangan ganggu saya! Saya tak boleh nak fokus sekarang ni.. awak faham tak?!" Mulalah angin taufan aku nak sampai.

"Okay...." Balasnya meleret suaranya. Menyampah betul aku!

"Hello... asal kau call aku ni?" Jawab Ad dalam corong telefon.

"Hari ni aku nak singgah dekat company kau.. nak tengok wajah buah hati aku." Balas Aziezi dalam corong telefon.

"Kau serius ke ni? Kalau hari lain tak boleh ke?" Ad terus mengelak.

"No way.. sebab lusa aku kena usyar tapak projek aku dekat Sabah.. so tak sempat kut nak pergi KL. Cuma harini je aku free sampai besok. Boleh yer.. no excuses.. jangan lupa perkenalkan aku kat dia." Belum sempat Ad membalas apa-apa Aziezi menutup talian telefonnya.

'Tak boleh jadi macam ni! Aku tak boleh bagi Deana jumpa dengan Aziezi.. aku takkan benarkan Aziezi nikah dengan Deana.. sebab bukan senang nak dapatkan Deana.' Kata Ad dalam hatinya.

"Awak-awak!!" Tiba-tiba Ad memanggilku.

"Yer kenapa?" Aku buat muka selamba.

"Awak nak pergi mana lepas ni?" Tanyanya kepadaku.

"Saya ada meeting dekat hotel.. so saya menginap situ sampai esok.. why awak tanya saya?" Terangku.

"Nothing... baru je nak ajak date.. hehe." Kata Ad.

"Alaa.. nanti saya cuti kita datinglah." Balasku.

"Yelah kalau macam tu."

✿✿✿

Kini sebuah gelas jus oren berada di hadapan Adam. Dia mengeluarkan satu ubat perangsang dan mencampurkan ubat itu ke dalam air jus oren tersebut tanpa diketahui sesiapa.

Dia pun meletakkan gelas itu ke tempat Deana duduk dan dia melarikan dirinya masuk ke dalam tandas.

Selesai sahaja aku bermesyuarat aku terus ke meja makan dan berbual-bual bersama rakan kerjaku yang lain. Tiba-tiba seorang lelaki duduk disebelahku. Paling aku berasa hairan.. semua pekerja tunduk ke arahnya dan aku rasa janggal serta serba salah dengannya.

"Maafkan saya encik!" Aku terus bangun dan menundukkan badanku seperti orang Jepun lalu aku mengambil gelas dan pingganku untuk berpindah ke meja lain.

Tiba-tiba dia menahan tanganku..

"Awak boleh duduk sebelah saya.. saya okay jer.. jangan risaulah." Aku terus membalas senyuman sambil meminum air jus oren tersebut.

"Nama siapa?" Tiba-tiba menanyakan soalan kepadaku.

"Deana Ariana." Dia tersenyum manis melihatku. Sumpah weii... cair.. sebab dia kacak mengalahkan Si Adam tu.

"Aziezi Aryad." Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Ouh... aduh.. sakit.. awak.. saya masuk bilik dulu." Aku terus memicit pelipisku kerana terasa amat pedih.. pedih teramat sangat kepala aku nih.. lepastu badan aku terasa panas sangat walaupun pendingin hawa sudah cukup tinggi suhunya.

"Awak okay tak ni?" Aziezi terus memapahku.

"Tak per.. saya boleh pergi sendiri." Aku menegahnya lalu dia berhenti memapahku.

Setelah aku sampai di hadapan pintu aku terus pengsan. Aku berasa rimas lalu aku membuka pakaianku dengan segera. Tiba-tiba kelibat Adam memasuki bilikku..

"Awak buat aper ni!!? Keluarr!!!" Walaupun agak mamai aku masih menyedari diri lagi.

"Hari ni biar saya puaskan hati awak yer?" Aku terus menolak dada bidangnya dengan sekuat hati dan menjerit. Selepas aku mendengar jeritan pergaduhan antara Adam dengan seorang lelaki yang aku kurang pasti itu.. aku terus tidak menyedarkan diri.



Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now