○ 45 ○

2.2K 68 18
                                    

           Selepas Haira membeli buah tangan untuk Aziezi di sesebuah kedai.. dia segera ke wad suaminya dengan hati yang suram.

Terlihat katil yang dibaring oleh Aziezi tersebut tiada penghuni.. rasa hairan terdetik di hati Haira serta-merta.

"Abang?? Ouh.. Abang? Haira datang bawakan Abang buah tangan ni." Namun tiada sahutan walaupun di dalam tandas.

"Takkan Aziezi dah discharge? Rawatan kemo pun belum selesai lagi kot? Atau betina perampas tu bawak lari Aziezi?! Erghhh!!" Haira segera menuju ke teksi dan dia pulang ke rumah untuk mencari kelibat suaminya yang tercinta itu.

Setelah sampai di hadapan rumah agam tersebut.. namun tiada sesiapa di situ. Haira mengeluh perlahan dan membuka pintu rumah tersebut dengan segera.

✿✿✿

Hana mencari kelibat Aziezi tetapi tiada disitu.. merata tempat dia mencari tetapi tiada juga. Akhirnya dia ke rumah agam Aziezi dengan segera.

Setelah beberapa kali kedengaran loceng rumah agam tersebut berbunyi akhirnya Haira membuka pintu.

'Mesti Aziezi dah balik.' Kata hati Haira dengan teruja.

Terkesima sebentar apabila Haira melihat wajah itu di hadapan pintu pagar rumahnya. Dia segera menutup kembali pintu rumahnya dengan kuat sambil dadanya berdegup kencang.

"Tak mungkin.. aku silap tengok kot." Dia menampar pipinya berkali-kali lalu dia membuka perlahan pintu rumahnya. Memang sah!! Ini alam realiti.. detik hati Haira. Dengan rasa gugup yang melanda.. dia terpaksa menggagahkan diri untuk berhadapan dengan wanita tersebut.

"Cik cari siapa?" Tanya Haira dengan curiga.

'Hundred percent muka dia sebijik macam aku.' Kata hati Haira dengan jantung yang sedang berdegup kencang.

"Izinkan saya masuk boleh?" Kata Hana dengan senyuman plastiknya.

"Dipersilakan." Kata Haira sambil menelan air liurnya.

"Duduklah dulu.. saya nak buat air kejap." Kata Haira.

"Eh tak payah.. duduklah dulu.. tak nak tahu ke siapa saya?" Kata Hana sambil menyilangkan kakinya dan tersenyum manis ke arah Haira.

"Erk.. awak nama siapa?" Tanya Haira gugup.

"Hana Suraya." Hana terus menghulurkan tangannya untuk berjambat tangan bersama Haira namun Haira terlopong luas mulutnya.

"Hana? Hana.. Hana Suraya?" Haira seakan-akan tidak percaya akan hal tersebut lalu dia mencubit pipinya sekuat yang mungkin.

'Betullah realiti ni... tapi tak mungkin Hana masih hidup lagi? Habistu yang mati tu sapa?' Kata Haira dalam hati dengan penuh kecurigaan di lubuk hatinya.

"Yup.. my name is Hana Suraya.. and your name is Haira Sumaiyah.. my lovely sister in this world." Kata Hana sambil tersenyum sinis di hujung ayatnya. Haira melopong luas lagi... kini dia seperti mahu pitam tetapi dia mencuba untuk pergi ke alam realiti dan hadapi masalah yang timbul sekarang ni.

"Bukan ke adik aku dah mati? Kau nak menyamar jadi Hana eh? Kau jangan tipu akulah perempuan!! Kau ingat aku nak percaya cakap kau tu bulat-bulat macam tu? Ouh my god.. sorry sikit eh!!" Marah Haira.

"Nah tengok dokumen ni.. surat beranak dan IC.. Its me allright.. I'm your younger sister.. this is fact!! I know you are very hate me but.. I takkan pernah menyerah kalah walaupun sekali.. my lovely sister in this world." Senyuman sinis yang mujarab diberikan oleh Haira habis-habisan sehingga Haira sudah naik bengang dengannya.

"Kalau kau betul Hana.. kau kenal ke siapa Aziezi?" Uji Haira kepada Hana yang asyik tersenyum sinis kepadanya.

"Mestilah I kenal.. lepastu ada orang perampas tu.. seriously I kenal gila dengan dua orang perampas dia dari I tu.. nama dia Haira dengan Deana."

Pang!!

Tamparan kuat menghingap di wajah milik Hana. Hana menatap wajah Haira dengan penuh senyuman sinis.

"Kenapa sekarang baru kau nak muncul depan aku hah?!" Kata Haira dengan kemarahan.

"Sebab aku nak rampas balik Aziezi daripada kau." Kata Hana sambil tersenyum sinis.






Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now