○ 46 ○

2.1K 65 14
                                    

            Syukur kepada kudrat ilahi aku mengesahkan hamil satu bulan. Ya Allah.. betapa gembiranya aku sekarang ni.

Dengan terujanya aku membuka pintu klinik tersebut.. tiba-tiba aku terlihat Darwish dihadapanku sambil memegang sejambak bunga ros.

"Dar.. Darwish.. Darwish? Macam mana awak ada dekat sini?" Aku agak terkesima melihat susuk tubuh Darwish di hadapanku.

"Awak... kenapa awak pergi klinik? Sakit ke? Sorrylah disebabkan saya awak sakit." Kata Darwish dengan mimik muka comel.

'Bukan haritu aku dah simbah asid kat muka dia.. erghhh lupa ada mamat mana tah terkena tempias air asid tu kat muka dia.. huh?? Kat tangan Deana ada kesan lecur.. hmm.. nasib kaulah Deana.. sebab muka kau tak cacat lagi.. kalau kau menolak aku kali ni.. kau memang silap besarlah.' Kata hati Darwish.

"Dahlah saya nak balik.. ada hal penting yang perlu saya buat." Kata aku untuk mengelak dari berborak panjang dengan Darwish tak guna ni.

"Tunggu!" Pergelangan tanganku di genggam olehnya dengan kuat.

"Lepaslah!! Nak apa!?" Aku memarahinya.

"Nak awaklah sayang." Katanya sambil menarik tanganku. Aku berusaha untuk terlepas dari menjadi mangsa habuannya tetapi gagal kerana dia terus menolakku ke dalam keretanya.

'Tu bukan ke Deana? Huh Deana kena culik!!' Kata Adam dalam hati lalu dia terus menuju ke tempat parkir keretanya dan meluncur laju mengikut belakang kereta milik Darwish dengan segera.

"Lepaskan akulah!! Kau nak bawak aku pergi mana nih?!" Aku gelisah teramat sangat sekarang ni.. aku cuba beberapa kali untuk membuka pintu keretanya tetapi tidak berjaya.

"Kau fikir nak lari mana? Kau takkan terlepas daripada tangan aku kali ni." Kata Darwish sambil tersenyum sinis memandang wajahku.

"Lepaskan akulah!! Kau nak apa hah!! Kalau kau nak deposit rumah sewa tu aku akan bagi double.. tapi tak payah nak culik aku macam ni.. aku bukannya boleh buat apa-apa pun.. duit aku pun tak ada." Kataku kepada Darwish yang sedang memandu keretanya dengan had laju.

"Aku tak perlukan duit kau yang sikit tu.. tak bernilai pun bagi aku.. yang bernilainya adalah tubuh kau.. aku nak memiliki semua tu." Terkedu aku mendengar ujarannya.. membuatkan hatiku remuk dan membara dalam api kemarahan.

"Lepaskan akulah!!!" Aku menjerit sekuat hati lalu Darwish menarik rambutku supaya aku diam.. aku bukan makin diam malah makin menjerit sehingga telinganya berdesing.

"Kau diam sikit boleh tak betina.. sebelum kau mati katak kat sini aku kerjakan!" Kata Darwish dengan amarahnya yang membuak-buak.

"Arghhhh!! Lepaskan akulah!!" Jeritku sekuat hati.. tiba-tiba dia memberhentikan keretanya di pinggir jalan yang berdekatan dengan hutan. Jalan yang kami lalui ini amatlah sunyi.. mungkin ini jalan lama dan ada jalan mati dihujung sana.

✿✿✿

"Ad.. kau ada kat mana?" Aziezi menelefon adiknya.

"Aku ada kat simpang jalan mati ni.. dekat Jalan Purnama.. kau datanglah sini teman aku.. sebab aku tengok ada orang culik Deana dan bawa Deana masuk hutan." Adu Adam kepada Aziezi secepat yang mungkin.

"Kau biar betul?" Aziezi berkerut.

"Tapi kau ada kat hospital kan?" Adam bertanya.

"Aku sebenarnya dah lari dari hospital.. sebabtu aku cari kau. Aku nak tinggal kat rumah kau kejap." Kata Aziezie.

"Tapi sekarang ni kita dah tak dak masa.. aku nak kau datang Jalan Purnama ni sekarang.. pergi selamatkan isteri kau.. aku tak nak pergi sorang sebab aku tak cukup peralatan nak pukul mamat tu.. tak cukup silat dengan taekwondo ja.. mana tahu ada konco-konco dy kat dalam hutan tu." Terang Adam.

"Baiklah kalau macam tu.. aku akan kesana dengan segera." Balas Aziezi sambil menekan minyak selaju yang mungkin.

Nasib baik dia sudah sediakan kayu hoki dengan golf dia dekat bonet kereta.. tak perlu lagi nak guna peralatan tajam.

✿✿✿

"Eeeeii!!! Lepaskan akulah!! Kau nak bawak aku pergi mana hah!??" Aku bergelut dengan Darwish ketika dia sedang mengheretku untuk masuk ke dalam hutan tersebut.

"Kau diamlah betina!! Kau jangan nak cakap banyak!! Sebelum aku bunuh kau kat sini.. baik kau diam arghh!!" Darwish menarik rambutku sehingga tubuhku terheret di atas tanah yang penuh dengan lumpur.

"Lepaskan akulahhh!!! Apa salah aku!! Kau buat aku macam ni!! Sakit!! Ya Allah sakit!!" Dia mengheret tubuhku sehingga perutku berasa sakit teramat sangat. Pehaku berlumuran darah.. bayiku..

Aku menangis teresak-esak sambil meminta bantuan Allah.. aku menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

"Kau jangan nak beranganlah kalau ada orang nak selamatkan kau kat sini!!" Dia menarikku lagi dan mengikat tanganku di sebuah pokok yang besar.

"Lepaslah!! Kau tahu tak aku tengah sakit sekarang nih!!" Aku memejam mataku dengan perit rasanya.. perut terasa ditusuk oleh pisau yang tajam.. pehaku mengalir air darah yang sungguh banyak sekali.

"Tolong.. tolong... Aziezi.. saya cintakan awak." Dalam ingatan aku.. teringat memori bersama Aziezi semasa aku meminta berswafoto dengannya setelah dia dapat menerimaku sebagai isterinya yang sah. Kini lama-lamaan mataku menjadi gelap-gelita.. dan aku terus tidak menyedarkan diri kerana tubuh badanku amat lemah.

 dan aku terus tidak menyedarkan diri kerana tubuh badanku amat lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now