"Nadhia! Kamu buat apa tu?" Tanya Datin Aisyah dibelakang Nadhia.
"Tengah baiki rantai ni. Mommy.. ada hot glue gun tak?" Tanya Nadhia.
"Ada dalam stor." Balas Datin Aisyah.
"Tak apa biar Mommy yang ambik.. kamu duduk sini." Tegah Datin Aisyah yang melihat Nadhia yang mahu meluru ke bilik stor.
Setelah siap dibaiki.. rantai 'Deana Ariana' tu cantik diletakkan pada leher putih mulusnya.
"Cantik.. tak sangka rantai emas putih ni sesuai dileher kamu... tapi kalau nama kamu sendiri lagi cantik.. tapi rantai tu mungkin nama adik beradik kamu." Datin Aisyah terus memeluk erat Nadhia.
"Maafkan Nadhia.. sebab derhaka dengan Mommy dan Daddy.. walaupun Nadhia ni cuma anak angkat je.. Mommy dengan Daddy tetap ibu dan ayah Nadhia sampai bila-bila." Nadhia memeluk Datin Aisyah dengan erat lagi.
"Hish kamu ni.. kamu tetap anak kandung kami sampai bila-bila tau." Balas Datin Aisyah sambil tersenyum memeluk Nadhia.
"Mestilah!" Balas Nadhia.
✿✿✿
"Assalamualaikum... ada orang tak?" Nadhia menekan loceng rumah Darwish berkali-kali.. kerana rumah itu menepatkan rumah ibu dan ayahnya berada.
"Waalaikumussalam.. awak cari siapa?" Tiba-tiba seorang lelaki yang hanya memakai T-shirt putih keluar dari pintu rumah tersebut.
"Saya nak cari Tuan Farid.. dia ada tak dalam rumah?" Tanya Nadhia sambil menjenguk tingkap rumah Darwish.
"Tuan Farid... ada apa eh nak jumpa? Sekarang ni dia tak ada kat Malaysia sebab dia dah pindah dekat England dengan isteri dia." Balas Haikal dengan kerutan di dahinya.
"Boleh saya minta alamat rumah Tuan Farid sekarang?" Tanya Nadhia.
"Sekejap eh saya pergi tulis jap.. awak masuklah dulu.. jangan berdiri kat pintu pagar tu.. panas nanti.. habislah kulit awak yang putih tu hihi." Balas Haikal lalu Nadhia pun masuk dan melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan rumah tersebut.
"Nah ni alamatnya. Sebelah tu nombor telefon saya.. kalau nak apa-apa boleh contact saya.. I'm still single.. hehe." Balas Haikal sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Sempat lagi eh awak ni.. by the way Encik.. Hai..kal. hah! terima kasih banyak-banyak sebab bantu saya." Balas Nadhia dengan senyuman sehingga Haikal terpikat.
"Dahlah saya balik dulu. Assalamualaikum." Ujar Nadhia lalu Haikal pun menjawab salam.
'Muka dia macam Deanalah.. tapi taklah sama sangat. Lupa nak tanya nama dia hish!! Perempuan cantik tadi bertudung.. kalau Deana pakai tudung macam dia mesti lagi secocok muka diorang... tapi hairanlah kenapa dia nak cari Pak Cik Farid.. maybe dia sepupu Deana belah Mak Cik Afida kot... whatever.. comel.. cantik I like her.' Bisik hati Haikal.
Haikal masuk ke dalam bilik Darwish untuk mencari sesuatu tiba-tiba dia terlihat passport milik Darwish yang jatuh di lantai lalu dia mengutipnya dengan penuh rasa kehairanan.
"Darwish Akmal Bin Farid? Hah? Tak mungkin.. Darwish anak Pak Cik Farid? Jadi... Darwish ni adik beradik Deanalah? Tapi.. Darwish ni bukan ke pembeli rumah ni.. kenapa dia tak cerita kat aku.. maybe dia baru kenal aku seminggu lepas masa aku cari Deana kat rumah ni. Arghh peningnya! Aku nak suruh Pak Cik Farid jelaskan semua ni.. tapi dia ada England." Haikal semakin buntu dengan keadaan sekarang ni. Dia pun meletakkan kembali passport tersebut di atas meja dan dia menyambung mencari bajunya di dalam almari milik Darwish.
"Share bajulah.. pinjam jap yer Darwish.. ko kan kaya.. lawa T-Shirt ni aku nak pakai buat tidolah malam kejap lagi." Haikal pun mengambil T-shirt berwarna hijau tersebut sambil tersengih dan keluar meluru ke biliknya.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romantik{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...