"Encik semua cari siapa?" Haikal terkedu melihat empat orang anggota polis di hadapan pintu rumah Darwish yang dia sewa sekarang.
"Kami cari Darwish Akmal Bin Farid.. dia ada?" Salah satu anggota polis bersuara sambil menunjukkan gambar Darwish.
"Maaf.. saya tak tahu dia ada kat mana sebab dah nak dekat seminggu dia tak balik rumah lagi." Balas Haikal.
"Ikut kami ke balai untuk buat siasatan.. kami nak masuk dulu untuk check sekitar dalam rumah ni.. sila ke tepi." Tidak sempat Haikal membuka mulut empat orang anggota polis terus menyerebu ke rumah tersebut.
"Tiada." Anggota polis itu mengangguk dan keluar setelah salah seorang rakannya mengata tiada Darwish di situ.
"Mari ikut kami ke balai sekarang." Haikal mengangguk lalu dia mengunci pintu rumah dan masuk ke dalam kereta polis.
✿✿✿
Sudah seminggu Darwish terperap dalam rumah yang agak usang di hutan. Dia bersama dua orang pengawal peribadinya.
"Belikan aku chicken chop.. air apa-apa pun boleh.. bungkus.. sekali dengan makanan kau dengan Abu.. Abu kau teman aku.. dan kau Lokman! Jangan nak cari pasal pergi buka mulut yang aku ada kat sini!" Arah Darwish dengan wajah bengisnya.
"Mengikut perintah boss!" Balas Lokman.
✿✿✿
"Zara!!! Jangan lari masuk hutan!! Ya Allah.. pergi mana budak ni? lajunya dia lari." Aku sedang resah kerana Zara iaitu cucu Mak Som berlari masuk ke dalam hutan tersebut.
Apalah aku nak jawab dengan Mak Som kalau cucu dia hilang.. aku nekad selagi tak jumpa budak ni.. aku takkan balik.. tak pepasal aku kena marah dengan Mak Som pasal hal ni.
"Zara!!" Aku terus mencari Zara walaupun terpaksa geledah masuk dalam hutan tersebut. Kini sudah masuk waktu senja.. bulu romaku semakin meremang.
"Abu.. aku nak kau tangkap perempuan tu.. pastu kurung dia kat dalam gudang lama." Arah Darwish.
"Pastu budak yang kau jumpa tadi.. kau hantar dia kat sebelah rumah aku.. tapi jangan tunjuk diri kau.. kau biar je dia kat pintu pagar tu." Arah Darwish lagi.
"Menurut perintah boss!" Balas Abu dengan tegas.
✿✿✿
"Lepaskan akulah!!!! Sakitlah!" Aku bergelut dengan seorang lelaki yang berbadan sasa.. namun tiada kudrat untuk aku nak melawannya.
"Diamlah!! Kau duduk dalam ni senyap-senyap.. sampai boss aku datang." Kata Abu sambil mengikat tali ditanganku.
Ya Allah.. ujian apa lagi yang kau berikan kepadaku.. aku tak dapat nak bertahan lagi. Ya Allah bantulah hambamu ini.. kerana aku tak mampu untuk hadapi seorang diri Ya Allah.
Air mataku mengalir dipipi.. hatiku bagai ditusuk dengan pedang samurai sekarang ni.. ketakutan.. kegigilan.. kemarahan.. semuanya ada pada diriku.
"Deana Ariana.. hahaha.. akhirnya kau datang jugak nak jumpa aku kan?" Darwish tiba-tiba muncul dihadapanku sambil ketawa.
"Lepaskan akulahhh!! Kau nak apa!!?" Jeritku dengan perasaan tidak berpuas hati.
"Aku nak kau jadi isteri aku mulai esok.. kalau tak.. aku bunuh kau!" Kata Darwish sambil mencengkam pipi Deana.
"Sakitlah!! Kau gila ka apa nak suruh aku kahwin dengan kau!! Suami aku baru je meninggal.. kau memang tak guna kan?!" Marahku kepada Darwish yang sedang bermain dengan rambutku.
"Memang patut pun kalau dia mampus.. sebab menyusahkan kerja aku jer.. aku bukannya nak mintak banyak pun.. aku nak kau jadi isteri aku yang sah je.. tak salah kan?" Hatiku semakin panas dengan kata-katanya.
"Aku harap kau timpa bala sebab kau buat aku macam ni!! Kau ingat.. kau sapa nak jodohkan aku dengan kau!" Tiba-tiba rambutku ditarik kasar.. aku mengerang kesakitan tetapi aku menahan.
"Kalau kau jadi isteri aku.. aku layan kau macam permaisuri diraja tau.. takkan kau tak nak? Bukan susah pun!" Pipiku ditampar berkali-kali.. akhirnya mataku gelap-gelita dan aku rebah dilantai yang penuh dengan kotoran.
"Kau nak jual mahal sangat dengan aku kan? Inilah padahnya kalau tak nak dengar cakap Darwish Akmal!" Kata Darwish sambil menendang sedikit kaki Deana.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romance{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...