○ 26 ○

2.2K 75 32
                                    

            Aziezi dan Haira pergi ke rumah kawan mereka untuk majlis hari jadi. Aku ditinggal dekat rumah dan ditugaskan untuk membersihkan seluruh rumah ni.

"Aku tak nak ada sedikit habuk pun melekat dalam rumah ni.. kalau aku nampak.. serta merta aku akan heret kau masuk dalam stor." Kata-kata Aziezi sebentar tadi masih terngiang-ngiang di dalam fikiranku.

Setelah bahagian ruang tamu dan bilik tetamu dibersihkan aku menuju ke bilik Aziezi dan Haira untuk dibersihkan.

Suasana bilik yang alegan itu diperhatikan oleh aku.. sungguh menarik dekorasi bilik tersebut. Aku membuat kerjaku dengan menyusun buku di rak dan mengutip baju di lantai. Setelah semuanya selesai aku menuju ke sebuah almari miliknya.

Ketika aku menyusun barangan yang berada di dalam almari tiba-tiba aku terjumpa satu kotak berwarna hitam dan aku membukanya.

Terdapat diari dan juga album gambar yang masih berada elok di dalam kotak tersebut. Aku pun membuka diari tersebut dan membaca dengan teliti.

"Khamis.. 3 Disember 2016, walaupun rasa sakit pabila orang yang disayangi sudah lama pergi meninggalkan diriku.. hari ini ialah hari ulang tahun kematian Hana Suraya.. perempuan yang pernah selamatkan nyawaku ketika dahulu.. matanya coklat hazel berambut hitam coklat pekat.. tubuhnya tinggi.. walaupun dia meninggal pada umurku sepuluh tahun.. sampai bila-bila pun ingatan aku takkan pernah tertanggal di dalam memoriku untuk dirimu. Maafkan aku Hana.. aku tak boleh maafkan diri aku kerana telah menyakiti hatimu setelah pemergianmu.." Sebenarnya panjang lagi yang perlu ku baca.. tiba-tiba terlihat sebuah album di dalam kotak tersebut dan aku membeleknya.. terdapat gambarnya bersama Hana. Gambar aku paling banyak dekat album ni.. dan tertulis.. Deana Ariana patut mati selepas penyeksaan yang dia dapat! Gambar kedua ku pulak muka dirobek dengan pisau dan ditulis aku akan hancurkan hidup kau Deana!! Menggunakan pen merah.. aku menyelaknya lagi sehingga akhir dan aku terkesima melihat gambar haira yang ditulis.. aku takkan maafkan kau sampai bila-bila Haira.

"Hoi betina! Aku suruh kau kemas rumah kan!! Kenapa kau gatal tangan sangat nak sentuh harta benda aku ha! Tangan kau tu nak kena kerat dengan aku kan?!" Jantungku hampir terkeluar kerana terkejut dengan jeritan Aziezi yang tiba memasuki bilik bersama Haira.

Tanpa berkata apa-apa aku terus meluru keluar dari biliknya. Tiba-tiba rambutku ditarik kasar dan aku menjerit kesakitan.

"Betapa biadabnya kau dengan suami kau kan! Cepat cium kaki aku sekarang sebab kau dah buat kesalahan besar tadi!!" Aku pun memeluk kakinya dan mencium kakinya.

"Maafkan saya Tuan.. saya tak sengaja terbuka kotak tu." Tiba-tiba dia menendangku sehingga aku terlentang.

Keesokkan harinya...

Aku melihat ada satu sekeping gambar yang terjatuh dari atas almari stor ketika aku sedang mengemas tadi.

Aku terkesima melihat lelaki yang berada di dalam gambar tersebut.

'Kenapa aku bodoh sangat sebab tak boleh nak cam muka Aziezi dulu!' Aku mengetuk kepalaku menggunakan tangan.

Tak sangka Aziezi yang plan nak jual aku dekat Thailand dulu. Disebabkan Hana.. dia sanggup berdendam dengan aku sampai macam ni sekali. Air mataku hampir mengalir. Tiba-tiba Aziezi melemparkan baju yang tidak cukup kain itu kepadaku.

"Aku nak kau pakai baju ni malam ni... aku nak buat surprise kat kau." Kata Aziezi.. dan aku mula curiga dengannya.



Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now