Aku berlari anak untuk mendapatkan teksi yang menghampiriku lalu aku masuk ke dalam teksi tersebut dengan nafas yang tercungap-cungap.
Setelah sampai ke rumah.. Darwish menelefonku beberapa kali tetapi tidak aku mengangkatnya. Tanpa peduli panggilannya aku terus melihat mesej di telefonku.
Darwish: Deana.. awak kat mana sekarang?Deana: Saya ada dekat rumah..
Darwish: Kenapa awak tiba-tiba hilang macam tu.
Awak tahu tak saya risau sangat pasal awak.
Sampai hati awak tinggal saya macam tu je
Kalau jadi apa-apa dekat awak.. macam mana saya nak bertanggungjawabDeana: Awak tak payah nak risau.. saya bukan mati pun
Saya okay jer.. saya balik tadi sebab..Darwish: Sebab apa?
Deana: Sebab saya..
Darwish: ?
Deana: Sebab saya tak suka dekat lelaki yang duduk semeja dengan isteri dia tu.
Maksud saya.. lelaki yang duduk meja kita..Darwish: Kenapa pulak?
Deana: Saya akan cerita segalanya dekat awak bila awak sampai dekat rumah.
Darwish: Okay
Pada hari keesokan harinya....
"Morning Deana." Hampir luluh jantung aku melihat makhluk yang bernama Darwish ini tercegat di hadapan pintu bilikku ketika aku membukanya.
"Hish!!! Nasib baik saya tak ada sakit jantung.. kalau tak?" Belum sempat aku menyambung ayat dia terus memotong.
"Kalau tak.. tak dapat saya jadi suami awak." Eeiii nak muntah aku dengar..
"Ouh please Darwish.. tolong tepi sikit.. saya nak masak jap." Tiba-tiba Darwish menghalang laluanku.
"Nak apa?" Dia terus memegang bahuku tetapi aku menepisnya.
"Bagitahu sebab apa awak lari semalam." Wajahku berubah cuak ketika mendengar dia berkata begitu.
"Kenapa lelaki tu boleh kenal awak?" Aku bertanya kepadanya dengan nada yang serius.
"Ouh.. Encik Aziezi." Semakin panas hati apabila aku mendengar nama lelaki yang perangai mengalahkan binatang tu.
"Encik Aziezi ialah boss saya.. dan saya personal asisstant dia." Jadi aku faham.. aku harap Darwish tak menceritakan tentang diri aku dekat Aziezi.
"Muka boss awak tu macam lelaki yang pernah culik saya dulu.. sebab tu saya fobia bila nampak wajah tu.. jadi saya tak nak benda ni diungkit balik nanti saya rasa tak selesa." Darwish mengangguk perlahan dan dia cuba menghadam kata-kataku.
"Awak tak payah masak.. saya dah beli makanan untuk kita makan." Kata Darwish lalu aku terus menuju ke meja makan.
Terdapat pelbagai aneka makanan yang enak. Darwish menghampiriku dan membawa sebuah kotak berwarna merah di tangannya tetapi aku tidak peduli.. apa yang aku peduli ialah mengisi makanan di dalam perut aku yang sedang berkeroncong hebat ni.
"Sedapnya awak.. awak beli kat mana semua ni.. why rasa dia sedap sangat?" Darwish hanya tersenyum.
"Saya beli dekat restoran yang kita pergi semalam." Hampir terbeliak mataku.
"Saya terdengar awak cakap restoran tu bagi awak sakit perut la apa la.. saya nak tengok realitinya." Makanan yang ada di mulutku hampir tersembur lalu dia berikan aku segelas air kosong yang telah dihidangkan atas meja.
"Awak ni pun.. semalam kan saya dah explain benda tu. Semua tu saya tipu je.. sorrylah tau." Kata aku sambil menyambung suapan seterusnya.
"Deana.. saya ada something nak bagitahu awak." Aku terus memandangnya dengan perasaan ingin tahu.
"Saya nak lamar awak jadi isteri saya." Terus tersembur nasi di dalam mulut aku terkena bajunya.
"Ya Allah... Darwish maaflah meh saya bersih baju awak." Aku terus mengelap bajunya dengan kain lalu tanganku di pegangnya.
"Deana.. saya serius nak jadikan awak sebagai isteri saya." Aku termenung sekejap dan cuba menghadam satu per satu kata-kata yang dilontar olehnya.
"Tak boleh." Wajah Darwish terus bertukar suram.
"Saya tak boleh kahwin dengan awak.. sebab saya ni masih isteri orang." Kali ni aku terpaksa jujur kepadanya. Aku tak tahu yang perkara seperti ini boleh berlaku.
"Deana.. saya ikhlas cintakan awak sampai hati awak reject saya macam tu je.. kalau awak tak suka saya sekali pun.. tak perlu nak bohong saya yang awak tu dah kahwin." Kata-kata Darwish membuat hatiku tersentuh.
"Saya tak boleh terima awak walau bagaimana cara sekali pun.. saya perlu ambil masa untuk menyelesaikan masalah saya dulu." Kata aku untuk menjelaskan kepadanya yang aku betul-betul masih isteri orang.
"Masalah apa lagi hah!!?? Aku tak kira... kau akan juga tetap jadi milik aku!!" Darwish menarik tubuhku dan menolak ke lantai.
"Apa kurangnya aku ni!!!" Dia menghampiriku dan menarik rambutku. Dia mengusap ubun-ubun dan mencium pipiku dengan kasar.
"Jangan kurang ajar!!" Aku menampar pipinya sekuat hati.
"Sini kau!!" Dia menyekat laluan aku dan aku tidak boleh bernafas lagi. Cara yang terbaik adalah menggigit tangannya sehingga berdarah.
Aku berlari dan berlari dari rumah tersebut. Aku melihat kelibatnya dibelakangku sedang mengejar aku.. tiba-tiba aku terjatuh. Dia semakin menghampiriku.. aku cuba menggagahkan diri aku untuk bangun dari situ.
Aku berjalan dalam keadaan kakiku berdarah dan Darwish sedang mengejar aku dari belakang. Tiba-tiba aku dilanggar kereta sehingga tubuhku jatuh terlentang di atas permukaan tar jalan raya dan mataku tertutup rapat... gelap gelita tiada nampak apa-apa.. tubuhku lemah dan aku dibawa ke hospital.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romansa{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...