Aku menjejak kaki di rumah Mak Som.. kerana kini aku sudah tiada tempat tinggal lagi.
"Assalamualaikum.. Mak Som... Deana datang ni.. bukalah pintu." Aku mengetuk pintu berkali-kali akhirnya wajah tua Mak Som terlihat di hadapan pintu sambil tersenyum lalu kami pun berpelukan.
"Rindunya Mak Som pada kamu nak!! Kamu pergi mana selama ni?" Kata Mak Som sambil mengusap bahuku dengan perlahan.
"Pergi rumah suami la Mak Som... pergi mana lagi." Kataku selamba.
"Jom masuk." Ujar Mak Som kepadaku untuk masuk ke dalam rumahnya.
✿✿✿
Semalam Haira terpaksa benarkan adiknya Hana tidur di rumah agam Aziezi ini disebabkan dia diugut oleh Hana.
"Hoi.. bangunlah!! Buatkan aku breakfast.. nak tidur sangat kan kat sini?" Kata Haira sambil menghempuk-hempukkan bantal pada tubuh Hana yang sedang enak diulit mimpi.
"Eeeii... bisinglah kau ni! Boleh berambus tak? Bukannya rumah kau pun.. tak lama lagi rumah ni jadi milik aku jugak." Kata Hana dengan angkuhnya lalu rambutnya ditarik oleh Haira.
"Amboi sedapnya mulut kau!! Nak je aku cili sampai bengkak!" Kata Haira sambil menarik-narik rambut milik Hana.
"Kau pehal tarik rambut aku!" Jerit Hana lalu dia menarik baju mahal milik Haira sehingga terkoyak.
"Berani kau koyakkan baju mahal ni?!! Kau tahu tak.. baju ni Aziezi yang hadiah kat aku.. bukannya untuk kau pun... kenapa ? Kau cemburu kat aku?" Perli Haira habis-habisan.
"Ada aku kesah ke betina.. dengan baju harga sepuluh sen tu!!" Hana menampar wajah Haira berkali-kali.. kiri ke kanan.. kanan ke kiri sehingga Haira rebah di lantai.. lalu Hana memberikan senyuman sinis sambil memijak kaki Haira.
"Sebelum aku cacatkan kau lebih lagi.. baik kau bangun sekarang!!" Hana menjenggilkan matanya kepada Haira.
Selepas Haira berdiri dengan wajahnya yang menjengkelkan itu.. Hana terus menarik lengannya dengan kasar lalu membawanya ke dapur.
"Kau nak makan sangat kan.. nah ambik nasi ni!!!" Hana menyumbat nasi yang berada dalam periuk tadi ke dalam ke dalam mulut Haira dengan cara paksaan.. sambil itu dia menarik rambut Haira dan menolaknya sehingga jatuh ke lantai.
"Hana!!! Sampai hati kau buat aku macam ni!! Adik jenis apa kau ni hah!?" Haira menangis teresak-esak dengan keadaan mulutnya penuh dengan nasi putih.
"Kesiannya kakak kesayanganku ni.. janganlah nangis.. adik kesayangan kakak kan a..da!!!!" Muka Haira terus disembamkan ke lantai berkali-kali sehingga hidungnya berdarah.
"Janganlah menangis Kak Hairaku.. kan adik kesayangan awak ni dah buatkan breakfast.. sedap tak nasi putih ni? Hahahaha comotlah.. makanlah elok-elok." Nasi di sumbat ke dalam mulut Haira dengan cara yang kasar lalu nasi yang terabur di atas lantai tadi dikutip dan dikumpul oleh Hana... akhirnya Hana menyumbatkan nasi tadi ke dalam mulut Haira dengan cara yang kasar.
"Dahlah Hana... jangan seksa aku macam ni lagi!" Rayu Haira dengan air matanya tidak berhenti mengalir di pipi.
"Aku pun tak nak seksa kau banyak-banyak.. apa kata aku lenyapkan kau terus." Kata Hana sambil ketawa kecil.
"Apa yang kau cakap ni Hana.. kau tak kesian kat aku ke? Aku ni kakak kandung kau.. sanggup kau buat macam ni.. tak cium bau syurga kau!" Kata Haira dengan sedih.
"Kau tak payah nak ceramah aku.. kau pun samalah macam aku.. pembunuh.. tapi aku tak bunuh orang macam kau.. tapi.. harini.. aku akan jadi pembunuh.. so kita sama level lah." Hana tersenyum manis di hujung ayatnya.
"Hana!! Tolonglah... jangan bunuh aku!" Haira semakin bimbang apabila melihat Hana yang mendekat di tempat letak peralatan tajam.
"Nampak tak pisau tajam ni? Kalau aku bunuh kau.. kau rasa aku akan sedih ke? Buat apa aku nak sedih pulak kan? Masa aku lenyap dulu.. kau bukan main seronok lagi kan? Nak try gak jadi seronok macam kau." Hana datang mendekat lalu Haira menjauh.. dan menjauh sehingga dia tidak dapat melarikan diri kerana dikepung oleh Hana.
"Nak lari mana wahai kakakku yang cantik jelita?" Pisau tajam tadi bermain-main di wajah Haira yang sedang ketakutan itu.
"Janganlah takut.. kau kan nak masuk syurga.. aku cuma nak permudahkan kau je untuk masuk kat sana." Pisau tadi merayap pada pinggang Haira pulak.. semakin berpeluh dibuatnya.
Akhirnya pisau tadi ditembus menusuk masuk ke dalam isi daging milik Haira berkali-kali.. sehingga darah membuak-buak mengalir diperut dan mulutnya.
"Maafkan aku Haira.. aku takkan maafkan kesilapan kau atas apa yang kau pernah buat kat aku dulu." Akhirnya Hana mengeluarkan setitis air matanya untuk Haira.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Roman d'amour{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...