Sekarang baru tiba ke Malaysia.. aku menyalam tangan Mommy dan memeluknya. Aku menghampiri Haira dan memeluknya dan dia membalas senyuman kelat ke arahku.
Aziezi berpura-pura memelukku di hadapan Mommy. Walaupun dalam hatiku ini masih pedih yang belum terpadam.. aku masih lagi bertabah demi mendapat sesuap nasi. Cita-citaku dan harapanku kini serta-merta hancur disebabkan oleh kejahatannya tetapi aku rela.. disebabkan cinta, aku jadi buta dan pekak.
Walaupun aku tidak boleh mengundur masa lagi.. apa yang aku dapat hanyalah bersabar. Aku berharapan suatu hari nanti suami aku dapat menerima aku sebagai isteri dia yang sah.
Aku mengimbas masa lalu.. ketika itu aku berumur lima tahun.
Daddy dengan Mommy tak pernah layan aku seperti ibu dan ayah yang lain.. mereka langsung tidak pedulikan aku. Ketika aku menghadapi penyakit demam denggi.. dalam keadaan nyawa aku tergantung mati.. mereka langsung tak pernah melawat aku. Jaga dan rawat aku tak pernah langsung.. mereka cuma mengharapkan Mak Som sahaja yang menjaga aku dengan penuh kasih sayang.
Aku tidak menyangka.. kenapa hidup aku seperti ini... daripada aku lahir, aku tak pernah mendapat secebis kasih sayang pun. Kenapa aku bodoh sangat... aku percaya yang suamiku ini dapat memberiku kasih sayang tetapi aku silap. Aku dilahirkan hanya untuk menjadi permainan orang lain. Jiwa aku kini sangat terhimpit tetapi aku cuba untuk berfikiran positif demi mencari kebahagiaan yang asli.
Aku berasa iri dengan sikap Haira yang bermanja bersama Aziezi di hadapan Mommy. Mommy sekarang dah dapat terima kehadiran Haira sebagai menantunya sejak Aziezi bersetuju pergi berbulan madu di London bersamaku.
"Haira.. Mommy nak bagitahu berita gembira ni." Aku melihat senyuman Haira yang melebar luas dengan penuh bahagia.. sesungguhnya aku iri. Aku cuma ada Mommy yang menyukai aku sebagai menantunya.. yang lain semua anggap aku seperti perempuan jalanan.
"Apa Mommy? tak sabarnyer Haira nak tahu ni." Balas Haira dengan senyuman lebar.
"Esok kamu kena jalani pembedahan mata." Haira ketawa kecil apabila Mummy berkata begitu.
"What Mommy? congratulations sayang." Aziezi mencium ubun-ubun Haira.
"Thank you Mommy.. Haira tak tahu nak cakap apa.. Mommylah ibu mertua Haira yang terbaik dalam dunia ni." Kata Haira.
"Kamu pun sama.. kamu menantu Mommy yang paling tabah.. tak lupa pada Deana iaitu menantu Mommy yang paling baik dan hebat." Mommy pun memelukku.. anak mata Aziezi menikam anak mataku.
'Amboi perempuan ni.. nak over pula dengan Mummy.. kau ingat.. kau tu hebat sangat? Dasar betina tak sedar diri!' Kata hati Aziezi.
✿✿✿
"Cuba Haira teka ni siapa?" Kata Aziezi setelah membuka balutan pada mata Haira.
"Ni Mommy.. dan ini mesti Deana kan? Maklumlah.. Haira tak pernah nak tahu macam mana wajah Mommy dengan Deana.. Abang pun sama. Last Haira tengok muka abang pun masa umur kita lima tahun masa dekat tadika dulu." Kata Haira.
"Finally.. Haira kesayangan Abang ni dah boleh nampak." Aziezi memeluknya lalu Mummy pun memelukku dengan erat.
"Sabar sayang.. Mommy tahu Deana kecewa.. tapi Aziezi takkan berat sebelah." Bisik Mommy ditelingaku lalu aku mengangguknya perlahan walaupun hakikatnya agak perit. Apa yang Mommy katakan itu adalah...
Harapan palsu!
✿✿✿
"Tak apa Deana.. biar Haira yang mop lantai ni.. lagipun Abang Aziezi pun belum balik lagi." Mop pun bertukar tangan.
"Thanks." Kataku sambil menunduk sopan.
"Lepas kita kemas rumah.. teman Haira minum dekat cafe?" Aku mengangguk sambil tersenyum.
(LEAF CAFE 🍃)
"Maafkan Haira yer Deana.. sebab dah banyak sakitkan hati Deana. Haira faham.. Deana banyak derita dengan Abang Aziezi. Buat sementara ni, Deana kena bertahan ya. Haira akan berpura-pura membenci Deana di hadapan Aziezi.. walaupun Haira tak sanggup, tapi Haira terpaksa untuk kebaikan Deana jugak." Haira mengusap tanganku perlahan sambil tersenyum.
"Haira.. boleh tak kalau saya nak tahu lebih lanjut tentang Aziezi? Saya tak faham kenapa dia buat saya macam ni.. saya pernah buat dosa ke sebelum ni?" Air mataku hampir mengalir tetapi aku tahan.
"Deana.. saya tahu awak ni orang yang baik.. kadang-kadang saya rasa diri saya ni kejam sangat dengan awak. Sejujurnya saya memang benci dengan awak bertahun lamanya.. awak ingat tak kejadian kemalangan sembilan belas tahun yang lalu.. mak ayah awak pernah langgar kereta ayah saya.. time tu mak saya ada dekat hospital sebab mahu melahirkan adik saya yang ketiga tetapi ibu saya meninggal dunia ketika bersalin dan adik saya telah meninggal disebabkan jantung dia tidak berdetak lagi. Masa ayah saya tergesa-gesa mahu ke hospital.. ada kereta melanggarnya saya yakin itu kereta mak dan ayah awak sebab saya ternampak awak dalam kereta tu. Disebabkan kejadian itu saya jadi buta akibat terkena serpihan kaca pada mata saya." Aku agak terkedu setelah mendengar cerita tersebut.
"Saya memang tak tahu apa-apa masa kejadian tu.. saya cuma anggap itu kemalangan biasa.. lagipun kitaorang tak sengaja.. maafkan keluarga kami Haira.. saya mohon." Tanpa sengaja air mataku mengalir deras kali ni.
Tanpa sedar Haira mengusap tanganku perlahan sambil tersenyum kelat.
"Tidak mengapa... benda dah lepas." Kata Haira sambil tersenyum ke arahku.
Jangan lupa tekan vote dan juga komen!
YOU ARE READING
Terhimpit Dalam Kalbu✔
Romans{Karya Pertama Fathia} ®TERHIMPIT DALAM KALBU ~COMPLETE~ Start: 2.00 p.m. 25 Mac 2020 End: 1.40 a.m. 25 Jun 2020 ✿✿✿ Sebuah penderitaan 🌳 🌿 🍃 🍃 ...