○ 19 ○

1.9K 83 23
                                    

            Sudah seminggu berlalu di rumah Mommy.. aku pun pulang ke rumah Aziezi. Terlihat Aziezi menjadi teramat dingin dan marah terhadapku.. padahal aku tidak membuat apa-apa kesalahan pun.

"Awak sakit ke?" Aku terus memegang dahinya tetapi tidak terasa panas pun lalu dia menepis tanganku perlahan.

"Kenapa ni?" Dia hanya diam dan tidak bersuara pun. Sejak hari pertama aku berkahwin dengannya.. dia sudah tidak menjadi seperti dulu yang periang dan romantik. Bila dah kahwin ni dia bersikap dingin denganku.

"Awak.. saya ada buat salah ke?" Aku mengusap bahunya lalu dia menepis lagi.

"Jangan sentuh aku!! Aku jijik dengan betina macam kau ni!" Agak berdesing telinga aku apabila dia menjerit seperti itu. Aku menggigil ketakutan.. aku tak faham mengapa perkara ini harus terjadi pada diriku.

✿✿✿

"Aku kahwin dengan kau bukan sebab dasar cinta.. bagi aku semua atas kertas semata-mata! Aku nak mengaku jelah senang sikit bagi kau nak faham.. macam ni.. kau ditugaskan menjadi isteri aku hanya untuk menjaga mem besar dalam rumah ni iaitu Puan Haira Sumaiyah.. lagi satu.. kalau aku atau Puan Haira ni memerlukan bantuan kau kena ikut yer." Air mataku mengalir dengan deras dan aku rebah di lantai.

"Kau tak payah nak buat drama sedih dekat depan akulah perempuan! Mulai harini kau kena panggil aku Tuan.. dan isteri kesayangan aku.. kau kena panggil dia Puan... sebab dia permaisuri besar dalam rumah banglo ni. Kalau kau tak dengar arahan aku.. aku takkan teragak-agak akan kurung kau dalam bilik stor dan kau takkan dapat telan setitis air pun. Kau jangan nak berangan kalau aku nak layan kau sebagai isteri aku, hadam ayat aku ni baik-baik eh Deana Ariana!" Dia terus menghampiriku dan menolak tubuhku.

"Pengemis macam kau ni sepatutnya jadi orang gaji dalam rumah ni. Kau tak sepatutnya jadi isteri aku, tapi disebabkan balasan kau kena masuk jugak dalam perangkap aku." Aku terus memeluk kakinya sambil menangis teresak-esak.

"Awak.. apa dosa saya awak buat saya macam ni? Awak bergurau kan?" Dia terus menyepak aku sehingga aku tersembam.

"Berapa kali aku nak ulang hah!" Bergema jeritannya di dalam banglo dua tingkat tersebut.

"Maafkan saya Tuan." Aku terus mencium kakinya berkali-kali tanda meminta maaf lalu dia menyepak muka ku menggunakan kakinya.

Aku menangis dan mengaduh kesakitan.. tiba-tiba aku terlihat kelibat gadis buta yang hadir di majlis perkahwinan aku menuruni tangga bersama tongkatnya.

"Kenapa yang bunyi bising tu?" Aku cemburu melihat Aziezi terus bergegas ke arahnya dan mendukungnya.. yang paling aku sakit hati.. dorang boleh pulak berciuman mulut dekat depan mata aku.

"Hey pempuan!! Nampakkan mem besar nak duduk!! Sila lap sofa tu guna tangan kau.. semestinya beralas kain.. takut nanti virus kat tangan kau tu merebak dekat isteri kesayangan aku ni." Dia memandang jijik ke arahku.. lalu aku menunaikan permintaannya dengan kerelaan hati.

"Apa lagi.. buatlah air dekat kami!! Kenapa bodoh betul kau ni hah!! Benda alah tu pun nak aku kena aku suruh jugak?!" Agak tersentap juga aku apabila dia berkata begitu.. tanpa berkata apa-apa aku terus mangakur sahaja permintaannya.





Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now