○ 36 ○

2.2K 73 23
                                    

            "Macam mana kamu boleh cuai! Benda simple macam ni pun Encik Baharun tak boleh nak buat ke?" Aziezi berasa tidak senang duduk sekarang ni. Otaknya memikir sehabis yang mungkin tentang bagaimana kontrak tu ada dekat tangan Deana.

"Maafkan saya Tuan Aziezi.. selalunya tiada sesiapa pun yang akan sentuh fail tu selain saya. Tapi takpa kan kalau isteri Tuan yang ambik? Nanti mesti dia akan bagi pada Tuan semula di rumah." Aziezi terus ketawa sinis.

"What?! Deana tu dah lapan bulan menghilang tau.. saya pun tak pasti apa niat dia nak dapatkan kontrak tu." Jelas Aziezi.

"Habistu apa yang saya boleh buat lepas ni?" Aziezi terus tersenyum senget.

"Lenyapkan dia dari bumi ni.. pastikan bunuh lari.. kalau nak langgar guna kereta.. tutup no plat dan yang paling penting muka kena sorokkan." Terang Aziezi.. Encik Baharun mengerut dahi.

"Tapi.. Puan Deana kan.. isteri Tuan Aziezi." Kata Encik Baharun seperti acuh tidak acuh.

"Selama ni saya tak pernah pun anggap dia tu isteri saya.. walaupun dia masih isteri saya. Dia patut mati sebab dia dah bunuh orang yang saya sayang selama ni." Kata Aziezi sambil menggempalkan penumbuknya.

"Saya akan bagi upah dua kali ganda berbanding dengan duit syarikat yang kamu habiskan hari tu." Hampir terbeliak mata Encik Baharun.

"Baiklah.. kalau macam tu saya setuju." Kata Encik Baharun bersungguh-sungguh.

✿✿✿

Aku mencapai beg tanganku bersama dokumen penting. Aku meluru keluar dari bilik hotel dengan tergesa-gesa untuk ke balai polis.

Dalam dokumen kontrak tersebut juga terdapat alat perakam suara untuk memastikan perjanjian itu berjalan dengan lancar. Perakam suara itu adalah bukti paling kukuh sekali untuk mengeluarkan Adam dari penjara.

Kini aku berjalan di tempat pejalan kaki.. kerana aku mahu menyinggah ke satu kedai untuk membeli snek kesukaan aku.

Aziezi melintas jalan ketika lampu isyarat pejalan kaki itu bertukar menjadi hijau.

Aku mencari penutup mulutku di dalam beg tangan dan aku memakainya. Setelah sampai di tempat lampu isyarat pejalan kaki ada sebuah kereta yang teramat laju menuju ke arahku.. tiba-tiba kereta itu hampir melanggar lelaki tersebut tetapi aku pantas menarik lelaki tersebut dan dia terus berada pada dakapanku.

Tiba-tiba ada motorsikal yang menghampiriku dan menyimbahkan asid ke arah aku tetapi lelaki yang aku menyelamatkan tadi melindungku. Kulit mukanya merekah teruk.. asid tersebut terkena sedikit pada tanganku sehingga melecur.

"Awak.. ha?" Aku terkedu melihat wajah lelaki tersebut.

Kini aku berada di hospital membuat rawatan. Aziezi berada di wad kerana kecederaan kulitnya amat kritikal.

"Cik ni sapa? Kalau bukan waris pesakit kami tidak benarkan masuk." Kata doktor tersebut.

"Saya isteri pesakit.. saya nak tahu apa yang jadi pada suami saya?" Balasku.

"Suami Puan terpaksa menjalani pembedahan secepat yang mungkin.. saya takut nanti asid tu melarat dan akan menyebabkan nanah. Jika kuman masuk ke dalam saluran darah suami Puan.. kemungkinan banyak penyakit kronik yang akan dihadapinya." Jelas doktor kepadaku.

"Terima kasih doktor atas maklumatnya. Segerakanlah pembedahan itu secepat yang mungkin." Kataku.

"Tapi Puan.. kami ada masalah dalam peralatan yang tidak mencukupi.. suami Puan perlu ke hospital swasta untuk membuat pembedahan.. tapi ambil masa yang agak lama juga.. kemungkinan kulit suami Puan akan menanah teruk nanti." Aku mengangguk lalu aku pun beredar dari situ memikirkan sesuatu.

Dia dah selamatkan aku dari terkena asid.. tapi dia dapat terima aku ka kalau dia tahu aku ni Deana?

Aku pun masuk ke dalam wad.. terlihat dia sedang mengerang kesakitan dengan kulitnya yang sakit itu.

"Aziezi.. saya Deana.. thanks sebab selamatkan saya daripada terkena asid tu." Kataku sambil tersenyum kelat.

"Macam mana eh aku nak cakap.. tadi aku hampir mati kena langgar dengan kereta.. nasib baik kau selamatkan aku.. aku sebenarnya menyesal buat benda ni.. aku minta maaf Deana.. aku dah banyak buat dosa dengan kau." Air mata Aziezi semakin rancak mengalir.

"Maafkan saya.. saya tak boleh maafkan awak macam tu je.. sebab awak dah gadai maruah saya." Dengan air mataku yang mengalir aku melangkah keluar dari bilik wad tersebut dengan hati yang hiba.







Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now