○ 39 ○

2.1K 83 51
                                    

            "Aku nak kau basuh semua baju ni!! Lepastu kemas rumah ni sampai bersih.. faham!! Kau ingat Aziezi tu memang betul-betul cintakan kau? Sorry.... selama ni aku buat baik dengan kau pun.. tak pernah terlintas langsung untuk aku rasa ikhlas kalau nak buat baik dengan orang macam kau ni." Aku hanya tersenyum kelat memandang wajahnya yang sinis itu.

"Tak apa saya tak kisah." Lalu aku terus beredar dari situ. Tiba-tiba dia menghampiri aku dan menarik rambutku sekuat hati.

"Kau jangan nak biadab eh pempuan! Kau kena ingat.. kau tu menumpang je dalam rumah ni!" Aku mengerang kesakitan tetapi aku menahan sebaik yang mungkin.

"Apa yang awak nak daripada saya Haira?" Tanyaku dengan tenang.

"Aku nak kau tinggalkan Aziezi." Aku ketawa kecil tanpa sengaja.

"Awak boleh buat macam tu tapi saya tak boleh kut." Kataku dengan riak selamba.

"Kalau kau nak hidup kau tu selamat.. kau mesti kena dengar cakap aku." Ugut Haira.

"Selama ni hidup aku selamat ke? Huru-hara je aku tengok.. bagilah aku rehat sikit.. aku penatlah." Kataku sambil mengusap bahu Haira.

"Ouh.. sekarang ni kau dah nak tunjuk belang kaulah? Mentang-mentang Aziezi boleh terima kau? Kau jangan salah fahamlah.. dia tu cuma nak mempermainkan diri kau je." Kata Haira dengan menjengkelkan hati aku.

"Tak kisahlah apa yang jadi.. tapi apa yang penting dia tetap suami aku.. syurga aku ada bawah telapak kaki dia.. kau tak terasa nak masuk syurga ke?" Haira terus menampar pipiku.. terasa sakit sehingga telingaku berdesing.

"Dahlah Haira.. aku penat nak bergaduh dengan orang macam kau ni.. lagipun.. esok aku kena prepare untuk ke pejabat. Aku takkan melangut dekat rumah je.. lagi-lagi Aziezi dah bagi tawaran aku kerja sebagai manager dekat syarikat dia." Haira menjenggilkan matanya kepadaku.

"Jangan tengok aku macam tu.. rasa nak korek pulak mata kau tu bagi buta balik." Aku terus beredar dari situ.

"Arghhhh!! Deana Ariana!! Berani kau hah!! Aku takkan maafkan kau tak guna!!" Bergema satu rumah agam ini dengan suaranya.

"Kenapa bising-bising ni?" Tiba-tiba Aziezi muncul di hadapan pintu rumah.

"Sayang.. Deana tu jahat.. tadi dia nak pukul Haira tau." Kata Haira dengan lagak manjanya.

"Ala.. mengalah jelah dengan dia.. Abang malas nak jadi macam dulu." Kata Aziezi sambil mengusap kepala Haira.

"Abang!! How could you huh!?" Haira menghentak kakinya tanda protes.

"Apa masalah awak ni Haira?" Tanya Aziezi dengan serius.. bila tengok sekilas wajah Aziezi itu sama sahaja seperti singa yang mahu membaham mangsanya.

"Saya yang patut tanya soalan tu kat awak! What is wrong with you huh Aziezi Aryad?" Tengking Haira.

"Sekarang Haira dah pandai nak kurang ajar dengan abang.. why? Teringin nak abang buat macam mana Deana kena dulu?" Kata Aziezi dengan serius.

"Sampai hati abang buat Haira macam ni! Haira benci abang tahu tak! Sanggup abang duakan Haira disebabkan betina jalang tu!" Tiba-tiba satu tamparan menghingap di wajah mulusnya.

"Aku tak suka ada isteri yang kurang ajar macam kau.. kalau ikutkan hati aku.. dah lama aku bunuh kau Haira Sumaiyah.. tapi aku sabar je.. sebab kau kakak kepada Hana.. kalau kau bukan kakak kepada Hana.. nasib kau lagi teruk daripada Deana aku kerjakan!!" Kata Aziezi dengan kasar. Wajah Haira berubah takut secara drastik oleh kerana dengan kata-kata Aziezi yang menakutkan itu.




Jangan lupa tekan vote dan juga komen!

Terhimpit Dalam Kalbu✔Where stories live. Discover now