DSR~Prolog

8.6K 185 17
                                    


DYAN Uqasha terpisat-pisat membuka mata. Matanya spontan mengecil saat berlawan dengan cahaya terang yang menikam terus ke pandangan. Kepalanya terasa berat, tambahan pula dengan cahaya terang begitu, terus dia menjadi semakin tidak selesa

Dia memaksa tubuhnya untuk bangun tetapi kepala yang berat, terasa sakit. Berkerut dahinya apabila terlihat ke dinding bilik, keadaan bilik itu... dia bukan di dalam bilik tidurnya sendiri?

Spontan dia bangkit dan duduk. Bertambah terkejut apabila menyedari yang dia... tidak berpakaian!

OMG!

Terus dia menoleh ke sisi. Terbuka luas matanya. Mulutnya ditutup dengan tangan kanannya. Apa yang telah berlaku kepadanya? Siapa lelaki yang sedang enak mengulit mimpi di sisinya itu?

Dia berusaha untuk mengingati kejadian yang dilalui semalam. Tetapi, dia gagal memproses. Kepalanya berat, masih tidak mampu memberi kerjasama.

Tiba-tiba, saat dia masih bergelut dengan fikiran sendiri, lelaki yang sedang lena disisinya itu memusingkan tubuh. Ternaik bahunya.

Rasa gementar semakin menguasai. Air liur yang ditelan, terasa sangat kesat! Apatah lagi saat dia mula dapat mengecam identiti lelaki tersebut. Dyan Uqasha terus kaget!

Faid Harraz?

Faid Harraz membuka matanya. Seperti dirinya, Faid Harraz juga kelihatan terkejut dengan situasi mereka tika ini.

"Shit!" Laju Faid Harraz bangkit. Dyan Uqasha tergamam mendengar keluhan kasar Faid Harraz itu. Sungguh, dia mati akal. Entah apa yang perlu dia lakukan saat ini.

Faid Harraz picit dahinya, mukanya ketat. Adakah, Faid Harraz juga sedang merasakan yang sama sepertinya tika ini?

Bingung!

Dia hanya mendiamkan diri. Terus diam di dalam selimut yang dia angkat tinggi untuk menutupi tubuhnya yang terdedah. Serba salah jadinya.

Faid Harraz, hanya dipandang dengan ekor matanya sahaja. Tiada kekuatan untuk dia bertentang mata saat ini. Apa yang berada dalam fikirannya kini hanya ingin segera meninggalkan bilik ini.

Tapi bagaimana? Dia mahu berganjak dari atas katil ini, tapi Faid Harraz ada di sebelah, sedang dia... tidak berpakaian ketika ini. Aduh!

Kini dia sedar, nasi sudah menjadi bubur. Salah dia juga kerana memilih jalan ini. Dia tertunduk lemah. Selimut yang menutupi tubuhnya itu, dia cengkam kuat.

Walaupun, dia tidak pernah terfikir untuk berakhir dalam keadaan begini... namun dia cukup sedar, tiada siapa yang patut dia salahkan.

Dia sudah dewasa. Punya akal, namun sering memilih untuk mengutamakan keseronokan. Seronok dan terus berseronok. Tiada perkara lain yang mampu mengisi ruang fikirannya.

Ah, pergi mati semua ini. Dia benar tidak mahu peduli lagi!

"Tunggu sini." Terangkat bahunya apabila terdengar suara Faid Harraz yang jelas serak itu. Dipandang Faid Harraz dengan sebuah pandangan yang kosong!

Tunggu?

Benarkah itu yang dia dengar tadi?

"Saya nak mandi dulu. Awak jangan ke mana-mana. Tunggu saya!" Dia terus terpinga-pinga.

Faid Harraz mahu dia menunggu? Tapi untuk apa? Namun dia masih memilih untuk hanya berdiam.

"Dengar tak?" Faid Harraz mendekatkan wajahnya apabila dia masih terus kaku.

Dia tertelan air liurnya kerana terkejut. Mujur tidak tersedak. Dia pandang mata Faid Harraz yang terlalu hampir dengannya itu. Tiada pilihan lagi, lalu dia menjatuhkan kepala.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now