DIA merasa seolah terasing.
Sekelilingnya terasa sunyi.
Gelap!
Dipandang sekeliling yang hanya kosong itu.
Dia mencari arah yang perlu dituju.
Buntu!
Di mana dia kini?
Di mana Daryna Haira?
Faid Harraz?
Daim Luqman?
Adakah mereka semua sudah pergi dan membiarkan dia sendiri?
Atau... Adakah dia sendiri yang sudah meninggalkan mereka?
"Daryna?" Meliar matanya ke kiri dan ke kanan.
Tubuhnya dipusing ke merata sudut. Berharap matanya akan dapat melihat susuk kesayangannya itu.
"Daryna..." Dikuatkan sedikit suaranya.
Tapi, dia sendiri merasa takut.
Tempat ini terlalu asing baginya. Dia tidak nampak apa-apa pun di sini. Hanya hitam dan gelap.
"Daryna... Daryna kat mana?" Dia masih hanya berbicara dengan dirinya sendiri.
Air matanya sudah mula bergenang. Bila-bila masa sahaja air matanya itu akan jatuh dan menitik ke bumi.
"Faid... Kau mana?" Dia cuba pula memanggil Faid Harraz. Mana tahu lelaki itu akan menyahut panggilannya.
Tapi hampa!
Tetap juga sunyi dan sepi yang menemani dirinya.
Tangannya diramas resah.
Dia sudah tidak mampu bertahan dalam suasana seperti ini lagi. Biarpun hanya untuk sesaat cuma.
Gelap.
Sunyi.
Sepi.
Sendiri.
Dia jadi takut!
Sangat takut!
Juga tertekan!
"Daim... tolong, Dyan takut..." Nadanya sudah bertukar merayu kini.
Dia sangat berharap akan mendengar sebarang balasan kini. Dia benar-benar takut bersendiri begini.
Tolonglah, andai ini cuma mimpi... tolonglah bangunkan dia dengan segera. Dia sudah merasa terseksa kini.
"Daryna..." Sekali lagi dia melaung memanggil anaknya itu bersama linangan air mata yang mula mengalir mencemar ketulusan wajahnya.
Dia yang sedari tadi melangkah tanpa arah terus jatuh terduduk.
Kecewa!
Rasanya sudah jauh dia melangkah, tapi keadaan sekitarnya tetap juga sama... Tetap tidak berubah.
Dia tutup mukanya dengan kedua belah tangan. Dia menangis di situ.
Bersungguh dia melepaskan tangisannya. Sudah pelbagai perkara menyesak di dalam fikirannya kini.
Namun satu yang dia rasakan pasti...
Dia, sudah mati!
Terakhir perkara yang dia dengar dan ingat adalah bunyi tembakan.
Boleh jadi dia telah ditembak dan sekarang hidupnya telah berakhir.
Tangisannya makin menjadi-jadi.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...