DSR~24

2K 96 12
                                    

"JOM menari sama..." Dyan Uqasha terkejut saat pinggangnya dipeluk daripada belakang. Pantas sahaja dia berpusing melihat ke arah lelaki yang sembarangan memeluknya itu.

"Jom..." kata lelaki yang tidak dikenali itu lagi sambil menyengih.

Dyan Uqasha menarik muka. Dirungkai kasar tangan lelaki yang masih mahu melekap dipinggangnya lantas berganjak sedikit untuk menjauhkan diri dari lelaki itu. Tetapi, lelaki itu tetap sahaja mengekorinya.

"I nak menari sama je." Dia mula merasa terganggu.

"I tak suka. Sorry..." Dia masih cuba menahan rasa. Tidak mahu meletuskan amarah di khalayak ramai.

"Chill la. Kita sama-sama nak enjoy, kan?" Dia mula menarik muka. Geram betul dia dengan lelaki itu.

Lara Aulia dengan Sam pula dilihat terus hanyut dengan dunia cinta mereka. Langsung tidak sedar akan keadaannya yang sedang diganggu tika ini.

Sudahnya, dia terus menapak menuju ke tempat duduknya. Dia merasa lebih selamat di situ. Dia benar-benar merasa terganggu dengan semua ini.

Air minuman disedut perlahan. Untuk menyejukkan hati yang mula mahu terasa panas.

"Boleh tahan sombong, you ni." Terangkat bahunya. Dia mendegus geram.

Lelaki tadi sudah mengambil tempat di sebelahnya. Berkerut wajahnya menahan rasa menyampah yang meluap-luap timbul terhadap lelaki itu.

"Okey..." Lelaki itu mengangkat kedua belah tangannya apabila melihat jelingan tajam Dyan Uqasha.

"I just nak berkenalan dengan you. Tak salah, kan?" Dyan Uqasha tarik nafas dalam.

"Aidit..." Lelaki yang mengenalkan diri sebagai Aidit itu mula menghulurkan tangan. Tanda perkenalan.

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now