DSR~6

2.7K 132 23
                                    

TERNAIK bahu kedua-dua lelaki yang duduk bertentangan apabila Faid Harraz menghempas kuat fail di atas mejanya.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Apa la nasib, badan je sado tapi terpaksa akur begini. Nasib sahaja mereka ini dibayar, kalau tidak... laju sahaja disedekahkan sedas dua penumbuk kat muka kacak tu.

Haihh!

"Susah sangat ke nak cari sorang perempuan?" Mereka berdua hanya tertunduk membatu.

"Macam ni ke yang korang kata pakar sangat? Dekat tiga bulan masa aku bagi... satu maklumat pun korang tak ada?"

Faid Harraz pandang tajam dua lelaki yang hanya membisu itu. Dia mendegus tidak puas hati.

"Mungkin kalau Encik Faid dapat bagi kami lebih maklumat, kami boleh usahakan lagi." Ternaik kening Faid Harraz.

"Lebih maklumat?" soalnya kembali.

Laju mereka berdua itu mengangguk.

"Kalau aku ada banyak maklumat, kau rasa perlu ke aku upah korang? Baik aku sendiri je yang buat kerja!" Suara Faid Harraz sudah naik meninggi.

Bengang!

Bukannya dia tidak bayar, sudah beribu dihabiskan kepada mereka ini, tapi buat kerja entah apa-apa. Nak cari seorang perempuan pun susah! Bila ditanya, macam-macam alasan yang mereka bagi.

"Encik Faid, berbulan kami tunggu dekat alamat yang encik berikan tu, tapi sekali pun kelibat perempuan tu tak pernah kami nampak. Mungkin, dia dah tak tinggal di situ."

Salah seorang dari penyiasat itu cuba menerangkan duduk perkara sebenar. Lebih tepat lagi, mahu membela diri. 

Bayangkan saja, lelaki di hadapan mereka ini hanya memberikan maklumat yang sangat terbatas. Hanya sekeping gambar dan juga alamat rumah.

Dengan hanya berbekalkan maklumat itu mereka dikerah bekerja keras mencari perempuan tersebut.

Kau rasa?

"Tunggu?" Faid Harraz ketawa sinis.

"Itu je yang korang mampu buat?" jerkahnya lagi.

Sungguh, dia tidak mampu untuk bersabar lagi. Macam mana mereka melaksanakan kerja?

Tiga bulan masa yang dah terbuang. Tetapi mereka hanya menunggu?

Tidak wujud lansung ke manusia lain dalam rumah tu untuk mereka risik maklumat? Huh!

Kalau macam ni, baik dia sendiri yang mencari. Buang masa dan buang duit sahaja dia beria-ia mengupah mereka semua ini.

"Ini, upah korang... dan ini last. Korang tak perlu lagi teruskan. Buang masa!" Sampul yang Faid Harraz campak di atas meja itu mereka capai.

Biarpun mereka merasa tidak puas hati tapi apa saja daya yang mereka ada. Mereka juga sudah sangat lali dengan perkara begini.

Faid Harraz, mereka tinggalkan tanpa pamitan. Lantak la, asalkan mamat tu membayar penuh upah mereka. Jadi, semuanya akan dikira selesai. Tiada lagi urusan yang akan terbabit antara mereka lagi.

Faid Harraz meraup kasar wajahnya.

Ke mana agaknya dia? Sudah bertahun dia mencari. Sejak dia masih berada di Australia lagi. Tapi, tiada satu pun pencarian yang memberi hasil.

Semuanya memberi alasan yang sama. Kurang maklumat!

Apa khabar agaknya dia?

Bagaimana keadaan dia?

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now