DSR~22

2K 104 8
                                        

FAID Harraz mengajaknya untuk bertemu. Dia sendiri tidak lagi membuat sebarang keputusan.

Mulanya, dia mahu menolak ajakan itu begitu sahaja. Tetapi, apabila dalam perbualan itu Faid Harraz ada menyebut nama Sam, dia merasa sedikit teragak-agak.

Banyak, terlalu banyak benda yang dia ingin tahu sebenarnya. Walaupun satu masa dahulu dia pernah mematikan diri dari peduli akan semua yang telah berlaku, namun tetap sahaja jauh dalam hatinya dipenuhi pelbagai persoalan.

Dyan Uqasha sedikit tersentak apabila terbit getaran dari telefon pintar yang sedang dia belek sedari tadi.

Nama Daim Luqman tertera di skrin telefon. Laju aplikasi Whatsapp itu dia buka. Mesej dari Daim Luqman dia baca.

Sorry sayang, I tak dapat nak lunch dengan you hari ni...

Dyan Uqasha kulum senyum. Senang dengan sikap Daim Luqman yang sentiasa peduli tentang dia itu.

Nafas dihela perlahan. Kemudian mesej dari Daim Luqman dibalasnya.

Tak apa, I okey.

Baru beberapa saat, dia menerima balasan.

Sorry tau. Nanti I ganti balik masa kita. Ok?

Terbit senyuman di bibirnya. Kepala dia geleng perlahan.

Waktu makan tengah hari, sepertinya sudah menjadi waktu wajib untuk mereka bertemu. Tepat masanya, Daim Luqman pasti sudah menantinya di tingkat bawah.

Sampaikan rakan sekerja yang sentiasa bergosip mengenainya turut menggelar Daim Luqman sebagai 'sugar daddy hot'.

Dia masih ingat di awal perkenalan di antara dia dengan Daim Luqman dahulu. Jejaka itu terlalu kerap mengunjunginya ke pejabat sehingga berita hangat hubungannya dengan Daim Luqman cepat tersebar bagaikan dibawa ribut taufan.

"Kalau hot macam tu sugar daddy, memang tak lepas la, weh."

Seperti biasa, gosip tentangnya pasti akan dapat dia dengari apabila mahu menjejak kaki ke pantri.

"Untunglah Dyan. Ada sugar daddy hot, muda, handsome..." Menjerit sedikit nada kakak yang seorang ini. Terlalu teruja agaknya dia dengam penampilan Daim Luqman.

"Tengok kereta dia pakai... Laki kita mahu botak kepala nak belikan kereta macam tu untuk kita." Berbaur cemburu nada itu.

Gosip begitu, selalu juga dia berkongsi dengan Daim Luqman. Tertawa besar jejaka itu saat mendengar gelaran 'sugar daddy hot' yang menjadi gelarannya itu.

Kerana perkongsian begitu jugalah, Daim Luqman seboleh mungkin akan gigih berusaha untuk meluangkan masa tengah hari untuk ke pejabat dan menemaninya.

"Susah-susah je you nak ke sini hari-hari. Ofis you tu, bukan dekat." Pernah dia meluahkan kegusarannya.

Demi Sebuah RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang