DSR~37

2K 101 50
                                    

"AKU tak tahu nak cakap apa lagi. Susah macam ni," keluhan dilepaskan.

"Kenapa susah?" soalan Faid Harraz dijawab dengan jelingan sekilas.

"Daryna tak akan faham. Aku pula dah tebal kulit muka nak harap Daim melayan karenah Daryna." Kali ini Faid Harraz pula mengeluh.

"Dia tak sayang aku ke?" soalnya lebih kepada dirinya sendiri. Dia yang turut mendengar menatap sayu ke arah lelaki itu.

"Daim tu, lelaki pertama yang dia anggap ayah. Dia juga lelaki pertama yang rapat dan pedulikan dia." Dia cuba menerangkan.

"Aku bukan tak nak peduli dia Dyan... Tapi kau yang sembunyikan semua." Berkerut wajahnya.

"Faid... Daryna tu budak. Dia tak faham pun benda ni semua. Kau nak salahkan aku ke sebab semua yang jadi ni?" protesnya sebal.

Bengang juga apabila isu ini mahu dibangkitkan semula.

"Dah tu? Kau nak salahkan aku? Aku dah lama nak bertanggungjawab."

Dyan Uqasha mengeluh.

"Sudahlah Faid. Benda dah lama. Benda dah jadi pun. Terpulang kalau kau nak salahkan aku sekalipun, aku tak kisah!"

Dia terus bangun. Malas nak gaduh!

Faid Harraz berdecit. Cepat-cepat lelaki itu capai lengannya, menghalang dia dari terus pergi.

"Bukan macam tu Dyan..." Dia hanya diam. Rahangnya diketap. Jelingan dihantar ke arah Faid Harraz.

Faid Harraz telan air liurnya sebelum cuba menjelaskan maksud sebenarnya.

"Aku cuma terkilan Dyan. Sangat-sangat..." Faid Harraz bersungguh menerangkan. Lelaki itu seolah benar-benar mahu dia memahami situasi sebenar.

"Kau mungkin tak akan faham apa aku rasa. Daryna tu anak aku. Tapi, dia lebih sayangkan orang lain. Dia lebih selesa dengan orang lain. Kau tak akan faham..."

Dia terkedu.

Jika dia yang berada dalam kasut Faid Harraz... pasti dia juga akan merasa yang sama. Mungkin juga lebih lagi.

Membayangkan Daryna Haira menganggap insan lain seperti ibu sendiri melebihi dirinya...

Oh tidak!

Dia tak mungkin boleh hidup dengan temteram.

"Aku tak tahu kat mana salah semua ni. Aku dah minta supaya kau jangan pergi, sebab aku tak nak kita lost contact. Tapi..."

Cengkaman di lengannya Faid Harraz lepaskan apabila melihat dia sudah lebih tenang.

"Sampai saat ini, rasa terkilan tu masih tebal dalam ni, Dyan." Tangan, Faid Harraz bawa melekap ke dadanya.

Dia terus diam. Tidak tahu mahu membalas. Dia celaru. Masalah yang sedang ditanggung kini sudah cukup serabut.

Jujurnya, dia tak pernah punya masa untuk memikirkan perasaan Faid Harraz.

Bukan!

Bukan hanya perasaan Faid Harraz. Tapi, perasaan sesiapa juga pun. Malah,  perasaannya sendiri pun sering dibiar terabai sahaja. Dia sudah cukup serabut dengan semua yang berlaku.

"Aku tak tahu nak cakap apa lagi, Faid. Benda dah lama. Aku sendiri,  tak pernah jangkakan kehadiran Daryna. Aku sendiri terkejut dengan apa yang dah terjadi. Aku sendiri,  terpaksa ambil masa yang lama untuk terima semua ni. Aku sendiri..."

Dia ketap bibirnya. Dipandang ke dalam mata Faid Harraz. Dia juga mahu Faid Harraz memahami situasinya. Kemudian dia menyambung lagi.

"Aku sendiri terseksa dengan semua ni. Hidup aku pun tak senang, Faid. Kalau kau rasa sakit dengan semua ni, kau kena ingat... bukan kau sorang. Ada yang lebih perit menanggung sakit."

Demi Sebuah RasaWhere stories live. Discover now