DARYNA Haira tarik mukanya. Dia sedih. Tangannya dilipat ke dada. Mukanya dipaling daripada menatap wajah ibu.
"Papa sibuk sayang... janganlah macam ni." Dia berdecit.
Ibu suka cakap papa sibuk. Dia nak cakap dalam telefon dengan papa je.
"Daryna nak cakap dalam telefon je..." Dia ulang lagi. Sudah banyak kali kot dia ulang permintaan yang sama.
Sudah banyak hari sebenarnya dia meminta ibu menelefon papa. Dia rindu. Tapi hari-hari pun alasan ibu tetap sama.
Papa sibuk!
Jadi, bila papa tak sibuk?
Dia nak cakap sekejap je.
"Sayang..." Ibu duduk rapat dengannya. Cuba menarik bahunya supaya dia pandang ibu.
Tapi dia tak nak!
Dia tengah merajuk ni!
Ibu sengaja buat tak faham. Tak sukalah macam ni!
"Janganlah macam ni sayang... kita jangan kacau papa ye. Papa sibuk tu."
Dia cebikkan wajahnya. Dia tak percaya papa sibuk hari-hari.
"Papa dah cakap kan, Daryna boleh call papa." Dia ingatkan ibu.
Ibu mesti dah lupa pesan papa hari tu.
Ibu diam. Lama ibu diam. Sudahnya dia pusing ke belakang melihat ibu. Kenapa ibu diam?
Dia pandang muka ibu yang tidak senyum itu. Ibu pun pandang dia, tapi ibu tak cakap apa-apa.
"Bagilah Daryna cakap dengan Daim sekejap."
Besar matanya memandang nenek yang baru duduk di sofa depan ibu. Dia suka. Ibu selalu dengar cakap nenek. Kali ini, dia mesti dapat cakap dengan papa.
"Tapi Mak Leha... Dyan malu. Dyan tak nak kacau Daim. Dyan tak nak dia rasa terganggu."
Dia perhatikan sahaja ibu yang rupanya tetap tidak mahu menghubungi papa.
Tak suka la macam ni!
Sejak bila pulak ibu malu dengan papa ni?
"Tanya dengan Daim dulu, Dyan. Mak Leha rasa dia faham." Dia pandang lagi ibu.
Ibu macam masih tidak mahu dengar kata nenek.
"Dyan segan la Mak Leha. Macam mana kalau Daim fikir Dyan sengaja guna Daryna sebagai alasan?"
Berkerut dahinya. Tak faham apa yang ibu katakan itu.
"Daim tu sayang dengan Daryna. Dia mesti faham."
Dia pandang ibu penuh mengharap. Tolonglah dengar cakap nenek.
"Entahlah Mak Leha..." Dia pandang pula nenek.
Ibu tak kisah pun dengan rajuknya. Dia harap nenek akan kasihan dengannya.
"Cubalah dulu, kalau Daim memang tak selesa, nanti Dyan cakap la dengan dia kemudian."
Berkerut dahinya.
"Papa tak suka Daryna ke? Papa tak nak kawan dengan Daryna?" soalnya sedih.
Papa tak datang sebab tak nak kawan dia, agaknya?
Selalu, papa ada je datang nak jumpa dengan dia. Bawa dia jalan-jalan dengan ibu. Tapi ni dah lama sangat. Mana papa?
"Sayang..." Ibu peluk bahunya.
"Jangan cakap macam tu. Papa tu sibuk sayang."
Dia tarik lagi muncung. Dah banyak kali ibu cakap benda sama.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...