"KAMI dah bincang dan kami dah buat keputusan. Dyan kena kahwin dengan anak Tan Sri Dawud."Dyan Uqasha terkesima. Mulutnya ternganga akibat terkejut mendengar arahan papa yang satu itu.
Kahwin?
Ah, jadi inilah rencana sebenar dalam komplot yang dia kononnya disuruh balik untuk makan malam bersama?
Dia memang dah agak, pasti akan ada sesuatu yang mereka mahu darinya. Cuma, dia langsung tidak terlintas mengenai soal kahwin.
Kahwin?
Serius la?
"Tapi..." Dia yang baru cuba mahu membantah, terbantut apabila papa laju menikam pandangannya.
"Dyan..." Mama mengambil alih dengan bersuara lembut. Terus dikalih pandangan ke arah mama pula.
"Kami cuma mahukan yang terbaik untuk Dyan. Kami nak masa depan Dyan terjamin. Itu sahaja."
Dia pejam matanya. Klisenya. Fikir mereka dalam drama pukul tujuh ke?
"Hidup Dyan okey je selama ni. Dyan tak perlukan lelaki untuk memastikan masa depan Dyan akan bertambah baik."
Papa sudah mendegus geram.
"Aku ingat, lima tahun kau kat luar tu dah cukup bagi kau pengajaran. Rupanya kau memang anak tak kenang budi!" Papa sudah bangun dan meninggikan suaranya.
Mama yang melihatkan keadaan papa turut bangun menyabarkan papa.
Dia terus tunduk memandang karpet tebal di kakinya. Sesekali, kakinya menguis tanda tidak puas hati.
Dia dikatakan anak tak kenang budi? Mahu sahaja dia jeritkan depan muka papa, budi apa yang sudah papa taburkan padanya?
Apa?
Tapi, mujur fikirannya cepat rasional kembali. Di depannya itu merupakan kedua orang tua kandungnya.
Yang bertanggungjawab kepadanya sejak lahir sehingga dia dewasa.
Dia tertunduk lemah apabila dia terpaksa mengakui, memang besar budi dua figura dihadapannya ini kepadanya.
Kini, dia sendiri juga telah menjadi ibu. Dia punya harapan yang sangat besar terhadap Daryna Haira. Jadi, mungkin juga apa yang dia rasa itu sama seperti apa yang mama dan papa rasakan.
"Dyan... kenapa degil macam ni? Susah sangat ke permintaan papa tu?" Dia tunduk lagi.
Air mata dirasakan mahu pecah dari empangan. Namun sedaya upaya dia tahan.
Dia sedar kedudukan dirinya. Biar bagaimana dia terluka dengan mama dan papa, dia juga harus akui, yang dia juga telah melukakan mereka.
Dia jadi tersepit. Diantara mahu menunaikan tanggungjawab sebagai anak yang wajib akur dengan kehendak orang tuanya... tapi dalam masa yang sama dia merasa sangat berat hati.
Kahwin?
"Kalau nak kemaafan dari kami, terima anak Tan Sri Dawud." Pantas dia mendongak. Bertaut keningnya memandang mama. Kata-kata yang keluar daripada mulut mama seolah tiada rasa.
Huh, tak sangka... ada harga yang perlu dia bayar untuk sebuah kemaafan rupanya.
"Sekali lagi, papa bagi Dyan peluang untuk memilih. Keputusan, tetap ditangan Dyan."
Dia semakin rasa terjerut. Dulu, dia juga pernah diberi kata dua oleh papa dan dia telah pun membuat pilihannya sendiri.
Kini, sekali lagi dia alami perkara yang sama.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
Literatura FemininaCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...