"MAAF kalau aku mengganggu." Faid Harraz tersenyum nipis cuma.
Ini merupakan pertemuan kedua mereka secara berempat mata. Sebelum ini, lelaki ini pernah mengajaknya bertemu.
Dalam pertemuan dahulu, lelaki ini meminta dia menjaga Dyan Uqasha ibarat menjaga nyawanya sendiri kerana ingin berundur.
Kali ini, entah alasan apa pula lelaki ini mengajaknya untuk bertemu.
Wajah tegang lelaki di depannya ini dia pandang.
Nampak kusut.
Nampak serabut.
"Kenapa? Ada benda kau nak cakap?" soalnya.
"Aku serabut la sekarang." Tepat jngkaannya.
Daim Luqman picit pangkal hidungnya.
Wajahnya berkerut.
"Problem apa?" Hanya keluhan yang terkeluar dari mulut lelaki itu
"Dyan." Jawapan sepatah lelaki itu mengundang tanda tanya dalam hatinya.
Dyan?
Dyan Uqasha?
Kenapa pula lelaki ini serabut dengan gadis yang dia sudah pilih untuk dilepaskan itu?
"Kau nak patah balik? Bukan kau dah minta tangguh? Tangguh sebab kau nak Dyan lupakan kau, kan?"
Lelaki itu hanya diam menunduk.
Dia lepas keluhan.
Dia dah agak!
Lelaki ini tidak akan tega melepaskan Dyan Uqasha begitu sahaja.
"Aku mati-mati fikir Dyan cintakan kau. Dia pernah mengaku dia sayangkan kau. Kau tahu tak apa aku rasa waktu tu?"
Dia angkat keningnya isyarat supaya lelaki itu meneruskan.
"Aku nak dia bahagia. Dah kalau kau yang boleh buat dia bahagia... Aku rela biar pun sakit."
Dia lepas keluhan lagi.
Dia sendiri pun mahu gadis kesayangannya itu bahagia. Sudah terlalu banyak kesulitan yang telah gadis itu hadap.
Dia tidak mahu gadis itu terseksa lagi.
"Okey, sekarang masalah dia apa?" Dia pandang wajah Daim Luqman yang nyata sedang kusut itu.
"Entah la!" Daim Luqman meramas kasar rambutnya.
Dia mendegus.
Pelik juga dengan lelaki ini.
"Semalam Dyan cakap... Dia sakit bila aku menjauh. Maksudnya apa? Dia sayang aku?"
Dia tepuk dahi.
"Kenapa, kau rasa Dyan tak sayang kau?" Wajah lelaki di hadapannya itu berkerut memandangnya.
Dari pandangan itu sahaja dia sudah tahu jawapan lelaki itu.
Dia lepas ketawa kecil.
"Kau tahu tak, Dyan pernah menangis sebab rindukan kau." Lelaki itu memandangnya tidak percaya.
"Ya, memang aku selalu ada dengan dia sekarang. Aku dengar cakap kau, aku jaga dia. Macam aku jaga nyawa aku. Tapi nampaknya, dia nak kau yang jaga dia."
Kerutan di wajah lelaki itu makin jelas.
"Aku tak nafikan, Dyan memang pernah setuju masa aku nak kami kahwin. Tapi aku tahu, dia setuju sebab Daryna je. Sebab aku ayah Daryna. Tapi, waktu tu pun dia tetap sebut nama kau."
YOU ARE READING
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...