MALAM itu cuaca agak dingin. Dia sendiri sudah terasa sengal-sengal di seluruh tubuhnya. Dingin yang dirasakan, mencucuk sehingga ke tulang hitam.
Minyak panas diambil lalu digosokkan di betis dan tapak kakinya. Stoking disarungkan ke kedua-dua belah kakinya selepas itu.
Pinggangnya juga terasa lenguh-lenguh. Dia lepas keluhan. Setiap kali cuaca begini pasti akan mengundang rasa sengal ke seluruh tubuhnya. Memang begini agaknya keadaan yang akan dialami oleh semua wanita yang sedang sarat mengandung.
Hujan di luar masih juga belum ada tanda-tanda mahu berhenti. Dia sudah mengenakan baju yang agak tebal kini. Tidak tahan dengan cuaca dingin begini. Sejak pagi tadi lagi cuaca berterusan seperti ini.
Sejuk!
Baru dia mahu selesakan diri duduk di atas sofa, terdengar bunyi ketukan di pagar luar. Dia cuba memasang telinga. Agak pelik sebenarnya kerana dia tidak pernah menerima tetamu sepanjang dia berpindah ke sini.
Bunyi ketukan semakin lama semakin kuat. Kejap, bukan ketukan sebenarnya tapi lebih kepada bunyi pagar di luar itu digoncang dengan kuat.
Dikuak sedikit langsir di pintu gelongsor. Bertaut keningnya apabila melihat seorang wanita separuh umur sedang berdiri di dalam hujan.
Perlahan-lahan dia cuba berdiri, tangan diletakkan di belakang pinggangnya yang masih terasa sengal. Pintu masuk dibuka dan dicapai payung yang terdapat di rak kasut dan terus melangkah mendekati wanita itu.
"Ya mak cik?" soalnya sedikit meninggikan suara kerana terpaksa melawan suara angin dan hujan yang galak mencurah turun.
ANDA SEDANG MEMBACA
Demi Sebuah Rasa
ChickLitCover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Dar...
